Friday, March 12, 2010

Projek Oh Projek

Confuse betul nak beli barang (konon2).

Lecturer syorkan beli dekat Cytron.

Baru2 ni tiba2 Farnell Newark datang buat demo siap hulur2 katalog barang2 lagi kat kitorang. Tapi harga dekat Farnell tu bapak ah 2x ganda Cytron. Sangat cekik darah sebab dia cerita kalau beli barang ngan dorang dapat free consultation. Tambahan plak barang2 dia takde simpan dalam Malaysia.

Ok2. Sekarang ada sapa2 nak convince aku supaya beli PIC Starter kit dengan beberapa bende lagi secara online tak? Aku takut barang2 tu sampai kat umah dalam keadaan yang meragukan. Dah la kene start buat projek nih. Dah nak masuk minggu ke-8 study dah skang. Tapi projek satu haram pun tak start lagi. Report jangan tanya la. Hari2 sibuk merepek dekat blog dengan fesbuk, celah mana nak start kan?

Nak pegi Jalan Pasar tu... Kena buat rombongan ramai2 pulak. Pegi sorang2 jap lagi ada yang hangus RM1000 sebab rambang mata beli barang bukan2 kang. Dah la duit pun limited nih. First time seumur hidup dalam semester ni 100% bergantung hidup dengan loan sampai final exam bulan Mei nanti. Mujur la Unisel tak buat hal tinggal RM300 je untuk aku survive sampai akhir semester macam awal2 buat degree dulu. Kalo tak, merana jugak. Mana nak cari keje part-time yang flexible dengan kelas aku yang memanjang merepek dia punya timing?

Balik haritu my beloved bro hulur2 RM50 jek. Aduh, sedih...
Post a Comment