Friday, May 29, 2009

Kisah Kawan2 Aku

Banyak benda aku nak story kat sini masa aku balik kampung aritu... Maklum la cuti sebulan. Enjoy la beb! Tapi tak berapa nak enjoy sangat sebab sekarang kawan2 aku yang boleh beronggeng dengan aku di sana dah merudum jatuh kepada 2 orang. Iaitu Iryani dan Bazilah. Lain2 suma out of list pasal dorang dah kawen. Sori la aku tak masuk Jumie dalam list pasal dier free malam2 je...Aku kat sana mana boleh kuar malam2. Adifaizal pun dah merajuk ngan aku sebab takley kuar malam2. Mamat tu baru baek punya nak promote satu MLM kat aku. Huhu... Aku tak minat MLM la Faizal oi...

Ok. Kawan aku yang first aku nak story kat sini Iryani. Dier ni membe aku sejak tadika...Miahaha...Lama kan aku kenal dier? Beliau skang telah mempunyai kereta baru. Sila lihat gambar di bawah. Haha. Gila bai...Baru brape bulan keje dah pakai Vios. Dan paling aku kembang2 segala2 yang boleh berkembang adalah... Aku la orang pertama yang dier bawak jalan2. Haha. Mama dier pun jeles kat aku ok? Hehe... Masa cuti aritu aku telah jadik escort merangkap bodyguard tidak rasmi beliau semasa offday. Saja2 je ikut dier gi tempat keje dier. Dan sume yang keje kat situ ingat aku ni adik dier. Mentang2 la aku rendah sikit. Chaitt!! Kuar ngan dier jugak telah membuatkan mak dier warning kat dier supaya antar aku balik umah sebelum kul 9 malam. Huahuahua...

Boifreng baru beliau


Sebenarnya bukan aku takleh kuar sampai lewat malam ngan dier atau sape2. Tapi kene call inform bapak aku dulu la. Setiap setengah jam. Mana la aku sanggup? Dah la call abang aku. Bapak aku mana ada henset. Abang aku pun meluat nak tanya aku kat mana setiap setengah jam. So, better aku balik umah. Lagipun makcik ni offday hari Khamis. Kan malam tu ada citer Keliwon kat TV3...Mana boleh miss beb!! Sapa suruh dia offday hari Khamis,kan?

Membe aku yang kedua... Bazilah. Dulu aku ok je ngan dier nih. Nak kuar pi mana2 call je. Pastu ok je nak kuar. Janji dier pikap aku kat umah dengan Ego dier. Tapi kali ni cuti aku bawak moto aku balik bersama2. So, camne tah la mak dier tahu...Pastu mak dier dah tak kasik dier kuar ngan aku. Mak dier cakap tak logik aku tatau jalan2 kat dalam Penang tu. Tapi hakikat sebenar...Sumpah aku tak reti jalan kat sana. Nak pegi umah Mak Ngah aku pun aku siap sesat jalan lagi. Huhu... Aku pun tak paham kenapa mak dier kontrol dier lately. Sedih plak aku rasa. Aku suke kuar ngan dier coz bile kuar ngan dier slalu kitorang akan lepak di tepi pantai yang indah. Haha. Siyes. Aku suka ajak dier gi pantai lepak2 sana.

Last aku kuar ngan dier... Mak dier bising. Tiap2 10 minit call. Lagi dasat dari bapak aku suruh abang aku call aku. Aku penah jugak tanye dier apsal dasat sangat dier kene control...Tapi dier cakap, dier pun tatau. Maka berlarutan la sesi luahan perasaan pada hari itu. Aku syak la...Mak dier tahu kot pasal dier ader 'someone' secara senyap2 dan jugak pikap aku sebagai alasan untuk jumpe mamat tu. Huh...Memang la kadang2 aku kuar ngan dier ni aku rasa seperti dipergunakan. Tapi, ape boleh buat? Dah kawan2. Yup. Aku memang lemah sikit bab kawan2 nih. Tatau la knape.

Maybe sebab kawan2 aku sangat sikit kot. Sebab tu la aku sanggup wat ape je kat dorang nih. Janji maintain kawan2. Hurm... Nanti kalo la dorang dah kawen kan...Takde dah la membe2 aku untuk ajak kuar same2 bile aku balik kampung. Bukan aku takmo campur ngan orang dah kawen ni... Tapi tengok la ada sekali tu... Aku ajak kawan2 aku men bowling... Yang dah kawen siap angkut anak2 lagik... Kalo da besar takpe gak... Ni baru 3-4 bulan. Meraung la budak tu kat tempat bising2 camni. Haishhh...Yang baru2 kawen plak tak abeh2 lagi ke nak mengenyeh...Kat umah sudah la...Takyah la nak tunjuk2 yang korang baru kawen...Huhu...Siyes aku tak paham la ngan dorang ni. Bukan jeles, ok? Dari aku nak have fun, jadi meluat plak nak ajak dorang lain kali.

Huhu... Itu la sikit sebanyak pasal kawan2 aku kat Penang tu hah. Aku bukan ader ramai kawan sangat pun. Ada aku kisah orang nak label aku sombong atau kera sumbang? Janji aku tak kaco idup orang lain sudah, kan?

2 comments:

~Cinta Cukulet~ said...

saya pun tak ramai kawan..huhu..ntah kenapa entah..saya suka jadi miss lonely kot hahaha :p

aslina said...

::cinta cukulet::
i love my laptop because all of my friends live in it...haha...rasa2 statement tu matching kot ngan kiter kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...