Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu

Harini, 10 Mei 2009. Hari ibu. Hati aku tibe2 rase cam tersentuh sangat bile dengar lagu untukmu ibu nih. Nak plak si Mamat ni nyanyi. Masa aku kecik2 dulu aku addict gila dengan exist sampai skang. Dorang group paling best. Hah! Kalo ader group exist baca entry ni, sila bagi penghargaan kat aku sikit ok?

Hurm... masuk ni dah setahun la mama aku takde. Tapi ekceli dah dekat 6 tahun aku sambut hari ibu secara tak normal. Kesian gila la kat aku. Korang tau? Aku teringinnnn sangat nak peluk mama aku tu. 6 tahun aku tak peluk dia. Kalo peluk pun tak kesampaian. Tak best.

Yup. Aku rapat sangat ngan mama aku. Dier segala2nya. Dulu dier bebel kat aku. Aku tak suka. Tapi tu la skang paling aku rindu sangat2. Dulu dier bising sebab aku malas belajar walaupun aku pandai. Tapi skang aku sunyi. Takde sape nak bising kat aku macam dier bising kat aku. Kalo ada pun feel tak sampai. Aku jugak dah 6 tahun tak makan ketam sebab takde sape nak masak ketam masak merah kat aku. Bapak aku haram la nak bagi aku masak sendiri ketam tu. Dia takut ketam tu buli aku. Ade ke? 6 tahun jugak aku tak merasa laksa mama aku masak walaupun aku boleh masak laksa tu setanding dia.

Suma kenangan beb. Sedih beb!
Kepade sume yang masih ade ibu...Hargailah ibu korang.
Tak kira la ibu kandung ke... Ibu angkat ke ape... Dier tetap ibu korang. Sila hargai ye.
Post a Comment