Saturday, May 16, 2009

Cadbury Break Dan Hari Guru

Macam banyak je bende nak kene sambut dalam bulan Mei kan?
Mula2 dulu besday abang aku...Eheh! Macam penting jek. Nak buat camno...Bro kesayangan aku tu lahir pada 1 Mei...Hari Pekerja. Hihi.

Pastu sambutan Hari Ibu pulak. Pastu harini Hari Guru. Aku dapati ader kawan2 aku dah selamat jadik cikgu skang. Bagus la... Semoga anak murid korang tak buli korang sudah la. Aku nak jadi cikgu...Macam tak layak je. Tunggu aku sebesar Adibah Noor baru la aku berani nak jadi cikgu. Haha!!

To Linda, Cikgu Rashid dan juge blogger2 lain yang jadik cikgu... Aku nak ucapkan Selamat Hari Guru. Tak lupe jugak kepade classmate aku masa skolah rendah dulu. Aliff... Ko ingat tak ko kene denda ngan Cikgu Anita dulu sebab gagap jawap soklan dier? Tak sangke plak ko plak skang dah jadik cikgu. Ekeke...


Hah!! Tadi aku jalan2 kat 7E... Lama belek2 coklat untuk anak buah aku [Teettt!!! Tipu].Tibe2 aku nampak cekelat Cadbury Break. Terus aku teringat kat Cikgu Azilah [If I not mistaken sebab aku agak ingat2 lupa nama dia]. Sebab dia dulu kerap kali "dera" student2 yang dapat markah rendah dalam subjek Fizik dulu. Dia ajar aku masa Form 5... Dan jugak roommates aku [cubemates la konon2 masa tu]. Aku siap borong banyak2 lagi cekelat tuh. Wat stock in case aku dapat markah rendah atau sape2 dapat markah rendah dalam Fizik. Hehe. Ye la. Kat koop mana ada jual ma. Mahal! Kene outing kuar gi The Store Kangar tu baru bleh beli. Haha.

Anyway, dier ada la cara dier kan nak ajar kitorang bagi pandai. Nak plak kene ajar budak pemalas macam aku. Haha. Subjek akaun aku pandai la masa tu. Rajin pun rajin nak buat latihan banyak2... Tak macam Fizik. Dia suh wat semua latihan dalam buku contoh2 past year paper Fizik SPM pun aku tak siapkan... Dah time nak kutip, baru aku copy-paste dari kawan2... Haha... Perangai aku memang jahanam dan pemalas gile dulu. Tapi malas2 pun aku rasa aku bijak. Mwahaha!!! [Masuk bakul angkat senirik plak].Tapi last2 SPM aku dapat A2 jugak untuk Fizik. Terima kasih banyak2 la buat beliau. A1 aku dulu 2 subjek jek. Tak la hebat macam budak2 lain. Aku ni pemalas sikit bab2 nak buat ulang kaji. Hehe.

Hanya Math Moden dan Prinsip Akaun je aku dapat A1. Itu pun sebab cikgu yang ngajar 2-2 subjek tu sangat kiut dan pandai buat lawak dalam kelas. Walaupun aku kene admit yang Cikgu Leman yang ajar Math Moden tu suka berlawak kasar ngan aku. Ye. Sebab aku "paling comel" dan rendah dari segi fizikal berbanding kawan2 lain. Huhuhu. Selalunya dia berdiri kat sebelah aku time ucap hormat dan pastu slambe je blah sambil cakap, "Nasib baik saya tinggi sikit dari awak". Oh, sangat la hampeh. Ahaha. Tapi tu sume kenangan jek. Aku sayang semua cikgu2 aku dulu. Yang ngajar aku dari dulu sampai skang.

Kepade cikgu2 Tadika Kemas Sungai Nibong, Madrasatul Tarbiatul Auladiah Sungai Nibong Kechil, Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, St. George`s Girls School, MRSM Beseri Perlis... Lecturer2 kat Akademi Tentera Malaysia, dan jugak yang kat Universiti Industri Selangor...

Aku nak ucapkan Selamat Hari Guru untuk semua~~!!!
Post a Comment