Friday, May 29, 2009

Fakta : Kenapa Aku Tak Suka Naik Teksi

Aku memang tak suka naik teksi. Lebih2 lagi kalo sorang2. Kalo2 terpaksa dan sangat darurat skalipun aku akan cuba sedaya-upaya aku buat2 muka kejam dan tidak peramah.

Macam kat sini la, sebelum aku dapat motor aku tu...Hari2 naik bas. Kalo miss bas nak masuk campus, kalo dah lambat gile nak gi kelas, aku naik teksi. Tapi teksi sini cam haram sikit. Dah la seat longgar, pintu cam nak roboh, driver plak banyak cengkadak caj seploh hengget satu teksi. Padahal ape la salahnye kasik diskaun kat aku yang kelam-kabut nak gi kelas ni,kan? Jarak yang sama, naik bas baru singget. Naik teksi seploh kali ganda. Gila apa? Bill Gates pun boleh bengkrap.

Sebenarnye tu bukan la isu utama aku nak citer kat sini. Aku memang tak suka naik teksi sejak...Ermm...Dalam 4 tahun lepas la... Ni citer masa aku study kat Shah Alam. Aku dulu ngan Sal nih agak2 kerek sikit bab2 nak naik bas. Maklum la, kitorang masa tu malas nak tunggu bas yang sentiasa penuh tu agak2 kurang orang untuk kitorang naik. Tahan aje la teksi. Nak dijadikan citer, kitorang cam 'sangkut' ngan satu teksi nih. Bukan sebab drebar dier ensem ke ape...Tapi camne tah nak dijadikan citer pakcik tu baik ngan kitorang. Siap kasik no phone, supaye kalo ader apape, nak kemana2 emergency ke atau tak emergency... Boleh je contact dier. Any time. Sal suka la. Aku pun suka jugak sebab kadang2 naik dier tak mintak bayaran pun. So, officially-nye pakcik tu dah otomatik jadik ala2 private driver kitorang.

Naik beca lagi bagus,kan? Eh, kat Shah Alam ada beca ke?Ini gambar aku Google,ok?

Dulu kat Shah Alam ada teksi2 dari kalangan keta kenari. Memang meriah la teksi2 nih sebab driver2 dier suke letak macam2 aksesori kat dalam keta. Antara teksi paling horror yang penah aku ngan Sal naik sebelum sangkut ngan teksi sorang pakcik ni adalah, teksi yang bertemakan spider. Gile letak labah2 fluffy yang besar gile kat dalam keta. Seb baik la ala2 teddy bear. Kalo sipder betul...Mau ramai kene sengat. Haha.

Ok. Ok. Aku memang suke menyimpang topic. Berbalik kepada tajuk asal. Aku ngan Sal ni takde la nak gedik2 sangat ngan pakcik teksi kenari. Cuma kami ni agak peramah orangnya. Sampai la kepada satu ketika. Aku ngan Sal nak balik kampung. Sal bernasib baik la sebab ramai sangat pulun nak antar dier ke stesen bas. Al-kisahnya aku balik sehari lewat dari Sal nih. Aku bukan takde membe. Tapi masa tu aku agak segan nak mintak bantuan kawan2 yang aku tak bape nak rapat sangat. So, aku pun call la pakcik ni pick up aku kat depan guard. Aku nak balik kampung malam tu jugak.

Setelah beberapa lama tunggu, pakcik tu pun sampai la. Tapi aku takley duduk belakang coz masa tu jugak dier nak antar 3 orang dak UiTM balik kolej. Hurm...Takpe la memandangkan aku pun cam kenal baik ngan pakcik ni, aku tak kisah la duduk depan pun. Aku sebenarnye nak pegi KTM Shah Alam. Terus ke KL. Nak balik malam tu jugak2. Tak tahan rindu sangat kat pintu umah kat kampung. Tapi dah antar budak bertiga tu, pakcik ni bawak teksi macam biasa. Tapi tibe2 melencong ke jalan yang aku cam sangat tu jalan pegi KTM Batu Tiga. Memang bapak la horror jalan tu. Sebab keta tak banyak lalu kat situ.

Dah tu plak dalam teksi nih, pakcik tu dah lain macam. Dari bersembang hal-ehwal akademik aku, dah melencong ke masalah rumah tangga dia. Ada aku kisah? Pastu macam2 la dier citer bende2 yang aku tak expect sorang orang tua akan bercerita kat aku. [Take note. Bende ni 4 tahun lepas. Masa tu aku masih innocent] Sambil2 tu tangan dier dari gear melarat ke paha aku. Babi betul. Gosok2 plak. Pastu melarat pegi tangan aku. Suka2 hati dier je. Aku dah cuak gila. Dalam hati nak aje aku bukak pintu teksi dan terjun. Tapi nanti aku tatau jalan balik umah pulak kan?

Aku tepis2 la. Wat2 call orang. Kebetulan ada plak orang naik moto belakang teksi tu seolah2 macam follow kitorang jek. So, aku dah lega sikit. Siap cakap kat pakcik tu yang moto belakang tu balak aku. Huhu. Nak menipu pun tak hagak2,kan? Skali Mat Moto tu belok gi simpang lain plak. Pakcik tu dah semacam dah cakap aku tengok. Dalam masa aku sibuk2 tepis tangan babun pakcik tu [banyak bulu, ok?] sebelah tangan aku lagi seluk dalam beg aku carik pisau yang selalu aku bawak kemana2 untuk safety. Mampus pi la kawan2 aku dulu label aku psiko sebab bawak pisau pi merata2 tempat. Safety first beb!

Jumpa pun pisau tu. Pakcik tu pun dah memang lain macam dah. Dah la merepek2 dier citer kat aku. Kurang kasih sayang la. Babi betul. Kalo kurang kasih sayang apahal plak anak ko sampai 6 orang? Aku nekad. Srappp!!! Aku toreh tangan pakcik tu. Darah gile babi beb. Aku siap ugut lagi suruh cepat2 drive pegi KTM tu, kalo tak, kalo dier buat hal lagi, tak ragu2 aku nak tikam dier kat situ jugak. Phuh. Dalam hati aku, Allah saje yang tahu. Tapi kontrol. Takleh bagi nampak cuak. Memang masa tu aku macam tak caya je aku berani sampai camtu. Ala, lagipun bukan pakcik tu je mangsa torehan aku. Ada sorang brader ni pun sama jugak. Itu nanti la aku citer. Itu memang salah aku pun ikut orang yang tidak aku kenali.

Pakcik tu speeding sampai ke KTM Batu Tiga. Aku blah turun. Pakcik tu pun turun jugak. Dier mintak maap ngan aku. Dier suh aku jangan citer kat sapa2. Memang aku tak citer kat sapa2 pun. Tapi skang aku sebar secara meluas kat dalam blog. Haha. Tapi tu pengajaran beb. Jangan baik sangat dengan pemandu teksi. Aku pun tatau la knape bende ni jadi kat aku. Lepas tu, Sal ajak aku naik teksi lagi, aku dah takmo. Aku citer sume kat dier. Tapi aku pelik. Sal pun penah naik teksi sorang2 dengan pakcik tu. Pada aku Sal lebih hot dari aku. Tapi knape mesti aku yang kene camtu. Pelik juga.

Apape pun, lepas je aku sampai kat KTM Batu Tiga tu, aku tak jadi pegi KL. Aku beli tiket pegi KTM Shah Alam. Aku balik umah kazen aku,nak tenangkan hati. Gile betul. Aku rasa kalo pakcik tu bawak teksi kat Shah Alam lagi, kalo la korang naik teksi dan kot2 la nampak sorang lelaki tua bawak teksi beserta parut memanjang kat tangan kiri... Kemungkinan besar itu adalah hasil ukiran aku. Tatau la kalo pakcik tu guna Bio-Oil.

Tak lama pas kejadian tuh, aku tengok banyak plak kempen2 nak elak harrasment camni. Lebih2 lagi kerajaan syorkan guna penyembur lada sulah tu. Aku rasa kalo aku guna la penyembur lada sulah malam tu...Sapa nak drive teksi tu sampai ke destinasi sepatutnya? Dah la aku takde lesen keta nih. Huhuhu... Moral kat sini, all girls, berhati2 la walau di mana pun anda berada.

7 comments:

i.am.belle said...

nasib baik kan ada pisau tu. dasatlah jugak mcm rambo kamu xD

tapi bagus. bila jadi mcm tu kamu tak cepat panik.

belle paling tak berani naik taxi malam2. seriau.

aslina said...

::belle::
nak idup...kene la cover2...
hehe...bukan cam rambo...rambo bawak pisau besar tu...aku bawak pisau yang bese2 jek...alaa...bukan orang syak sangat pun...janji berguna...

Sally Vogue Da Vas said...

Errr...kalo aku x tau la cmne agaknye...
Minta simpang malaikat 44 dr benda2cmtuh.. Jahat betol la pkcik teksi tu...

aslina said...

::sally vogue da vas::
panjangnye name ko...ahakss!! erm...itulah...kadang2 kita tak expect pun orang tua yang kita baik2 nih boleh jadik gini,kan?

F A R Y N said...

sib baik ko kasi hadiah sama pakcik tu...mmg cilake ok...

~Cinta Cukulet~ said...

nasib baik bawak pisau..betul tu..safety first..lain kali kalau naik teksi sorang2 baik dok kat seat belakang huhu

aslina said...

::faryn::
itu lah...hadiah paling berharge...kalo ikut setan rasuk aku mase tuh...dengan duit2 pakcik tu skali aku nak bantai...haha...

::cinta cukulet::
pas budak bertiga tu kuar, dorang tutup pintu, cepat2 je pakcik tu blah...ingat nak tukar seat gi blakang pun tak sempat...huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...