Friday, May 1, 2009

Aku Sampai di Penang

5816

Hah! Baik korang amik nombor ni gi beli.
Confirm menang first prize.

Aku kat pudu semalam, dari Uncle Muthu aku tanya sampai la ke Peah...
Semua dapat tiket nombor nih.

Masa beza2. Uncle Muthu beli kul 8 pagi. Orang kaunter janji kul 8 malam bas tu ada.
Kak Jijah punya citer lagi best. Dari minggu lepas beli tiket ni. Nak balik Butterworth. Cuma ada bas nombor ni je. Tu pun orang kaunter cakap kul 10 malam. Pulak dah.

Aku sampai Pudu dari Kuala Selangor kul 7 malam. Aku nak beli tiket on the spot. Tapi takde. Brader ulat tu cakap paling awal kul 10 malam. Aku follow dia. Pegi kaunter. Brader kaunter plak cakap paling awal kul 11 malam. Aku dah nak ngamuk dah. Tadi kata kul 10 malam. Dan2 dia mintak maaf. Ada 3 pilihan. Kul 1030, 1130 dan 1230. Babi!

Aku tatau nak buat ape kat situ sampai kul 10. Aku antar sms kat semua kawan2 aku mintak teman aku kat Pudu. Hampeh. Semua out-station. Aku pegi McD. Dengan harapan nak ber-wifi. Tapi hampeh jugak. Last2 aku main mahjong sambil tengok couple sebelah "makan beradap". Paling takley blah. Kiss kat dahi. Adeihh... Pengantin baru kot...Kata aku untuk sedapkan hati.

Dah kul 10 malam. Pegi kat platform 16. Jumpe Mamat. Mamat tibe2 peramah. Borak tanya macam2. Last2 aku berjaya korek yang tiket bas dia juga sama nombor macam aku. Ahh...Sini saja dekat 60 orang tunggu dan aku berani kerat jari semua tiket ada nombor bas sama.

Pastu brader pegang walkie talkie bawak kitorang tawaf Pudu. Ntah mana2 tah dia campak kitorang 60 orang ni. Pastu dia panggil Sungai Petani. Tunggu kat lain. Butterworth, tunggu lain. Aku terpisah ngan Mamat. Tapi jumpa Peah pulak. Dia beli tiket kul 9 malam. Brader kaunter cakap bas kul 10 malam. Time tu aku dah jem sebab dah masuk kul 1130 malam, bayang bas pun tak nampak. Peah jugak cakap nombor bas dia 5816.

Kul 12 malam baru aku naik bas dengan Peah.

Semua watak dalam citer ni rekaan sebab aku terlupa nak tanya nama dorang. Ala, dorang pun macam ingat nak tanya nama aku.

Pegi la beli nombor tu tengok tuah korang.

Oh,ye...Kepade dak2 UNISEL...Rupanya ID hotspot kita available kat mana2 je kan? Aku login kat wifi TM Broadband kat Stesen Bas Sungai Nibong pakai ID hotspot kita jek. So, berbaloi jugak la bayar seratus satu semester untuk kemudahan wifi campus. Tiba2 aku sayang UNISEL. Boleh?
Post a Comment