Kenapa la kewangan UNiSEL ni tak pernah bagi student senang hati tengok balance terkini yuran pengajian? AT LEAST bagi aku rasa BAHAGIA tengok balance tak berganjak since awal semester hingga hari pendaftaran semester baru.
Ni balance baru sejak start final exam haritu. Demmm~~!!!
Bukan aku sorang je kene. Lain2 pun kene jugak (geng2 aku laa). Kemain la excited bercerita balance zero masa sebelum exam sebab masa mula2 PTPTN masuk, UNiSEL awal2 dah potong yuran ikut pre-registration subjects dan kami sangat2 yakin bahawa kebahagiaan mempunyai baki ZERO itu akan kekal sampai hujung sem. Tapi masing2 tiba2 ada outstanding sebanyak RM 500++ apabila selesai takbir Raya Haji.
Nilai tu maybe sikit dan korang for sure mesti ada yang kutuk aku sebab exaggerate hal ni. Tapi tahukah korang betapa aku mempunyai IMPIAN YANG SUPER BESAR untuk melihat baki zero dari awal2 masuk semester sampai la complete satu semester? At least once in a life time? Tak buleh ke? Ha? Ha? Ha? Takkan nak aku list kan definisi "BAHAGIA" plak bagi korang betul2 paham ape yang aku mau... Pegi bukak kamus dewan la cari, bai!
Nota kaki : Sehari sebelum Raya Haji, outstanding balance aku adalah [-RM 70]. Entah bila masa la dorang ni update. Update sambil sembelih lembu agaknya.
No comments:
Post a Comment