Thursday, December 3, 2009

Kadang2 Kewujudan Antivirus Pun Entah Apape Je...

Gelabah betul aku petang tadi dengan antivirus dalam laptop aku nih. Aku gune Avast! Entah mana silap aku pun tatau la. Tapi lepas saja update, abeh semua application aku kat dalam ni dier suspect ade trojan. Sengal btol. Nak online pun tak boleh pasal software modem pun takleh bukak. Kene sekat.

Aku geram gile, aku restore balik semua. Hahaha... Hambik ko. Tapi masalah tak jugak setel2. Last2 aku install lain modem beruk-ben "kesayangan" ni. Tapi kan lain pulak kuar. Cam cantik plak interface baru. Haihh... Ape la nak jadik...

Ni interface asal yang sepatutnye kuar tu. Nampak macam compact la... Lengkap icon semua....


Ni jadi macam lain plak. Anyway, aku rasa yang lain macam ni macam lawa plak. Hehehe~~

Nak bukak modem pun kena disable antivirus tu baru boleh bukak. Kalo takkkk... Bingit telinga aku dengar bunyi siren dan "A virus have been detected!" Boleh gile weh. Lepas boleh on semua baru la aku enable balik. Dan terus update antivirus yang baru. Lega sikit semua dah ok sekarang. Takde kuar siren bengong2 lagi dah.

Hahahh~~!! Sampai yang ni pun aku nak share kan? Betapa bosannye aku kat umah ni tau tak?!!
Post a Comment