Monday, December 21, 2009

Salah Faham

Kenapa sekarang ni bertunang pun persiapan gampang hebat macam nak sanding?

Congrats kepada kawan2 aku yang dah confirm ade life partner sehidup-semati ngan korang. Semoga bahagia sampai akhir zaman. Aku tamau wish sampai anak-cucu. Nanti dah dapat cucu ada plak berubah hati kan?

Cuma aku confuse la. Tolong sapa2 terangkan kat aku yang super-duper blur pasal protokol dan majlis2 nak menyatukan 2 hati tu. Sumpah aku confuse. Dah la berapa orang kawan2 aku nyaris kene marah sebab tak jemput aku pegi "kenduri kawen" dorang. Last2 dorang bagitau aku yang tu cuma majlis bertunang je. Apakah?

Zaman abang aku dulu simple gila je. Family2 yang terdiri dari golongan warga2 tua je pegi umah akak ipar aku pegi meminang. Kitorang kanak2 ni lepak umah makcik aku je. Pastu abang aku plak kene jaga kitorang. Fun gila kuar jalan2 sebab abang aku pun bosan kat umah. Maka kami yang kanak2 ni semua dia angkut pegi KFC kat Ipoh...

Aku tamau pikir cemana rupa-bentuk majlis aku nanti. Sapa nak tolong handle nanti? Simple2 cukup. Kalo kawen plak, kalo bleh... Sanding pun tamau. Huhuk!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...