Thursday, December 31, 2009

Karangan: Azam Tahun Baru Saya


Azam tahun baru saya pada 2010 ni adalah untuk memiliki punching bag. Kegunaan utama adalah untuk nak lekat muka2 mereka yang buat saya sedih lalu repeat paper pada semester yang lepas2. Lebih2 lagi muka lecturer-u-know-who. Nak print yang BESAR PUNYAA!!!

Tamau yang inflatable. Nanti baru 10 minit saya balun dah pecah. Rezan adalah saksi betapa dahsyatnya saya tumbuk punching bag sebab tak puas hati dengan ending citer Twilight : New Moon dulu. Ye lah, kalo dah diri sendiri terpelanting balik ke belakang sebab punching bag tu melantun, tak cukup kuat lagi ke namanya?

Saya rasa saya bertuah dalam tahun 2009 cuma ada 4. Iaitu berpeluang pegi praktikal kat Intel dan rileks2 dari amik final exam semester lepas. Lagi 2 adalah pegi oversea (baca: Singapore) dan berada tengah2 laut selama 12 jam (baca: candat sotong di Terengganu)

Lain2 tu semua sedih2. Majority adalah berkaitan kehilangan ahli keluarga dan sesi2 berhari raya secara solo sambil bertemankan laptop dan broadband yang boleh tahan celaka dier punya coverage.

Selain dari memiliki punching bag tersebut, saya juga berazam untuk bergembira sepanjang tahun 2010 tanpa menghiraukan apa jua situasi yang terpaksa saya hadapi. Kalau ada terselit sedih sikit2 tu saya tetap akan buat2 gembira sambil sing-a-long lagu Situasi nyanyian Bunk Face.

Semoga saya berjaya grad pada hujung2 tahun 2010. =)

Sekian, terima kasih.

Sebagai penutup dan hiburan para pengkritik blog ini untuk dapatkan markah A+ bagi karangan ini, terimalah lagu bertajuk Situasi nyanyian Bunk Face sempena menutup tirai 2009.



P/S: Karangan ni aku buat pun sebab terpaksa je. Ye la... Kang nampak sangat aku tak amik pusing pasal tahun baru. Dah la Tahun Baru Islam haritu pun sumpah aku buat donno je... And yes, I'm typical malay yang beriye nak buat azam baru setiap kali menjelang tiba tahun baru masehi. So, jangan nak komplen lebih2 ok?
Post a Comment