Tuesday, April 5, 2011

Kat Penang Dah :D

Takde masa nak layan semua kerenah tah apape lecturer tuh. Baek balik saje.

Smalam balik kul 10.15 pagi. Nak balik awal tak jadi sebab tunggu orang. Huhuhh... Sekali best-best pecut kat highway, tayar moto pancet plak. Nasib jugak la tak jadi apape... Sebab paham-paham je la aku bawak bape laju kan... Dah laju kau tetibe terhoyong-hayang... Mujur la sempat brek. Kalo tak, confirm langgar besi tepi jalan tu dah. T___T


Gamba aku stranded kat highway. Muka ketat pasal panas gilo sini.

Haha... Mula-mula aku macam pasrah je tayar pancet nih. Tengah-tengah panas weh tayar pancet... Tengah jalan raya plak tu... Dah la aku tatau no tepon Plus tu bape. Gelabah la mesej abang aku tanya... Dia pun reply no apa ntah. Lagipun aku cari-cari tepon warne oren hijau tu tak jumpe.

Pastu dengan tak larat-tak larat tu aku pun gigih tolak motor sebab depan sikit tu ada flyover. Bleh jugak berteduh. Tu gamba tu aku berteduh bawah flyover la tu... Masa aku pakai helmet lagi semua pandang-pandang je aku kat tepi jalan tu. Bila aku bukak helmet kemain la lagi ramai dok hon-hon. Aku pun selambe la lambai-lambai orang macam Usop wilca tu. Bahahaha... Punya selamba okeh. Seko pun takde berenti nak nolong.

Kebetulan kat tempat aku berteduh tu ada plak no. Plus Line... Ni dier...

1-800-88-0000

Sile-sile save dalam henset masing-masing demi kesejahteraan masa depan. T__T

Mula-mula phone dorang cakap kalo antar Plus Ronda tu pun bukan bleh buat apa sebab aku pun takde tayar spare... Pastu dorang takde mende nak tolong motor-motor ni. Siap suggest aku amik no tepon sesape pasal tayar moto tepi jalan. Puas aku jalan dekat 300 meter. Tapi takde pun tulis.

Pastu dorang call aku balik cakap suh aku tolak moto sendiri je sampai ke kedai moto kat exit Behrang lebih kurang 2km dari tempat aku berteduh. Phergh. Mana la aku tau workshop tu kat mana... Last-last dorang tanya aku sorang ke beramai-ramai... Bila cakap aku sorang, dier suh tunggu situ sampai lori warne merah PROPEL sampai.

Merah?

Dekat 45 minit pastu baru la aku nampak kelibat lori yang takde sangat rupe lori warne oren datang. Hehe... Tak sempat plak snap gambar brader-brader gagah lagi hensem angkut Jonny naik lori sampai ke workshop tu. Nasib baik la aku sorang je. Maka bleh laaa naik lori tu jugak.



Comel kan lori ni? Takde gamba real, doodle macam blogger lain pun jadi laa... Hahaha...

Dah naik lori tu pun phergh sebenarnye bleh tahan jugak jauhnye kelibat workshop tu. Kalo aku tolak moto sorang-sorang rasanya lagi 2 jam baru sampai ke workshop tu. Dah la panas terik. Tah-tah aku pitam dulu. Sebab berak pagi-pagi tu pun belum. Main kuar umah terus jeee... Mau tak pitam jalan tengah-tengah panas terik sambil kerah tenaga tolak moto sambil banyak angin dalam badan pasal tak berak. Huhu.

Pastu da sampai kat kedai moto tu da ok dah. Bleh balik dengan gembira dah.

Sampai Penang dekat pukul 6 petang lebih. Dengan jem lagi. Kene tahan ngan polis trafik lagi. Kene tahan ngan polis trafik tu satu hal. Dia bleh bagi extra tazkirah plak. Sebab aku cakap aku balik naik moto dari Selangor. Wuwuwuwu... :-/

Asalkan selamat sampai sudah, kan? Alhamdulillah...

Thesis?

Gi mampos. Aku serah semua kat kawan-kawan suruh tolong setel. Pehal nak susahkan hidup orang lain lagi dorang nih? Pelik-pelik siot lecturer mechatronics yang bajet bagos ni.

4 comments:

Signorina Syima said...

berapa tahun travelling baru kali ni ai dgr u stranded....

Aslina said...

::akak syima::
haha... cobaaaannnnn... :D

dier tanak kasik aii jejak sana dengan moto dah kot. hehe.

AkuMuzikFilem said...

bapak ganas nampak awek ni..hoho

Aslina said...

::AkuMuzikFilem::
hahaa... mana ada ganas... sekali-sekala dalam hati ada taman jugak... hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...