Saturday, April 9, 2011

#takde tajuk
#malas nak caps lock
#aaa... tah la...

pertama sekali thanks kepade follower yang macam hari-hari bertambah sorang. tapi sumpah tatau mana datang. maklum la blog ni bukan glemer pun. tak macam dulu. masa url lain. kenapa tukar? sebab perasan orang akan stalk padahal orang yang expected stalk tu pun dah berbahagia dengan orang lain. biar. biar. biar. tu dah lama :'(

dulu macam hepi-hepi penuh dengan fakta la pemerhatian la semua, tapi semenjak-dua menjak ni banyak emosi. sebab... biasa la hidup ini tak terlepas dari dugaan dan aku adalah antara orang yang melampau-lampau react terhadap dugaan yang mendatang ni.

nak kata tak bersyukur, tak jugak. cuma entah. sekadar luahan je kat sini. sebab tu laa tanak melepak sangat kat mana-mana community untuk tarik orang datang jenguk blog. harap-harap statement ni buat takde orang terasa hati menusuk ke kalbu secara mendalam. maka dari aku kene bahan kaw-kaw sebab mungkin orang anggap cepat sentap, baik aku update secara biasa-biasa je camni.

aku admit aku bodoh sekarang menangis sebab lelaki. mungkin sebab sekarang agak banyak masa lapang walaupun thesis final year project aku tu masih dalam status ts. siap ts sampai bila-bila kot selagi aku takde update. kenapa la takde option suruh tukar tajuk ke apa? tapi update macam mana aku pun tatau. oh, aku menangis bukan sebab supervisor hensem yang kejam aku tu, tapi aku menangis sebab orang lain.

loser kan aku percaya sangat dengan orang yang tibe-tibe muncul menjanjikan bulan-bintang-angkasa kat aku... padahal dah masuk dekat 4 ke 5 kali ke kenal orang macam tu. over tacing betul sekarang ni. dah la sama je style. macam yang lepas-lepas tu.... mula-mula kenal sebab konon aku comel (muntah-ijo)... lepas tu tibe-tibe over caring dan berjanji sumpah setia yang dia tak sama macam ex aku yang lain yang konon caring sebab simpati dengan nasib aku. oh, yeah aku agak malang dan ada kenangan paling pahit untuk ditelan dalam hidup.

next step dorang adalah kaco-kaco hidup aku dengan sms, call, ym secara pukal sampai ada masa aku suka dan ada masa sumpah rimas. hell yeah, stereotype step to get a girl. jumpa? no way. i love this way of communication. sebab sekarang aku takut jumpa orang. selalu sebelum ni aku jumpa-jumpa orang, kuar date, lepas tu orang tu takleh lupa aku. dia pura-pura putus pun masih akan contact aku jugak sebab memang takkan lupa aku.

so, memang aku takkan jumpa la. lame gila kan? konon kapel secara virtual. sama jugak lead ke maksiat kalo dah selalu call pun melting semacam je. padahal aku memang terer berlakon. haha. real me is saiko. sebab aku tanak terjebak terlalu percaya orang.

btw, lelaki ini berjaya meruntuhkan tembok ego aku yang penuh dengan kepura-puraan kalo kata rapat lalu konon kapel secara jarak jauh dan taknak jumpa macam ni. dia buat aku percaya lebih 20% dari aku percaya orang sekitar aku selama ini.

dan last step yang sebelum ni takde langsung effect dalam hidup aku tapi kali ni sangatla menyebabkan aku menangis hari-hari sebab dia adalah berdiam diri.

ex-ex aku sebelum ni bila dorang dah start diam tu tandanya pertama, sibuk, kedua dah ada orang lain. selalunya yang kedua tu la tandanya. dan tak pernah aku peduli kalo dorang ade lain. memang aku rela undur diri. diam dorang pun takde makna apape bagi aku.

tapi lelaki ini diam sangat menyeksa hidup aku.

argh. bodoh la nak menangis sebab dia.

macam la takde orang lain dah.

last message aku tadi... pagi tadi... aku nak undur diri... langsung takde jawapan.





aku bukan nak attention mengada-ngada seperti nak sms update buat apa sampai setiap masa berkepit dengan enset. at least miskol aku sekali sehari pun jadi la... aku nak orang yang susah-susah dulu nak tekel aku tu tau aku wujud walaupun seciput kecik macam sebutir pasir dalam diri dia. tu je. aku tak suka kawal orang yang aku sayang sebab aku tau peritnye idup dikawal...













mungkin tak ramai yang kenal aku lagi macam mana kan?



aku tak kisah bukan sebab aku tak sayang. aku consider orang lain sibuk mungkin takde masa nak contact aku. tapi selalu kebebasan aku bagi tu la makan diri aku. sampai sebelum dia aku jadi macam zombie. takde perasaan.

at least dia dah ubah aku sikit... aku mintak hargailah aku.

tapi takde.

takpe la. undur diri tu jalan terbaik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...