Tuesday, April 12, 2011

Kick-Start Needed

Hidup aku ni macam banyak sangat la yang negatif.

Semua benda pun nampak negatif.

So, skang aku nak satu significant kick start untuk tukar semua benda negatif-negatif ni jadi positif dan baru boleh nampak masa depan yang lebih baik sikit.

Sakit la negatif-negatif ni. Buat aku ligat berfikir akibat-akibat yang tak sedap langsung hati, mental dan fizikal nak harung. Kenapa la macam ni padahal masa aku kat ATMA dulu tu cabaran lagi teruk tapi macam senang hati je aku harung. Self-confidence pun level super tinggi. Boleh hadap semua dengan muka serius tanpa keraguan yang dahsyat.

Mungkin banyak sangat rejection (baca: nak update thesis laa... buah hati yang tiba-tiba melarikan diri laa... keje belum nampak hala tuju laa... internet yang sangat la lembab kalah siput laa...) yang menyebabkan aku rasa down abes dan semua self-confidence semakin hilang secara sikit-sikit. Sekarang ni self-confidence aku bawah paras 45% tau? Lepas tu bila self-confidence tu low level, mula la risau kat benda bukan-bukan, buat plan sampai dekat 400x ubah... Padahal plan nak pegi amik balik barang-barang dari umah sewa je pun. Apahal sampai 400x pikir plannye?

Any suggestion untuk jadi lebih positif lalu memupuk self-confidence tinggi-tinggi agar takde terasa diri ini seorang loser?
Post a Comment