Monday, April 11, 2011

Pinjam....

Matun, pinjam entry ni ---> [JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA..]

Pinjam link saja, malas betul nak copy-paste.

Selidik satu-persatu.

Tertarik dengan yang ini;

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

dan ini;

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


Agak-agak la kan dah berapa kali aku "mati"?

Seronok kan layan orang test power ni? Bila kita tak serius, laju je tuduh tak matang dan tak pikir masa depan... Bila kita serius, tuduh kita ni over, sebab dia anggap kita kawan je. Padahal cara layan kita tu tak macam kawan pun.

Aku perempuan. Walau sekuat sekental mana pun hati aku, tapi bila berdepan dengan lelaki yang tiba-tiba bagi perhatian lebih terhadap hidup aku, lama-lama pun cair jugak...

Jangan jadi hipokrit boleh tak?

Kalo nak layan sebagai kawan je, sila tetapkan sempadan dengan berterus-terang. Bab batasan berkawan ni bukan benda main-main. Peraturan ni saja aku boleh ikut tanpa bantahan dan perasaan yang perasan kau lebih dari kawan, walaupun gerak gaya kau lebih dari kawan. Sebab kau dah tetapkan kita hanya kawan.


Tapi bila kau sendiri letak batasan yang kita lebih dari kawan. Walaupun kata-kata tu hanya kuar dari mulut "Awak la teristimewa pernah saya kenal" atau "Saya rasa awak ni diciptakan untuk saya" atau lebih direct seperti "Saya sayang awak, terus-terang saya nak awak jadi teman hidup saya", tapi dalam hati kau macam, "Ek eleh minah ni perasan. Ramai lagi bagus dari kau aku boleh dapat la", mana satu aku nak ikut? Dah tentu la aku percaya pada kata-kata sebab aku takde special ability untuk scan hati orang.




So, tolong la.

Walaupun korang ade kenangan pahit dimainkan oleh perempuan, tapi kalo bleh tolong jangan patahkan hati perempuan lain yang betul-betul sayangkan korang walaupun pada mulanya hati dia keras tanak layan korang.


Atau at least buat la dia terasa wujud dalam hidup korang kalo korang betul-betul maksudkan ayat ada kata-kata sayang sebagai orang yang paling istimewa dalam hidup korang.

No comments: