Thursday, April 14, 2011

Dikidnap Oleh Orang Buat Survey Herbalife :P

Harini tibe2 je kene kidnap dengan orang jual herbalife. Lepas tu dapat la kaunseling dan pakej cuci sebelah muka secara percuma.

Tau kenapa aku kene kaunseling? Sebab berat aku melampau-lampau beratnye dan tak logik untuk diri sendiri. Muahahahaha... Segan dowh nak bagitau. Hahaha... Tapi yang pastinye sesape yang kenal aku confirm tak caya berat aku seberat itu. Mesti semua tuduh aku bela hantu raya buat tambah berat melampau-lampau tu. Siot je pertuduhan yang dikenakan tu. T___T"

Ye lahh... Aku kuat makan... Makan takde pantang larang... Belasah ikut sedap tekak je... Hehe. Nanti-nanti la aku usaha balik untuk kurangkan berat badan macam dulu walaupun aku tau kalo berat aku berkurang, fizikal aku tetap sama macam sekarang ni. Huhuhh...

Tapi sebelum aku isi form tu aku sesaje buat teka-teki kat dorang pasal berapa umo aku. Itu pun lepas dorang tanye aku da abes skolah ke tidak. Opkos la aku cakap dah abes skolah. Laju je menonong teka umo aku 18. Tak hagak-hagak betul. Aku cakap aku 26, masing-masing buat muka terkejut. Aku ingatkan dorang perli terkejut-terkejut tu. Sekali sorang brader kat KTM mase nak pegi Shah Alam pun bleh teka aku 18 jugak. Adoyaiii... Tepuk dahi aku. Huhu...

Cuma aku kesian sikit la pasal facial tu la. Punya laaa gigih pi suruh aku tenyeh muka sendiri cuci-cuci semua kan... Tapi sebelah je la... At the end, dorang sendiri takleh nak beza muka aku yang dicuci guna facial dorang err... Apa nama tu? Nouristious? Ke aku salah eja? Short term memory aku sikit lost padahal baru 8 jam yang lepas peristiwa ni terjadi. T______T"

Ke aku yang tak reti nak pakai facial mahal-mahal ni? Aku tak sampai hati la nak bahan pasal khasiat wuduk ni memandangkan yang kidnap aku tu Chinese. Aku sampai KL tadi pun pukul 5 pagi, lepas tu tunggu la sampai subuh kan solat kat surau terminal Jalan Duta tu then baru sambung perjalanan ke Jalan Pasar. Huh! Jalan Pasar lagi... Kire 4 jam sebelum kejadian kene kidnap tu la kan waktu subuh. Huhu.

Betul la agaknye kalo kita wuduk untuk solat subuh, muka kita akan berseri-seri je walaupun tak pakai mekap. Huhu. Next time aku takkan miss subuh lagi walaupun kadang-kadang macam syiok je tido sampai terbabas-babas akibat chatting dengan kelawar-kelawar dekat fesbuk.

Dah la survey tu kan kemain lagi tau tanya aku guna pencuci muka cap apa... Dalam list tu semua brand mahal-mahal macam SKII, Olay, apa lagi? Malu la aii nak bagitau. Aii belasah je apa aii nampak dalam bilik air kat umah tu. Kalo akak ipar aii guna Safi, harus la aii pun tumpang sekaki. Kalo beliau guna Eversoft, selambe je aii pun tumpang sama. Hihihi... :P

Set pencuci muka ni mahal gila wey. Dah la suruh aku main teka-teka sebijik-sebijik apa yang dorang bagi testing guna. Aku mana laa penah nak singgah kat booth-booth kecantikan... Setakat lalu-lalang laju-laju tu penah laa... Pastu awal-awal aku kene gelak dengan orang tu sebab cara aku cuci muka tu nampak kekok betul la. Ye la, mana la penah aku nak pakai pencuci muka sampai 1 set yang banyak-banyak tu. Aku pun mana la ada masa nak telek-telek muka sendiri. Telek gigi tu banyak la masa. Hehe. Tapi aku masih menaruh harapan agar salah satu bende hantaran untuk aku nanti, satu set facial SKII. Haha. Ambik kau mahal nak mati aku mintak. Tah sapa la tergamak nak bagi kan.

Sesape pengedar Herbalife, jangan la marah ye ngan entry nih :D

7 comments:

13may said...

oh! baru 26...muda lagi...hehhe hehhe

Aslina said...

::13may::
whoaaaa incik 13 may....!!! mana menghilanggg??!!

mykhalis said...

skII mana mahal..setakat untuk hantaran sekali seumur hidup blh je..wahahaha

Aslina said...

::khalis::
ooo... tak eh?? bahahaha... tapi yg sekali tu bila mintak sekali dengan macam2 bende mahal lain hazab jugak kan?? hehe...

alongxp said...

ni makan ni mesti pantang kan?

pantang jumpe...hehehehe

Aslina said...

::alongxp::
yaaaaa... tepat skali... muahahaha...

Kak Fenny Fennylixious said...

kalau akak la kan akak main tanda je amne2. maleh nak layan hoohohoho