Rugi wohhh...
Selalu orang2 Cina suka la buah ni. Aku dulu pun tak brapa makan sangat. Senang citer kenal pun tak. Tapi ada sekali tu pegi Johor, umah Mak Cik aku, dia jamu kami semua makan buah tu. Tapi tak brapa best dah sebab entah apape je buah tu. Pastu Mak Cik aku citer buah tu mahal. Yang elok2 lagi la mahal. Kadang2 sebijik pun orang jual RM3. Gila bukan?
Tapi Jumaat lepas, sebelum balik umah, aku pegi la PG8 cafe. Nak minum air sebelum balik. Dahaga gila. Pastu aku nampak la orang jual buah2. Aku punya la teruja sebab nampak buah Kiwi. Dah pi dekat2 baru la sedar buah Kiwi tu sebenarnye buah Ciku. Cheh! Dah pakai spek pun gampang punya rabun lagi kan?
Belek punya belek... Last2 takde banyak soal, aku pun beli buah mata kucing RM4. Wat makan sambil naik moto balik umah. Haha. Pastu nampak la Pisang Kaki ni. Kaler cukup cun. Nak kata lembik sangat pun tak, keras sangat pun tak. Kalo yang ni memang confirm la sedap. Tak macam aku makan kat umah Mak Cik aku tu. Paling best, 4 bijik RM5. Kira murah la kan?
Balik tak makan terus. Simpan dulu. Siap lupa la aku simpan dalam peti sejuk tu. Dah la takde sape nak makan kat umah tu. Pastu sebab lapar sangat tadi, dan aku pun memang malas nak makan nasik wiken2 kat umah. So, selongkar peti ais nampak la buah ni. Amik, potong2 la...
Asalnye ade 6 potong, tapi sebab kekurangan sabar nak rasa buah ni menguasai diri, tu pasal tinggal 5 potong je. Huhu.
Ngap sepotong, sekali ngan kulit2. Pherhhh...Sedap gila weyyy~~!! Rasa macam Tomato+Buah Plum. Huhu. Aku memang gila sikit, masa duduk ngan Kak Syima dulu macam2 campuran buah2 dengan sayur2 aku blend dengan pengisar buah dier untuk wat jus.
Tapi kali ni sebab kat umah aku ni blender pun aku tak jumpa, entah mana kakak ipar aku sorokkan sebab takut Aiman capai pastu hempas2. So, aku pun buang kulit dan potong kecik2. Sebenarnya tak buang kulit pun takpa. Tapi dasar mengada2. Macam tu la. Pastu campur dengan Nestum Cereal perisa madu tu. Kat umah aku ni jugak takde Oat. Sebab orang2 dalam umah ni tak layan sangat Oat. Beli banyak2 pun nanti aku jugak yang kena perabih sorang2. Lain la kalo duduk ngan Kak Syima. Kata nak diet, itu la yang rajin kitorang makan untuk snack or supper. Heh! Tambah2 aku bila arwah ayah belum masukkan duit dalam akaun [time2 sengkek la senang citer]. Lagi kenyang dan berbaloi2 dari makan megi tau!
Inilah hasilnye. Breakfast pagi yang simple lagi sedap dan berkhasiat. Jom la cuba beramai2. Hehehe~~!!
Sini aku nak list beberapa tips nak cari buah Pisang Kaki yang dijamin sedap dan manis untuk panduan korang.
- Pilih yang kaler oreng ang2. Jangan amik kaler kuning sangat, atau oreng pucat. Untuk rujukan, tengok gamba first aku bubuh kat atas tu. Tapi tu Korean Persimmon ye kawan2.
- Pastu picit sikit. Jangan picit kuat2. Marah plak tokey buah tu kang. Picit biasa2 je. Macam selalu pilih2 tomato tu la. Kalo keras sangat jangan amik. Tak brapa manis tu. Amik yang sedang2 saja. Tak keras sangat, tak lembik sangat.
- Pilih bentuk comey2 sikit. Nak bagi sedap mata memandang.
- Kalo orang yang jenis deria bau kuat, kalo yang betul2 manis, bau dia ada sikit2 macam buah Peach. Siyes. Wangi je.
- Amik yang kulit licin la. Tak best kalo amik yang nampak buruk. Mungkin mudah pecah kalo tindan2 dengan buah2 lain bila nak simpan dalam fridge.
6 comments:
la ni baru dgr pisang kaki ni... buah ni bukan cina selalu buat sembahyang ker....
::Diarihatiku1976::
tu la kot...sebab buah ni mahal...nak info lebih2, try tekan Persimmon.ada letak link ke wikipedia terus. :)
tapi beli laa...jangan plak amik yang dorang letak kat tokong...ngehehe...
kompem kecip ker nih??hahaha
nak try leh?
ish..macam sedap.
tapi tatau mana nak carik kat sini.
uhuuu...
Buah pisang kaki.... tapi takde rasa pisang pun. mmg pelik. baru jek aku tau pasal buah nie last week, dpt makan 2 potong, beli kat pasar tani d pagi ahad shah alam tu.
::cik epal::
uish...ingatkan hadra tadi...epal lain rupenye...err...anda plak epal ape?
::mr amad::
kecip tu hapa?
::hadra::
kadang2 susah nak jumpa. tapi dalam minggu ni asik terjumpa ja...musim dia kot...tahun2 lepas tak pulak camni...
::rezan::
laa...2 potong je? mana cukup weh...kurang2 sebijik makan baru la best...hahaha~~
Post a Comment