Friday, November 27, 2009

Laa...Lupaaa~~

Huhh...Salam Aidil Adha buat semua umat Islam di seluruh dunia.

Sorry la aku bz sampai lupa nak update blog. Bz sungguh nak siapkan report final praktikal ni. Dah siap sikit, tiba2 rasa nak tambah lagi-lagi-lagi-lagi dan lagi. Lepas tu suruh supervisor aku check pulak dier pun suggest suruh tambah lagi-lagi dan lagi sebab beliau beranggapan lecturer aku langsung blur pasal process kitorang di sini.

Mana tak blur, masa sesi academic visit dulu lecturer aku tengok log book aku, dia blur nak pikir apa sebenarnya aku buat kat situ. Adakah aku saja2 menyibuk atau sebaliknye. 

Aku tak kisah pun asalkan isi2 report aku tak mengganggu-gugat confidential Intel cukup. So far alhamdulillah la semua dah lepas tentang tugas2 aku kat situ. Aku risau tugas2 tu kalo dia reject, mampus aku dah tatau nak describe apa lagi dah.

Tapi apa pun abes dah azab aku kelam-kabut prepare weekly report yang ada 5 jenis sebelum pukul 11 pagi (yang biasanya aku terbabas2 pegi ke 12 tengah hari...Hehehhh)

Terharu siot last day kat sana. Paling takleh blah bila aku baca komen supervisor aku dalam log book, " Longer period of internship is strongly recommended"

Padahal masa academic visit tu hangguk je cakap time frame praktikal aku selama 15 minggu tu cukup untuk aku absorb environment pekerjaan pada masa depan. Dah la aku terlebih 2 minggu dari orang lain menjadikan total praktikal aku 17 minggu @ 4 bulan... 

Hahaha~~ Okeh aku nak sambung deco2 report aku sebab jap lagi nak pegi print. Ada tak kedai binding yang bukak harini?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...