Monday, November 9, 2009

Kenapa Orang Sibuk Sangat Nak Komplen Kau Dah Gemuk?

Sepanjang jalan balik dari misi membuat pasport di Seberang Perai haritu, aku dengar la Fly.fm. Kalo tak aku layan mp3, tapi tiba2 enset aku start buat hal plak kan... Layan je la radio. Terpaksa. Lama dah lost contact ngan radio nih. Topic petang tu menarik jugak. Sampai ke umah aku layan Fly.fm tu. Topic dorang adalah pasal gemuk. Atau lebey precise lagi, dorang mau share citer2 pasal cara orang tegur kita dah gemuk. Huhuhu.


Dah la beberape minggu lepas aku baca kat blog ini , ini , dan ade la blog2 lagi yang aku tak ingat sangat bercerita pasal gemuk. Paling best korang letak keyword "Gemuk" kat Google saja pun bersepah2 kuar suggestion pasal gemuk ni.

Tapi ni aku nak citer pasal topik kat Fly.fm tu. Dalam banyak2 citer pendengar tu, aku bleh terima lagi bile salah sorang tu citer mak dier komplen suh dier beli baju baru. Hehe. Berkias la kunun2 yang mamat ni dah gumuk. Paling takleh blah dan aku sangat2 sokong skali adalah sorang pendengar pompuan ni.

Citer dier, ada 2 orang lelaki nak purpose dier IF ONLY SHE`S SLIMMING DOWN. Korang tau ape dier cakap? "If I`m slimming down, do I want U anymore?” Haha. Aku sokong gile. Itu jawapan paling seswaiiii untuk spesis2 boyafren yang tak sedar diri dapat awek-ala2-comel-pun-dah-kire-ok-nak-demand-lebih2-plak. Bagi aku kan, gemuk itu comel. So far kawan2 aku yang gemuk, tak penah plak aku jumpe gemuk yang buruk. Tapi buruk perangai macam “pig yang pinjam duit tak reti nak bayar tu” ade la. Dan yang latest ni yang aku pun malas nak mengaku dia kawan aku. Next entry aku citer ok?

Tak paham aku la lelaki2 yang nak awek2 perfect/cun2/solid macam Maya Karin atau Fazura, tapi taknak cermin muke DAN POKET senirik stendet mane je dorang tu nak tekel awek2 camtu. Entah. Tapi aku dulu ade la ex2 yang dah kapel brape lama dah, pastu sibuk2 nak suh aku kurus. Padahal time tu asal aku balik Penang je mesti arwah ayah aku komplen kenapa aku dah kurus. Bersungguh2 la dier buat gerakan membeli makanan secara besar-besaran 2-3 hari pertama aku balik Penang.
Bagi aku, gemuk ke kurus ke, tak kisah. As long as ko takde penyakit serius, rileks je la hepi2 dengan body senirik. Maintain je la kan? Kalo nak kurus, kang kene beli baju baru plak. Kalo tergemuk pun kene beli baju baru jugak. Aku kan particular bab2 beli baju ni... maklum la kedekut! Dan kalo ko gemuk gile, ko nak kurus sebab nak elak penyakit berantai tu, tu aku bleh terima. Tapi kalo gemuk, pastu nak kurus sebab sorang lelaki...lupekan je. Bersepah lagi lelaki yang berkenan pompuan comel.


P/S: Sepanjang awal tahun ni itu hari, kebanyakkan gambar2 kawen yang aku tengok kat blog photographer, semua pengantin pompuan comel2. Elok je dorang kawen dan takde pun sape2 slim macam model.

2 comments:

Mr_aMAd said...

gemuk payah kurus sangat pom payah..
sedang-sedang pom payah..payah betol..haha

aslina said...

::Mr_aMAd::
kene bersyukur dengan apa yang ada la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...