Aku terasa nak up entry ni pun sebab baca komen2 kawan2 pasal gambar2 zaman skolah yang aku upload kat fesbuk. Semua ada banyak cerita best2. Tapi dalam banyak2 tahun persekolahan aku... Yang paling aku tak boleh lupa adalah masa form 3. Seriously year 2000 was the best year ever. Even a friend of mine, Grace Teoh pun cakap "I dun mind taking PMR again!!"
Wahaha... Seriously tu kelas paling best yang pernah aku duduk dalam sejarah aku kat SGGS. Kelas kitorang ni trouble-some jugak la. Maklum la yang tercampak dalam kelas ni kebanyakkannye "gifted". Masing2 bijak, tapi agak malas blajar, tapi rajin gila buat kecoh. It was fun anyway. Blajar banyak2 pun bosan jugak kan?
Cecikgu dalam kelas kitorang ni sempoi2 jugak. Maklum la student pun sempoi, cikgu pun kene la sempoi kan? Cikgu kelas adalah Miss Neoh. Sangat penyabar orangnye. Nak plak layan perangai pelik2 student kelas ni. Oh, ye... Dat year jugak first time kena skolah pagi. Liat gila nak bangun pagi ya Allah tuhan aje yang tahu. Dah la umah aku kemain jauh lagi dengan skolah. Bas skolah paling awal datang pun pukul 5.30 pagi. Takmau aa aku membazirkan masa tido aku untuk bangun awal2. So, aku naik second trip je pukul 6.40 pagi. Tu pun malas2 lagi. Dah la bas penuh nak mati.
Aku malas nak citer karakter kawan2 aku dalam kelas. Semua degil2 dan nakal extreme. Yang baik2 semua student2 yang special. Dorang cacat penglihatan. Tapi budak2 kelas lain tak campur sangat ngan dorang ni. Aku pun tak pasti kenapa. Tapi once dah kenal dorang, percaya laa...Dorang la kawan2 paling fun yang pernah ko ade.
Dalam banyak2 cikgu yang ngajar kitorang plak, aku tak bleh lupa skali cikgu English. Miss Mah. Tatau la dia ni kena apa. Tapi setiap kali dia cakap, mesti kami akan rasa mengantuk. Even English tu adalah selepas kelas PJK. Selalu orang cakap lepas PJK mesti semangat nak blaja kan? Tapi kitorang tetap ngantuk.
Penah la skali dalam kelas tu... Dia tengah bebel2 pasal ape tah, pastu sambil2 tulis2 something kat black board tu. Aku masih boleh bertahan lagi. Tengah dok men cucuk2 pinggang dengan Husna. Sebab dier ske melatah. Pastu kitorang perasan kelas senyap-sunyi gila. Aku toleh kiri, tengok Esther tengah baek punye tido. Shaliza pun. Tengok blakang, Nisha ngan Hajar pun dah tersengguk2. Pastu dongak sikit tengok seisi kelas, masing2 tengah tido. Kepala dah lentok atas meja. Kami pun join the club la...
Tiba2 makcik tu pusing tengok blakang dan terus....
"Hey class!! Wake up! Wake up! Oo... U all sleep in my class haa!!! Wake up! Wake up!"
Sambil ketuk2 meja. Macam nak pecah jugak la meja tu. Haha.
"I want all of u keep ur chin 5 inches from the table NOW!!!"
Gelabah satu kelas cari pembaris ukur dagu jauh 5 inci dari meja. Dia mampu geleng2 kepala je la. Tak sangka plak dak2 kelas aku semua lurus bendul pegi kelam-kabut cari pembaris nak ukur dagu 5 inci dari meja. Sudahnya, masing2 tongkat dagu dengan pembaris je. Tapi mata still lelap2... Gila aa... Sejak haritu setiap kali dia masuk kelas, kami semua dah ready dengan pembaris pendek tongkat dagu.
Lain2 plak... Boleh kata hampir semua jugak la cikgu2 tak berkenan dengan kelas kami. Sejarah pun kami jugak worst. Hari2 kene maki dengan Miss Pillay.
"U stupid, donkey, monkey...Bla...Bla..Bla..."
Tu dah jadi ruji kami telan bulat2. Buat2 ok pun kene marah. Buat bodo lagi kena marah. Sampai ada sekali kecoh2 dia masuk hospital pasal sakit jantung kot, kata budak2 kelas lain la...Pun salahkan kitorang sampai dia jadi macam tu.
Waktu sains plak masing2 advance gila. Tau2 je la masa form 3 dulu first chapter hapa benda kan? Punya la expert budak2 kelas aku... Sampai cikgu sains tu pun segan2 nak ajar kitorang. Dah la dia pun first time ajar skolah semua pompuan. Lepas tu dapat student jenis macam kami plak. Tapi dalam ramai2 tu aku sorang je selalu dapat markah paling rendah dalam topic tu. Memang bengap sikit masa tu. Tapi sekarang dah expert. Wahahahhh...
Cikgu geografi, Mdm. Helen je sayang kami sebab kami suka bodek2 dia. Dia la cikgu paling terer bergaya dalam skolah. Hari2 kami usya baju kebaya dia, mekap dia, blouse dia, skirt dia, semua2 la. Branded2 plak tu beb! Dia pun baik gila ngan kami semua. Baik sampai ada sekali dia kena organize lawatan student2 dari Australia melawat skolah. Dia bawak dorang tu semua beramah mesra dengan kami. Kelas lain bengang je ngan kami. Mwahaha~~!!!
Apa yang aku ingat cikgu2 skolah tu takde la target sangat kelas kami cemerlang PMR masa tu. Mana taknya, asal cikgu tak datang je, semua buat2 bising. Bukan bising apa pun. Cikgu2 kene hayati cara kami blajar. Kami bising pun sebab main game ala2 Pop Kuiz dulu tu.
Jumie la selalu nanti baca soklan dalam kelas. Pastu masing2 berebut2 la nak jawap. Berkesan apa cara kami study? Cuma annoying je la sebab bising.
As the result, kelas kitorang antara yang terbaek la jugak PMR dat year. Almost half class dapat 8A. Including me. Haha. Pass with flying colors [honor]. =)
Semua tu memories beb!!
Rindu korang, beb!! Seriously. Nasib baik ada fesbuk.
P/S: Aku juga sangat sihat pada masa ini. Yang kene bulat kaler merah tu adalah aku. =)