Sunday, November 15, 2009

Jom Diet Bersama Cik As. Miahahaha~~!!

Sebenarnye bukan la diet sangat pun. Kalo dah spesis kuat melantak tu, buat la cemana pun tak jalan jugak diet. Cuma biasa2 tu bila duit dah bersusut tahap gampang baru teringat nak diet. By the way, harini aku nak citer pasal Pisang Kaki atau nama omputehnye Persimmon. Sapa penah makan buah ni? Angkat tangan! Apa? Tak penah makan?

Rugi wohhh...
Ni la rupe Pisang Kaki a.k.a Persimmon

Selalu orang2 Cina suka la buah ni. Aku dulu pun tak brapa makan sangat. Senang citer kenal pun tak. Tapi ada sekali tu pegi Johor, umah Mak Cik aku, dia jamu kami semua makan buah tu. Tapi tak brapa best dah sebab entah apape je buah tu. Pastu Mak Cik aku citer buah tu mahal. Yang elok2 lagi la mahal. Kadang2 sebijik pun orang jual RM3. Gila bukan?

Tapi Jumaat lepas, sebelum balik umah, aku pegi la PG8 cafe. Nak minum air sebelum balik. Dahaga gila. Pastu aku nampak la orang jual buah2. Aku punya la teruja sebab nampak buah Kiwi. Dah pi dekat2 baru la sedar buah Kiwi tu sebenarnye buah Ciku. Cheh! Dah pakai spek pun gampang punya rabun lagi kan?

Belek punya belek... Last2 takde banyak soal, aku pun beli buah mata kucing RM4. Wat makan sambil naik moto balik umah. Haha. Pastu nampak la Pisang Kaki ni. Kaler cukup cun. Nak kata lembik sangat pun tak, keras sangat pun tak. Kalo yang ni memang confirm la sedap. Tak macam aku makan kat umah Mak Cik aku tu. Paling best, 4 bijik RM5. Kira murah la kan?

Balik tak makan terus. Simpan dulu. Siap lupa la aku simpan dalam peti sejuk tu. Dah la takde sape nak makan kat umah tu. Pastu sebab lapar sangat tadi, dan aku pun memang malas nak makan nasik wiken2 kat umah. So, selongkar peti ais nampak la buah ni. Amik, potong2 la...

Asalnye ade 6 potong, tapi sebab kekurangan sabar nak rasa buah ni menguasai diri, tu pasal tinggal 5 potong je. Huhu.

Ngap sepotong, sekali ngan kulit2. Pherhhh...Sedap gila weyyy~~!! Rasa macam Tomato+Buah Plum. Huhu. Aku memang gila sikit, masa duduk ngan Kak Syima dulu macam2 campuran buah2 dengan sayur2 aku blend dengan pengisar buah dier untuk wat jus.

Tapi kali ni sebab kat umah aku ni blender pun aku tak jumpa, entah mana kakak ipar aku sorokkan sebab takut Aiman capai pastu hempas2. So, aku pun buang kulit dan potong kecik2. Sebenarnya tak buang kulit pun takpa. Tapi dasar mengada2. Macam tu la. Pastu campur dengan Nestum Cereal perisa madu tu. Kat umah aku ni jugak takde Oat. Sebab orang2 dalam umah ni tak layan sangat Oat. Beli banyak2 pun nanti aku jugak yang kena perabih sorang2. Lain la kalo duduk ngan Kak Syima. Kata nak diet, itu la yang rajin kitorang makan untuk snack or supper. Heh! Tambah2 aku bila arwah ayah belum masukkan duit dalam akaun [time2 sengkek la senang citer]. Lagi kenyang dan berbaloi2 dari makan megi tau!

Inilah hasilnye. Breakfast pagi yang simple lagi sedap dan berkhasiat. Jom la cuba beramai2. Hehehe~~!!
Sorry la kalo korang takde rase terliur dengan gambar ni. Tapi sedap. Percayalah!!

Sini aku nak list beberapa tips nak cari buah Pisang Kaki yang dijamin sedap dan manis untuk panduan korang.
  • Pilih yang kaler oreng ang2. Jangan amik kaler kuning sangat, atau oreng pucat. Untuk rujukan, tengok gamba first aku bubuh kat atas tu. Tapi tu Korean Persimmon ye kawan2.
  • Pastu picit sikit. Jangan picit kuat2. Marah plak tokey buah tu kang. Picit biasa2 je. Macam selalu pilih2 tomato tu la. Kalo keras sangat jangan amik. Tak brapa manis tu. Amik yang sedang2 saja. Tak keras sangat, tak lembik sangat.
  • Pilih bentuk comey2 sikit. Nak bagi sedap mata memandang.
  • Kalo orang yang jenis deria bau kuat, kalo yang betul2 manis, bau dia ada sikit2 macam buah Peach. Siyes. Wangi je.
  • Amik yang kulit licin la. Tak best kalo amik yang nampak buruk. Mungkin mudah pecah kalo tindan2 dengan buah2 lain bila nak simpan dalam fridge.

Saturday, November 14, 2009

Kenapa Aku Takleh?

Saje2 bloghopping secara random ke blog2 yang tinggal pesan kat shoutbox dikala connection internet sangat cemerlang. Tiap2 blog aku tengok tengah bekerjasama tolong2 klik2 Nuffnang masing2. Tapi apsal la bila time connection internet aku cemerlang, nak tolong dorang klik ads dorang balik, sure takde ads untuk aku tekan? Ni rasa nak marah ni...

Tak tolong kang, aku pun ade gak tinggal2 link kat tempat orang dok promote2 gerakan klik Nuffnang ni, nanti dorang cakap aku tipu plak, sombong ke, amik kesempatan ke, saje2 ke...

Huhu. Bila sebenarnye iklan2 ni kuar ah?

Lagi 2 Minggu~~

Hasil penabungan yang berhemah selama 4 bulan praktikal. Korang pun sedia maklum kan makanan kat cafe tempat aku praktikal tu sangat2 murah dan hari2 ada baki dalam bentuk sen2. Lagi 2 minggu boleh la nak mula mengira. Oh, tak sabarnye~~!!!

P/S: Tabung ni dah penuh pun. Kecik molek je tabung ni macam tuan dier. =)

Friday, November 13, 2009

Mutiara Kata Hari Ini

"Siapa yg tidak marah pd masa sepatutnya dia marah itu kaldai & siapa yg tidak menghapuskan kemarahannya pada ketika dia mampu utk itu, dia adalah syaitan."

Mesej ini dibawakan oleh Selkom Biru. Hari2 aku dapat SMS mutiara kata lebih-kurang macam ni. Harini yang ni plak. Saja nak share. Sapa2 pengguna Selkom Biru mesti penah dapat kan?

P/S: Sebenarnya aku tatau cemana nak stop mende nih. Dah tau aku duduk Penang, wat susah2 je bagi waktu solat KL. Wat penuh inbox saje.

Thursday, November 12, 2009

Kena Letak Tajuk Ke?

Malam ni final episode Tower 13.
Aku takmo miss...

Pastikan takde awan2 yang tebal menutup capaian Astro kat umah.
Walaupun malam ni dah start hujan2 sikit2.

Kalo tak, aku frust.

Huhu...

Wednesday, November 11, 2009

Kecik2 Dah Celik IT

Aiman suka sangat dengan laptop aku. Siap dah pandai tekan button 'ON' lagi. Abang ngan kakak dier pun blur je pasal laptop ngan segala gadget2 hak aku. Tak berani sentuh pun takut rosak. Tapi yang si kecik ni memang dahsyat la. Mana belajar aku pun tatau la. YM pun dah pandai skang. Haritu sibuk2 nak webcam dengan Azmi. Huhuhh...

Tengah sibuk YM dengan Hanis Babjee...Entah ape dorang tengah borak aku pun tatau...

Alkisahnye, masa dier tengah sibuk2 YM ngan membe aku yang dalam gamba tu, aku pun belek2 la enset aku tengok betapa banyaknye gamba Aiman ni dalam enset aku. Memang banyak gile la. Pastu sampai kat satu gamba ni, aku gelak sorang2. Mana taknya, gamba tu ade citer disebaliknye. Masa kat aku ikut dorang balik kampung raya aritu.

Masa tu semua tengah sibuk2 kemas barang nak balik Penang balik la, dia plak memang takde keje ape, main2 la ngan enset aku yang ada atas meja tu. Enset aku kan jenis slide, jadik bila dier tolak slide, keypad otomatik la unlock. Entah ape la dier tekan2 kat enset aku tu, aku biar je la. Sebab selalunye lepas dier boring, dier nanti bagi balik kat aku.

Tiba2 masa on the way balik Penang tu, tengah syok2 dengar MP3 dari enset aku aku dapat SMS dari membe lama aku. Sumpah lama gila aku tak contact dier ni.

Oit makcik. Slm. Tanya khabo pun jrg, tbe2 ko antar MMS gambar budak kecik kat aku ni, apahal? Nak ajak aku kawen ke?

Sentap la aku wey. Bila pulak aku antar MMS kat dia? Dah la lain2 provider. Nasib baik masa tu kredit aku banyak. Aku pun tak brape perasan sangat penyusutan kredit aku tu. Dengan penuh budi bahasa, aku pun reply la...

Oit. Wslm. Ko pun berzaman tak msg aku. Ingatkan dah padam. Bilenye aku antar MMS kat ko? Aku baru je pegang enset aku balik ni hah. Jap la aku check sent item.

Bukak je sent item.... Jeng...Jeng...Jenggg...

Memang ade pun ha MMS sent kat Poknik. Gambar pun takleh blah. Macam promote diri sendiri plak. Tau gambar pe?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
[Scroll bawah lagi]
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni hah...

Ni la gambarnye. Dah la jambu gile pose. Bajet manja la camtu. Huhu... Baju raya je dah sama kaler dengan Sepanbob.

Aiman...Aiman...[Sambil geleng2 kpala]

Isk!

Sampai skang aku tertanya2 camne dier boleh sent gambar ni kat Poknik. Padahal kalo nak ikutkan, kalo dier tekan button tengah tu dari mula sampai ke nak add recipient, dah tentu akan ke favourites dulu. Dalam favourites tu plak cuma ada nama ayah dier je. Abang aku la. Pastu plak kalo dier pegi tekan Recently Used, dah tentu sampai kat Azmi. Sebab sebelum tu kitorang memang tengah antar2 msg.

Memang aku musyikil gila lah!! Tau pulak dier ni cari long lost contact fren aku. Huhuhu...

Tuesday, November 10, 2009

Eh, Kau Kawan Aku Ke?

Lama dah aku nak bukak citer ni. Tapi insiden baru2 ni sangat menjeruk perasaan aku untuk declare kat sini yang orang itu bukan lagi kawan aku. Bukan kawan baik je aku dah reject. Nak buat kawan biasa pun aku TAK HINGIN!

Aku pernah citer pasal dia kat sini, pasal dia dan boifereng serta benda pelik untuk teka-teki di sini, boleh kata sebelum2 ni memang aku antara kawan baik dier la. Dah la aku pendengar setia masalah dier dengan family laa... Masalah dier dengan bekas-suami-orang-merangkap-cinta-hati-dia-tapi-kadang2-taknak-mengaku-couple... Masalah dier dengan entah sapa2 yang nak cari masalah dengan dia la... Dan jugak pernah hampir2 offer dier duduk sementara dengan aku sebab konon tak tahan mak dier asik control life dier dan ex-wife buah hati dier tak habis2 ganggu dier. Pukul 3 pagi pun gigih call aku kalo dier nak citer pasal masalah dier.

Siap kalo aku masih di Kuala Selangor, beriye SMS aku tanya bila nak balik sebab boleh menggunakan aku sebagai alasan untuk kuar jumpe dengan buah hati dier. Sanggup datang umah aku jemput aku kuar dengan skuter siap belanja aku makan la semua sebab konon lama tak jumpa, jarang jumpa, etc yang sebenarnye ade maksud lain disebalik itu. Ok fine. Aku memang lemah sikit dengan kawan2.

Aku bodoh dan rela dipergunakan oleh kawan2 asalkan kawan2 aku bahagia. Aku suffer sikit takpe. Aku buat tak kisah je. FYI dier pernah buat arwah ayah aku rasa aku memang ade kawan untuk kuar berjalan2 dan tak hanye terperap kat umah masa cuti.

Last aku contact dier adalah ketika beberapa hari sebelum start praktikal, itu pun cuma SMS. Dia ada masalah sampai rasa nak lari dari umah. Tak matang betul perangai. Last jumpa pulak masa kitorang kuar lepak2 tepi laut. Tu pun 2-3 bulan lepas. Sebab aku rasa dier salah sorang trusted fren aku, so, ade la sikit personal matter aku share dengan dier. Aku rasa tu la kot punca kenapa dier terus buat2 tak kenal aku. Ok, fine. Dat time aku pressure. Sangat2 pressure. Memang aku perlukan seseorang untuk cerita masalah aku. Ingat selama ni aku hepi2 ni aku takde masalah ke?

Dah la dier adalah kawan aku yang paling dekat sekali dengan umah aku, tapi TAK PERNAH sekali pun datang melawat aku masa aku tengah sedih2 kehilangan both my parents. Walaupun masa tu aku nak sangat ada sorang kawan baik aku datang dan tolong comfort aku yang tengah sedih2. Aku tak perlu kawan berlainan jantina datang pujuk. Tapi aku nak orang yang selama ni aku anggap bestfren datang pujuk. Salah ke?

Kadang2 masalah aku lebih berat dari masalah remeh-temeh dia. Aku ada sharing past life aku. Sama macam aku share dekat Jumie. Becoz masa tu problem aku memang related dengan past life aku. Maybe dier tak boleh terima ada kawan yang teruk dan agak hina macam aku kan? Aku bukan nak mintak simpati, tapi masa tu aku tak pikir banyak. Pada aku, kalau dia boleh kadang2 bebankan aku dengan masalah dier, kenapa masalah aku dia takmau tolong dengar. At least?

Sekarang haram la nak contact aku. Aku ingat mula2 dier tukar nombor. Mana la tahu kan? Aku ada test kacau dia dengan nombor Celcom yang aku guna untuk online ni. Ada je reply. Tapi aku takmo la reveal aku sapa. Cukup la aku dapat confirmation yang dia masih guna nombor tu.

Pastu dalam minggu ni jugak, sebab aku miss pegi annual dinner kat E&O Hotel tu, dan aku lapar gila lepas bangun tidur walaupun tak sihat, aku gigih jugak pegi pasar malam cari makanan. Dan aku terserempak dengan dia. Selisih tepi je. Bukan dia tak kenal aku. Kalo dulu, nampak aku, dari jauh lagi sanggup lari2 datang dekat semata2 nak tegur. Ni memang buat bodo habis. Pada aku, maybe dier tak nampak kot sebab aku jalan laju sangat. Kata lapar kan?

Then kali kedua terserempak lagi. Kali ni memang aku jalan bertentang dengan dia. Haram taknak tegur aku walaupun aku tau dia perasan tu aku. Senyum pun jauh sekali. Aku pun buat bodo je la. Dah orang tak sudi nak tegur, buat apa aku terhegeh2 pulak nak tegur kan? Atau, kalo dier malu nak tegur aku, maybe dia boleh SMS je kat nombor aku. Tapi sampai sekarang. Takde ape pun.

Aku bukan nak ungkit. Tapi aku rasa ralat sangat sebab aku fikir aku dah buat silap sejak 9 tahun yang lepas kerana memilih dier sebagai salah sorang kawan aku. Nak mention nama dier kat sini pun aku taknak. Aku memang takkan mengaku dier kawan aku sampai bila2. Walaupun selepas ni kalo dia ada masalah, dier nak datang cari aku. Sorry. Go to hell.

Sekarang aku susah nak percaya orang nak jadik bestfren aku. Better aku sorang2 dan mempunyai ramai kenalan daripada mempunyai bestfren, tapi perangai macam celaka dan boleh dilucutkan taraf sebagai bestfren.

Monday, November 9, 2009

Kenapa Orang Sibuk Sangat Nak Komplen Kau Dah Gemuk?

Sepanjang jalan balik dari misi membuat pasport di Seberang Perai haritu, aku dengar la Fly.fm. Kalo tak aku layan mp3, tapi tiba2 enset aku start buat hal plak kan... Layan je la radio. Terpaksa. Lama dah lost contact ngan radio nih. Topic petang tu menarik jugak. Sampai ke umah aku layan Fly.fm tu. Topic dorang adalah pasal gemuk. Atau lebey precise lagi, dorang mau share citer2 pasal cara orang tegur kita dah gemuk. Huhuhu.


Dah la beberape minggu lepas aku baca kat blog ini , ini , dan ade la blog2 lagi yang aku tak ingat sangat bercerita pasal gemuk. Paling best korang letak keyword "Gemuk" kat Google saja pun bersepah2 kuar suggestion pasal gemuk ni.

Tapi ni aku nak citer pasal topik kat Fly.fm tu. Dalam banyak2 citer pendengar tu, aku bleh terima lagi bile salah sorang tu citer mak dier komplen suh dier beli baju baru. Hehe. Berkias la kunun2 yang mamat ni dah gumuk. Paling takleh blah dan aku sangat2 sokong skali adalah sorang pendengar pompuan ni.

Citer dier, ada 2 orang lelaki nak purpose dier IF ONLY SHE`S SLIMMING DOWN. Korang tau ape dier cakap? "If I`m slimming down, do I want U anymore?” Haha. Aku sokong gile. Itu jawapan paling seswaiiii untuk spesis2 boyafren yang tak sedar diri dapat awek-ala2-comel-pun-dah-kire-ok-nak-demand-lebih2-plak. Bagi aku kan, gemuk itu comel. So far kawan2 aku yang gemuk, tak penah plak aku jumpe gemuk yang buruk. Tapi buruk perangai macam “pig yang pinjam duit tak reti nak bayar tu” ade la. Dan yang latest ni yang aku pun malas nak mengaku dia kawan aku. Next entry aku citer ok?

Tak paham aku la lelaki2 yang nak awek2 perfect/cun2/solid macam Maya Karin atau Fazura, tapi taknak cermin muke DAN POKET senirik stendet mane je dorang tu nak tekel awek2 camtu. Entah. Tapi aku dulu ade la ex2 yang dah kapel brape lama dah, pastu sibuk2 nak suh aku kurus. Padahal time tu asal aku balik Penang je mesti arwah ayah aku komplen kenapa aku dah kurus. Bersungguh2 la dier buat gerakan membeli makanan secara besar-besaran 2-3 hari pertama aku balik Penang.
Bagi aku, gemuk ke kurus ke, tak kisah. As long as ko takde penyakit serius, rileks je la hepi2 dengan body senirik. Maintain je la kan? Kalo nak kurus, kang kene beli baju baru plak. Kalo tergemuk pun kene beli baju baru jugak. Aku kan particular bab2 beli baju ni... maklum la kedekut! Dan kalo ko gemuk gile, ko nak kurus sebab nak elak penyakit berantai tu, tu aku bleh terima. Tapi kalo gemuk, pastu nak kurus sebab sorang lelaki...lupekan je. Bersepah lagi lelaki yang berkenan pompuan comel.


P/S: Sepanjang awal tahun ni itu hari, kebanyakkan gambar2 kawen yang aku tengok kat blog photographer, semua pengantin pompuan comel2. Elok je dorang kawen dan takde pun sape2 slim macam model.

Sunday, November 8, 2009

Pet Baru!

Semalam mase balik dari Airport Penang sebab nak tanya tiket AirAsia, tibe2 muncul seko kumbang terbang entah dari mane hinggap kat beg aku. Huhuh...Kumbang tuu... Cantik pulak tu kaler beliau. Nota: Kumbang hanya hinggap kat insan2 yang masih single saja.

Aku tepis2 la kumbang tu. Konon2 macam, Pegi laa...I tak suka U~~!!

Tapi tak blah pun. Makin suka lagi ade la hinggap kat aku. Aku pun malas nak tepis2 dah. Tapi sibuk2 tangkap gambar dia pulak. Siap cakap ngan Angah nak bela dia buat pet. Angah pun layankan je perangai sengal adik dier ni siap suggest letak nama JayJay The Jetplane (mampus takde kaitan)

Nak jugak kan key-chain Unisel tu enterframe sama kan?

Kumbang ni duduk kat seat belt sebab takut kene saman. Kebetulan ada plak road block kat depan tu. Ikut aku sampai ke Queensbay Mall laa... Sebab nak pegi tanye status kad Maybank aku tu. Maklum la dah berzaman tak guna Maybank. Huhu.

Aku ada baca sign "Pets Not Allowed". Tapi kisah ape aku. Bukan guard nampak pun aku bawak dier masuk dalam mall. Oh, ye...Atin pun ikut jugak sepanjang mission kitorang pegi Airport-Queensbay Mall tu. Dan dier sibuk2 elak2 dari jalan dekat2 dengan aku sebab dier geli dengan kumbang.

Aksi aku bergambar bersama2 pet baru. Sangat mesra bukan?

Oppss... Nampak pulak double-chin kat gambar ni...Huhuh...

Malangnye pet baru aku ni dapat bertahan beberapa jam je. Lepas balik rumah, aku kuar balik dengan Atin. Dah balik lepas kuar dengan Atin, tengok2 si JayJay ni dah ilang. Takde la sedih sangat. Sebab dier cuma sekor kumbang je pun. Kumbang kan bukan seekor? (Mati la lari maksud!!!)

P/S: Tu kumbang spesis ape ye? Sapa2 tau tak? Sebab mula2 aku ingat dier jenis kumbang busuk tu.

Misi Membuat Pasport

Skang aku dah ade pasport.

Pengorbanan menunggang moto dalam keadaan hujan renyai2 ke Seberang Jaya beserta selsema yang kritikal, agak sesat2 jalan sampai hampir habis minyak moto sebab nak cari umah Mak Andak Che Jah, gambar kene reject sebab tudung warna cerah, pastu kene reject lagi sebab spek mata berwarna, pastu kene tinggal sorang2 kat sana sebab orang lain malas nak tunggu, balik umah dah pukul 6 petang lebih terus tertido dan sedar2 dah pukul 9 malam dan secara otomatik terus miss annual dinner Intel kat E&O Hotel tu terbalas jua...

Wahahah~~!! Pasni sape2 yang duduk kat luar negara yang berkeinginan nak sponsor trip aku ke negara mereka boleh la wat permohonan segera. Validity pasport aku adalah selama 2 tahun saje. Sampai tahun 2011. Keh3x!!

Teruja weh nak share gambar pasport yang valid untuk 2 tahun punye ngan korang. Dah la RM100 jek. Kene la ngan tagline Air Asia. Sesiapa pun bleh terbang. Sebab dah ade pasport.

Ni aa rupe pasport untuk 2 tahun.

Haa...Jangan coba2 nak zoom tengok brape ketinggian aku letak kat situ. Awal2 lagi aku dah cover. Hahaha...Sila take note kat besday aku yang bersepah2 tayang kat situ je. :)

Dalam ramai2 yang pegi buat pasport tu... Ada satu pasport paling comel antara semua. Yang ni korang boleh zoom, nak save as, wat wallpaper pun buleh. Amik perhatian jugak kat besday beliau. Tahun depan wajib pos adiah kat dia. Ok?

Mesti korang tertanya2 kan camne dier boleh duduk elok tangkap gambar untuk pasport ni kan? Well...Dia memang suka bergambar. Lebih2 lagi kalo kamera menghadap betul2 kat muka dia. Sebab dia tau dia comel. Hihik~~!!

Tuesday, November 3, 2009

Email Spam Pun Kadang2 Berguna Juga

Kadang2 datang mood sengal aku... Aku bukak spam email satu2. Bukan ape kot2 ade offer best2 ke kan? Tapi banyaknye hampeh semata2. Cuma kadang2 tu letak tajuk bukan2, lepas tu guide link ke site MLM dorang. Mana dapat mailing list banyak2 antar secara rawak, aku pun tatau. Tapi dalam banyak2 tu aku tertarik dengan yang ini;




Kecelakaan Maut PLUS 16 Mati, 5 Cedera,5 Merayau

Berita yang sungguh menyayat hati… pastikan anda kuat iman sebelum melihat gambar-gambar yang akan ditunjukkan nanti. Kami tidak tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu pada diri anda akibat gambar yang akan ditunjukkan nanti...



.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


Penat ke scroll bawah? Belum? Apa kata sambung lagi...


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


Ok2 nanti korang bosan...Hehe...Jeng3x!!




Haha~~!! Lori babi terbalik...

CREDIT TO Oh! Tidak!!!

p/s: Thanx kepada sender spam email tersebut. Aku gelak gila2 harini.

Sunday, November 1, 2009

Ape Perasaan Korang?

Ape korang rasa bila tengah2 meng-upload dalam 200 pics menggunakan java application untuk upload banyak2 gambar sekaligus kat FESBUK, dan korang tengah menanti dengan sabar sebab broadband korang jenis prepaid yang nyata amat lah lembap seperti kura-kura kerana provider itu sangat la pilih kasih...

Dan masa yang korang tunggu tu pulak amat lah begitu lama sekali, siap boleh pegi kedai beli cekedis, balik, makan, lepas tu kuar balik beli air, nampak kuih pau, beli sekali, pastu pegi isi minyak, round2 kegembiraan sebab dah isi minyak Jonny full , balik, makan kuih pau, minum air, lepas tu lupa kene beli topap, kuar balik beli topap, pegi bank tekan duit, balik, lepak tengok tv katun Sepanbob, pastu tido sekejap, angkat kain jemuran sebab hujan, online, tengok sape ajak YM, tegur ala kadar, lepas tu siap boleh mandikan Aiman, siap2 bedakkan dier dan pakaikan baju tido...Tapi masih lagi tak abeh2 upload...

Last sekali kuar ayat ni,

"Upload fail. Please try again"

Hah. Ape nak buat?

Advance Siot Dak2 Skang.

Smalam, akibat kecewa pasal pegi pejabat Imigresen, dorang tak bukak sebab hari Sabtu, aku pun ajak la kazen aku kuar makan2. Bila marah, dari pagi tak makan, lapar la jadinye. Barai jugak la duit aku blanje dier makan kat Kenny Rogers. Huhu. Untuk pengetahuan korang jugak, sejak aku praktikal, elaun dan duit loan aku banyak habis ke makan.

Itu belum lagi aku up entry 100 km/j dan 6 ketul nugget KFC. Tiap2 minggu buat macam tu. Apa gila bawak moto sambil makan nugget. Lebih rempit dari Mat rempit. Mana tak makin comel? Tu la pasal aku dah malas nak webcam dengan orang itu. Dier pun dah tak brape rajin nak YM. Masing2 buat2 bz. Sesi balas2 SMS pun dah bertukar ke 6.15 pagi-6.45 pagi saje. Selalu2 tu tak kira masa.

Masa makan tu topik kitorang berkisar tentang sesi menghasut kazen aku tu agar join aku berpoye2 ke Singapore bulan 12 nanti. Lepas tu entah camne boleh terbabas pegi ke bab2 couple. Dari citer2 dier ahh...Aku bajet advance jugak budak2 sekarang nih. Laju je citer bab2 kapel. Tu belum campur perasaan nak kawen yang membuak2. Adoi laa...Aku yang lagi tua dari dier pun kalo boleh nak elak je bab2 munakahat ni...

Entah ape yang menarik tah la. Tapi yang aku tau kazen aku ni memang tak berani la nak citer ngan mak dier. Mampus kene bebel kang. Ape pun aku rase selagi dier takde terlibat dengan mende bukan2 macam dalam laporan surat khabar, aku rasa ok lagi. By the way, terpulang la pade budak2 tu sendiri kan samade dier nak biar diri terpengaruh dengan mende2 tak sihat tu atau tidak. Ye lah, aku bace dalam surat khabo harini pasal luahan sorang ibu yang agak kontrol anak dier pun tak boleh nak buat apape walaupun dier rapat dengan anak2 dier. Dalam kene pantau camtu pun anak dier tetap bebas lagi SMS bende bukan2 dengan kawan2 berlainan jantina. Bila dier check phone. Masya-Allah! Seram kalah citer Tower 13.

Apsal budak2 skang sibuk sangat nak kapel awal2 ni eh? Macam la dah sure sangat tu jodoh dorang. Sampai bleh buat macam2 lagi plak tu. Pastu bile dapat hasil, kene tinggal camtu je. Tak ke bodoh namenye? Berkorban la sangat. Jaga diri elok2 tak boleh ke? Nak komen lebih2 pun aku bukannye baik sangat. At least aku takde la bangang sangat sampai camtu. Kalo ade pun sengal sikit2 je. Tapi dah berubah sikit pun. Agak insaf jugak la. Yang lepas, biar je dah lepas.

Huhuhhh...Bosan nih. Tu bebel pepanjang. Padahal banyak je keje lain nak kene buat.

Wednesday, October 28, 2009

Kamu Vegetarian?

Harini aku buat rekod lunch paling murah dalam sejarah (Ehem! Sejarah idup aku ye). Nasik+sayur+lauk orang2 vegetarian=RM 0.90. Tak percaya? Best kan? Dah la sedap. Selama nih aku confuse dengan orang2 vegetarian. Camne la dorang nak hidup dengan makan bende2 bukan daripada haiwan. Nak2 pulak kalo duduk area2 yang tak ramai penduduk yang sama spesis dengan mereka.

Tapi aku rasa kalo ko vegetarian tinggal di Penang dan keje dengan Intel, ko akan save banyak duit untuk makan lunch ala2 vegetarian sebab amik banyak camne pun tetap murah nak banding dengan kaum2 omnivor yang lain. Serius. Memang boleh hidup la kat sini.

Cuma aku sikit confuse. Apsal ada sesetengah tempat ada display Non-Halal Vegetarian ha? Ada bende2 tersembunyi ke kat dalam makanan bukan berunsurkan haiwan tu?

P/S: Follower aku dah berKURANG sorang. Sape la yang tarik diri tu ye? Sorry la kalo aku tak follow kamu balik. Aku rasa aku bz sekarang. Update pun jarang2. Hehe.

Monday, October 26, 2009

Bila Boleh Wat Pre-registration Weh?

Sakit mental aku bukak student portal dari minggu lepas. Sampai harini aku tak nampak kelibat kod subjek start dengan huruf 'K'. Diskriminasi ke weh? Mana pegi subjek2 engineering nih? Kang kalo tak wat pre-registration kang, bersepah pulak admin sibuk nak bagi denda. Abeh kalo korang wat keje lambat2 student takleh komplen?

P/S: Aku sikit emo sebab Jonny merajuk. Dia malu sebab aku tak basuh dier sejak minggu lepas. Abang aku redah paya mana tah, tau2 je Jonny dah comot. Tapi tuan dia ni masih buat2 tak nampak je comot tu.

Thursday, October 22, 2009

Aku Pilih Masa Ni Untuk Publish Kerana...

Seminit sebelum ni genap setahun arwah mama takde. Seminit kemudian pulak genap 4 bulan pemergian arwah ayah aku.

Pemergian dorang tarikh memang dekat2. Beza pun 8 bulan je. Macam arwah atok dengan wan sebelah arwah mama. Setia sampai mati. Sesungguhnye tipu la kalo aku cakap aku tak rindu kat dorang. Alangkan orang yang mak ayah masih hidup, pastu terpaksa berjauhan dengan dorang pun bagai nak rak describe betapa rindu nak balik kampung, inikan pulak aku yang langsung takde harapan nak bertatap muke dengan orang tua. Tatap batu nesan boleh la.

Jangan ada yang mengada2 nak sepak aku sebab tengah layan feeling sedih2. Korang ape tau? Sekali-sekala nak jugak sedih2 sekejap layan perasaan. Aku pun manusia jugak. Pandai2 la cover depan orang. Tapi dalam hati ni, Allah aje yang tau betapa aku rasa kosong gile life sebab takde dorang.

Hargailah mak ayah korang kalo dorang masih ada. Yang mana yang selalu sibuk atau jarang balik kampung jumpe orang tua, sila balik cepat. Mesti dorang tengah rindu kat korang tu. Jangan la time raye je pandai cari jalan balik kampung.

Wednesday, October 21, 2009

Hish! Dalam Mimpi Pun Nak Melawan Cakap Mak Ayah!

Semenjak-dua menjak ni aku rajin gile mimpi. Tapi semua stok merepek2 dan langsung tak masuk akal. Contoh cam dulu la, kene gigit dengan anakonda sampai kaki jadi kudung la. Baru2 ni boleh pulak mimpi moto rosak dalam hutan. Lepas tu ade workshop plak tengah2 pokok2 besar. Mekanik plak tu stok2 pakai custome Power Ranger. Manager dorang adalah Ultraman. Entah apape je merepek mimpi.

Semalam mimpi lagi. Siap melawan cakap mak ayah plak tu. Pasal pandai2 je nak atur aku kawen ngan sape. Padahal mase tu memang aku single pun. Dalam mimpi lah. Real life pun single ape.Single ke? Alkisahnye aku sangat2 tak setuju pilihan hati mak ayah aku dalam mimpi tu. Korang tau sape pilihan dorang?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
...
Osama Bin Laden.

Tuesday, October 20, 2009

Aku Dan Linguaphone.

Macam palat je bila bukak citer pasal Linguaphone nih. Dah la mahal nak mampus. Keberkesanan dier memang aku sangat2 tak pasti. Ye lah, kalo lepas beli, tak guna dan simpan buat pekasam, takde makna jugak kan? Macam bazir duit je, pandainye tidak. Nak belajar ni kadang2 kita bukan boleh buat sendiri2. Nak kene ada orang paksa jugak. Baru la ada sikit disiplin tu.

Paling takleh blah skali bila tiap2 tahun bukak je semester baru, kat campus aku mesti boleh nampak kelibat brader2 dan akak2 Linguaphone pancing junior2 baru masuk supaye beli mende alah tu. Konon boleh terer speaking dengan begitu bergaya ala2 berada di New York gitu. Itu tak kisah la sebab memang selalu kat area2 universiti memang tempat dorang cari makan pun.

Ini yang tak tahan tu, kat pasaraya Giant pun dorang sibuk2 nak menempek sama. Masa aku tengah jalan2 kat situ sebab nak pegi KFC, ade la brader ni tegur2 suh beli mende nih. Cara dia...Heee...Memang wat aku menggelegak geram sampai ke kepala. Aku dah geleng2 takmau tu takyah aa susah2 nak ikut aku explain macam2. Memang dah tak minat pun. Takyah la bersungguh2 follow aku sampai dekat2 depan KFC nun. Kalo ye pun nak mintak aku blanje KFC, boleh tak cakap terus-terang je?

Dressing aku pada masa tu memang nampak sikit la ala2 budak skolah. Ape aku nak heran. Aku pakai camno pun still nampak rupa budak skolah tu. Punya la beriye2 explain kat aku walaupun aku rasa dia sedar aku memang rimas gila dier dok ikut2 aku masa tu. Jadahnye boleh fasih cakap English la, senang naik pangkat la, macam2. Helooo...Ko sedar tak kat negeri mana ko tengah promote ni? Kat sini takde maknenye ko pandai English ko cepat naik pangkat. At least ko kene tahu 3 jenis bahasa lain dengan cemerlang baru senang naik pangkat.

Aku dengan bengangnye cakap kat dier,

"Excuse me, I don`t understand your explanation. Can you repeat again in English? I`m very positive that you`re not speaking English with me just now."

Dier terkulat2 tengok aku. Dier tengok keliling, pastu dia blah tinggal aku. Dalam hati, guling2 punya gelak sebab lagi sorang brader Linguaphone kene tipu ngan aku, bajet aku tak paham ape dier cakap. Bukan semua yang keje promote Linguaphone tu confident cakap English dengan kita.

Aku rasa sekarang ni semua orang pun pandai je cakap bahasa lain dari bahasa Malaysia nih. Cuma apa yang kita nak sekarang hanya "CONFIDENCE" untuk cuba cakap bahasa lain dari apa yang hari2 kita cakap dengan orang,kan?

Moralnye kat sini, kalo nak promote sesuatu, lebih baik kita buktikan jugak yang kita boleh buat apa yang kita jaminkan. Zaman sekarang cakap saje tak guna bai. Kene buktikan sekali. Kalo tak, takde la kes bayi terbuang merata2. Itu kes nak buktikan cinta la tu. Tapi jangan plak amik contoh negatif yang macam tu. Tak baik untuk kemajuan negara.

Monday, October 19, 2009

If they made a movie about Aslinawati Abdul Majid, what would it be called?

Rezza punye jawapan : ORPHAN


Gigih dier YM aku haritu semata2 nak citer dier missed soklan ni kat Social Interview kat fesbuk sana tu. Siap citer dengan panjang lebar lagi sinopsis citer tu kat aku bagai nak rak. Pasal orang tua yang menyamar jadik anak yatim la, pi buat pasai kat kuarge angkat dia la...

Last2 dier bleh plak citer dier imagine aku jadik watak utama citer ni.

Versi Malaysia.

Aku pun gigih la google apekah yang menyebabkan dier link-kan aku dengan watak utama citer ni.

Inilah hasilnye.

Lebih kurang tak?

Friday, October 16, 2009

Heee...Nak Marah....Tapi Tak Sampai Hati!!

Seperti yang korang sedia maklum...Beberapa hari lepas abang aku masuk wad pasal kene batu karang tu kan? Pastu hari Rabu baru discharge dan sampai harini aku tatau dier balik dengan sape haritu.

Ye lah, hari Selasa pas prosedur sedut batu karang tu dengan lalok2nye dier cakap ngan aku suh amik dia petang Rabu tu kalo2 dier dah boleh discharge balik umah. Pulak tu suh aku jemput ngan Jonny. Apa jadah dia baru je ok dari operate, kot2 ada luka tak ok lagi dah nak suruh aku pikap dengan Jonny.

Dah tu siap dier yang nak bawak moto, aku pegang beg kat blakang. Adoiii...Cuba kalo apape jadi kan susah? Dah la aku belum grad lagi ni. Huhu...Tak kuase aku nak bebel haritu sebab dier masih lalok2. Cakap ngan aku pun cam cakap dalam mimpi je masa tu.

Tup2 balik keje hari Rabu tengok2 dier baek punye baring kat kusyen di umah. Nak jugak aku tanya sapa pikap dier dari LWEH tu. Tapi dier tengah best2 tidoq tak sampai hati plak nak kejut. So, aku pun abaikan saje la segala persoalan dalam kepala aku nih. Lagipun aku pun tengah pening2 dengan laptop aku. Dah format pun masih nak menderhaka kat aku. Jual kang aa...

Okeh. Tu setel satu bab. Dalam pada tu ramai jugak la staff2 sini yang caring nak tau ape khabo abang aku. Aku pun citer la bende yang logik pade pemikiran orang. Padahal aku pun tatau sangat ape khabar dier. Alih2 semalam, Khamis aku balik keje tengok dier takde kat umah. Dah la pagi tu kazen aku baru call tanya khabar dier ngan cadang2 nak melawat dier nanti. Aku assume dier pegi keje kot. Jenguk2 apape yang patut. Maklum la dier orang2 penting2 jugak.

Nak tanye kakak ipar aku jauh sekali la sebab selalunye apape aku tanye pun jawapan dier mesti entah. Ape punye style tah takmo sharing2 info dengan aku. So, buat2 tak tahu sudah. Sampai la ke pagi tadi. Tiba2 masuk 1 SMS.


Esok angah balik tlg amik angah kat stesen bas sg nibong.

Aku pun reply. Apahal pulak nak kene amik kat stesen bas tu? Kalo ye pun dari hospital, naik bas sampai kat area2 dekat2 umah, nanti aku pikap la amik kan? Tau dia balas ape?


Angah p tmpt gempa bumi ari 2.

HAHHH?!!!!

Masuk lagi satu SMS.


Antaq barang2 bantuan.

Ye sedara2 sekalian... Begitulah gigihnye seorang rakyat Malaysia yang baru kuar wad dan belum tentu keadaan dalam-dalaman dier sihat sejahtera dah pegi Indonesia sana untuk menghulurkan bantuan untuk mangse gempa bumi. Tu pun orang2 Indonesia sana ada hati lagi nak Ganyang Malaysia la, nak buat entah apape dengan Malaysia nih. Dasar tak reti nak bersyukur langsung (bukan semua la).

Dan aku time tu memang terpinga2 dah tatau nak balas ape. Memang aku tau dier ade citer nak pegi sana ikut PSSTLDM. Siap dah pegi renew pasport. Tapi tiba2 dier masuk spital aritu aku ingatkan dier tak jadi la ikut. Keadaan tak brape nak mengizinkan, ye tak?

Tapi nak wat camno. Tu la satu2nye abang aku. Korang ade ke abang camtu?

Wednesday, October 14, 2009

Bagi Dirimu

Tertidur aku menanti panggilanmu...
Biarpun ringkas namun bererti bagiku...
Tak tertahan rinduku padamu...
Hanya kusendiri yang tahu...

Mungkin bergembira dengan teman2mu...
Tinggallah aku menunggu panggilanmu...
Kau berubah tidak seperti dulu...
Hatiku gundah tidak menentu...

Chorus:
Bagi dirimu...
Ku hanya rakanmu...
Bagi diriku...
Kau lebih dari itu...

Hanya Tuhan saja...
Yang tahu perasaanku...
Hidup ku tak menentu...

Menunggu aku panggilan darimu...
Rasanya ingin ku cari dirimu...
Agar terlepas perasaan gundahku...
Yang sedang bersarang di dalam hatiku...

Perasaan pun...
Tidak menentu...
Ingin ku terus bersama dirimu...
Agar kesakitan yang kau alami...
Dapat ku bawa hilang dari dunia ini...

Repeat Chorus

Menunggu aku, panggilan dari dirimu...
Rasanya inginku...
Cari dirimu~~~

Repeat Chorus 2x


Huhu...Lagu ni aku terjumpe dalam folder lagu2 aku. Puas cuba ingat2 sape yang pass lagu ni kat aku. Tapi fail. Dan bukan mana2 artis yang nyanyi lagi nih. Stok2 underground punye lagu. Sape tau detail pasal lagu ni leh aa share2 dengan aku. Nak lagu ni boley YM dengan aku later2. Aku send. Best lagu ni.

Tuesday, October 13, 2009

Bilanya Aku Tak Bz ni?

Pandailah blog nih. Penat aku taip panjang2 citer betapa bznye aku tadi... Sekali dah publish, kuar tajuk je... Ni aku nak marah dengan Celcom Broadband nih. Kata coverage luas. Tapi nak diskriminasi2 plak antara prepaid dengan post-paid. Tau la aku malas nak amik post-paid tu.

Okeh. Ekceli tadi aku dah taip2 pasal ke-bz-an aku pade hari Isnin. Memang tahap hilang sabar jugak la bz-nye. Dengan PC plak tibe2 hang. Pastu nak kejar2 publish report sebelum pukul 11. Tapi selalu jugak la terbabas. Maklum la banyak. Bagi sikit2 suh aku wat dah aa...

Aku tengah membayangkan sape la bakal take-over report2 yang aku buat tetiap minggu hari Isnin yang banyak2 ni lepas aku abeh praktikal Raye Haji nanti. Mesti dia pun boleh hilang sabar tengok macam2 bentuk graf dengan data kene analyze. Oh, ye. Dah 11 minggu aku praktikal. Sekejap gila. Tapi sampai sekarang aku tatau sape jadik supervisor aku dari Unisel tu. Orang tua tu tak ngaku plak jadik supervisor aku kat sini. Nak buat camno... Ni aa nasib student terbuang yang tak brape pandai macam aku...

********************************

Tadi aku amik emergency leave. Konon2 emergency la sebab abang aku masuk LWEH semalam. Dia sakit perut. Bukan biasa2 punya sakit perut. Meremang bulu roma aku dengar dier mengerang sakit semalam. Huhuh... Seb baik la kazen aku tolong antar pegi klinik. Dari klinik tu terus pegi LWEH. Dia kene lepak sana sebab doc belum pastikan lagi ape masalah dier. Aku plak kene bebel sikit dengan "orang itu" sebab takde lesen keta. Kan dah emergency camni kene mintak tolong orang. Ye lah... Abeh praktikal nanti aku pulun aa lesen keta pulak...

Pagi ni aku pegi jugak opis. Sebab report2 tu la. Pening aku. Nak taknak kene wat jugak la. Pastu sebelum Siva suh aku pegi wat keje amik apape data lebih2, aku ciao dulu. Haha! Tapi kira baik la aku bagitau dorang sebelum blah. So, half-day je la keje aku arini. Bz kan aku? Entah bila la nak kurang bz nih. Tak sabar nak tunggu hari Jumaat. Biasanya Jumaat aku akan lepak dengan senang hati. Sebab keje dah tak brape nak ada.

Abang aku maybe discharge petang kang kot. Sape2 nak melawat leh aa mai umah. Jangan lupa bawak buah tangan skali. Wahaha... Lupa nak citer. Dier kene batu karang sebenarnye. Kuar 4 ketul besar2 bijik selasih dalam air sirap selasih tu. Dengan beberapa ketul kecik2 cam pasir. Huhu... Patut la azab sangat sakitnye semalam.

Neway, aku dah lega dia ok. Dan ni kali ke-3 aku try publish. Kalo kuar tajuk saja jugak... Aku takkan tulis dah. Esok2 plak sambung.

Blank

Aku tengah blank. Baik korang layan gambar ni sambil pikir2 ape yang Syahmi tengah bisik dekat Aiman. Err...Syahmi yang baby tu... Aiman...Macam biasa la...Macam la korang tak kenal sape kan?



Boleh jawap sesuka hati. Jawapan yang best nanti aku bagi award. Award? Macam tak best je kan? Nanti la aku pikir hadiah ape yang best untuk bagi kat korang.

Sunday, October 11, 2009

Kalo Aku Smoker...Ada Kau Kisah?


Bongok aa aku cakap aku tak kisah kalo ada smoker berlegar2 dalam kawasan aku tengah bernafas nih. Sebenarnye lepas baca entry ini, baru aku ada inspirasi nak jugak komplen pasal orang yang suka-suki merokok tanpa peduli perasaan orang lain. Tapi aku tak bebel banyak. Dua hal cukup.

Ex2 aku dulu leh kata semua smoker tegar. Ada plak yang start smoking sejak darjah 4. Bapak la hebat. Aku pun cuba la psiko apape yang patut. Kadang2 rajin jugak la duga, antara aku dan rokok, sapa dia pilih...

Dorang biasanya akan jawap aku dan pada masa yang sama selambe menyalakan rokok dan hembus baek dekat aku. Hah! Nampak sangat tipu. Sebabnye orang yang terhidu asap rokok lebih cepat arwah dari penghisap rokok. Bila clash, sibuk ungkit konon2 tak penah buat salah kat aku. Abeh, memendekkan nyawa aku tu kira tak salah aa ye?


Bab saving. Seperti dalam entry Huda tu, bukan aku tak penah buat kira2 macam Huda buat tu. Siap calculate ikut harga rokok dari zaman dorang start merokok, sampai la masa sibuk terhegeh2 nak kapel ngan aku. Boleh tahan banyak. Siap boleh beli kereta CASH. Tapi dorang mana nampak semua tu.

Paling tak boleh blah, bab saving, bila aku compare dengan abang aku yang tak smoke tu, selamba dorang jawap.

"Sebab I banyak duit la I beli rokok. Kalau I simpan pun, nanti habis jugak. Tapi abang U tu tak merokok pun I tengok tak kaya jugak. Dia tak buat saving ke?"

Cilakak betul statement. Mulut sangat takde insuran.

Ok. Lepas ni, tahun depan aku nak start saving TIAP2 hari, kalo dapat la...Saving ikut harga sekotak rokok... Lepas setahun aku nak tengok berapa banyak aku boleh kumpul. Mana la tahu lepas ni kalau tiba2 aku ter-kapel dengan smoker lagi. At least aku ada bukti kan?

Saturday, October 10, 2009

Aku Rasa Aku Kene Masuk Kelas Communication Skill Laa...

Currently aku banyak menaip dari bercakap. Tak kira la taip SMS ke, taip IM ke, taip report ke, semua main taip je termasuk la blog ni. Call pun dah jarang2. Sebab aku takut miscommunication macam hari Isnin haritu. Ops, lupa aku tak citer dan tak boleh citer. P & C.

Kat umah lagi laa... Sungguh pendiam aku sampai nak kuar umah pun dah tak reti nak bagitau sapa2. Ye, entry ni ada sikit2 kaitan dengan entry yang ini. Tau2 hilang. Pastu tengah2 di luar, dah 3-4 jam hilang, agak2 dekat2 kul 6.45 petang, baru sampai SMS tanya aku kat mana dengan bawak kunci umah atau tidak. Sebab? Dorang pun nak kuar. Concern ke? Macam tak kisah je.

Dulu2 masa arwah mama aku ade...Masa kecik2 dulu, ramai orang komplen aku sangat banyak bercakap dan kalo bercakap plak memang non-stop. Ade je bende aku nak citer dan boleh menarik perhatian orang. Dan arwah mama jugak la dengan sabar dengan aku citer apape pun yang aku rasa nak citer. Sejak dia sakit, aku dah kurang bercakap. Sekarang 2-2 dah takde. Langsung aku tak bercakap dengan sapa2 dalam umah tu. Kecuali kalo ada hal. Nak panggil kuar bilik pun main SMS je. Sebab tu skang apape pun aku lebih selesa menaip dari bercakap. At least orang tatau emo aku masa tu camne.


Sebenarnye taip2 ni pun ada advantage jugak. Lebih2 lagi kalo SMS. At least boleh bagi alasan tak perasan mesej masuk walaupun sebenarnya sangat malas nak balas cepat2. Ala, bukan penting pun. Kalo call, selagi tak jawap, berdering situ la sampai bila2... Atau kalo cakap depan2 pulak, sekarang gaya percakapan aku lebih menjurus kepada menggunakan term2 saintifik dan berunsur engineering. Jangan harap la aku nak cakap macam aku tengah taip skang. Mau tunggu dekat2 5 minit baru kuar satu ayat biasa tanpa ada unsur2 saintifik tu.

Dan aku perasan dari sejak arwah mama sakit sampai sekarang, apa yang aku fikir lebih senang nak luah dalam bentuk bertulis/bertaip untuk memudahkan orang baca dari nak tunggu aku cakap. Kalo nak jugak suruh aku cakap, boleh dengar la gaya2 robot dan cuma sepatah atau 2-3 patah perkataan je yang akan kuar dari mulut aku. Kecuali kalo aku ade mood nak bercerita, ada la berpatah2 sikit perkataan yang kuar.

Hmm...Entah la. Kadang2 aku rasa aku bisu walaupun sebenarnya aku tak bisu. Atau guna isyarat mata je. Macam selalu2 aku berkomunikasi dengan Aiman. Huhu.

Patut tak aku masuk mana2 kelas Communication Skill balik supaye aku boleh bercakap macam dulu2?

Thursday, October 8, 2009

Kritikal

  • Sakit perut tahap kritikal.
  • Bosan tahap kritikal.
  • Mengantuk pun tahap kritikal.
  • Cuak pun masih berada paras kritikal.

Apa je yang tak kritikal sekarang ni?jiong

It`s Been +/- 732 Days Since I Know You

  • I`m sorry for ignoring you for the first time a simple "Hi" dat you gave to me.
  • I`m sorry if I not treating you well even only as a friend.
  • I`m sorry I lied to you as if I`m out of credit, but actually I just hate you keep bothering me with simple (and I think it is stupid) SMSes.
  • I`m sorry for just after I break up with someone (whom is quite stupid too) then only I ALWAYS replying your SMSes.
  • I`m sorry if I over-used your attention and kindness to treat my loneliness after both my parents were gone.
  • I`m sorry if I`m giving hope or make you thinking that you are special to me.
  • I`m sorry for currently avoiding you.
  • I`m sorry coz showing my ego for not contacting you these few days.
  • I`m sorry coz I`m really in love with you rite now.
  • I`m sorry for all these happen eventho we were never meet before.
  • I`m sorry coz I`m gonna say "I MISS YOU"

You know who you are. And if you read this, I`m sorry again. Can`t help to express my feelings.

P/S: He ain`t a SMOKER!! Dats y I like HIM~

Wednesday, October 7, 2009

Tiba2 Teringat

Tiba2 kan aku rindu sangat masa2 arwah bapak aku datang jemput aku balik skolah dulu2.
  • Masa skolah rendah, selalu dia tunggu kat kuarters JKR tu... Sambil2 borak2 dengan kawan2 dia. Maklum la dia pencen awal. Biasa dia amik aku dengan basikal. Kayuh la balik sampai umah.

  • Masa pegi mengaji Quran kat surau umah Kak Midah dia amik dengan antar naik beskal jugak.

  • Masa skolah menengah, time skolah petang, dia selalu tunggu kat jejantas dalam keta. Sekarang ni jejantas kat depan Klinik Zainal kat Taman Sri Nibong pun dah tak wujud dah sebab ganti dengan fly-over.
Sebenarnye aku dah malas nak balik umah senirik sorang2. Sekarang rasa tak best pulak. Macam takde sape peduli je aku balik umah ke tak...Serius. Aku rasa aku masih lagi suka macam dulu2. Kalau tak arwah bapak aku yang jemput aku dari mana2, abang aku yang akan jemput.

Skang? Pandai2 ko sendiri lah. Nanti bila dah amik lesen kereta dan mungkin akan mempunyai kereta sendiri... Lagi la takde sape nak kisah ko balik umah ke tak. Sebab takde sape nak jemput ataupun amik tahu.

Ni lah side yang tak best bila kite dah besar, hidup sendiri dan takde parents dah nak amik tahu. Aku tahu ramai je budak2 yang sebaya aku atau lagi muda dari aku impikan life macam ni. Tapi percaya la. Sekejap je yang bestnya. Selebihnya kita akan rase macam tak pernah wujud pun dalam kehidupan sapa2. Kadang2 rasa kosong.

Aku rindu sangat time2 kene jemput balik umah. Huhuhu...

Monday, October 5, 2009

Momok Seram Hangguk Lu~~!!!

Disebabkan hari minggu aku sangat bosan, laptop plak tak betul lagi sebab tengah dalam proses format... Tengah semangat nak format laptop, installer pulak wat spoil... So, aku decide la kuar umah, lepak umah kazen aku, Atin yang stay sebelah BJ tu. Niat asal nak pi tukar installer je. Tapi kalo tiba2 installer buat hal lagi, takyah ulang-alik bazir minyak Jonny tu.

Tapi rupanya dia ada plan lain. Tapi plan ni aku boleh menyelit la sekali. Sebab dier bukan kuar dengan orang lain pun. Dengan sedara2 jugak. Syifa. Sebab aku rasa kalo nak tawaf 1 BJ tu tak berbaloi sangat sebab takde mende yang best pun kat situ, aku pun offer la dorang tengok wayang. Syifa cakap dia nak tengok citer Momok. Katanya iklan kat tv nampak seram. Biar betul minah ni. Bukan dia penakut ke?

Layan je la. Mula2 aku tak confident dengan citer ni. Maklum la. Citer hantu Melayu. Mana penah seram pun. Spoil sana-sini. Habih kuat pun banyak mengarut. Dah la starting citer dah buat aku putus selera nak layan sampai abeh. Ada plak suara gema2 tu bebel2. Sepatah haram dia cakap aku tak paham. Baik takyah letak kan?

Tapi bila dah layan citer ni, aku rasa not bad la. Bukan pasal seram ke ape. Tapi LAWAK nak mati. Serius. Kami bertiga memang bersungguh2 gelak dalam panggung wayang tu. Tapi orang lain tak pulak gelak cam kami. Huhu. Aku syak dorang ni mesti jenis serius bila layan citer hantu. Nak gelak pun takut2.

Aku agak suka citer ni sebab ada feeling2 citer2 hantu zaman 80 or awal 90-an dulu2 (ke...Screen panggung tu yang dah patut kene ganti?) Dari style citer sampai la ke pelakon2. Memang ada feeling2 80-an/90-an la. Rasa klasik plak. So takde la aku rasa nak pukul orang macam lepas tengok citer seram "Congkak" dulu tu. Nak plak ada pelakon2 memang stok2 kelakar macam Abon dengan Pak Aziz Sattar tu... So, memang patut la korang layan citer ni kalo otak berserabut.

Sorry la kepada pengarah citer ni kalo dia bersungguh2 buat citer seram yang gampang seram. Tapi takde effect pun kat aku. Nescaya kalo korang tension, bila tengok citer ni, tolong tune kepala otak korang untuk tengok unsur2 kelakar dan boleh main teka2 samada salah satu part tu jenazah dah dimandikan ke belum. Betul. Jangan pikir ape. Layan je flow citer ni. Memang sungguh2 kelakar.

Ok. Lastly, buat tatapan peminat2 cerita seram.
Aksi meng-cover double-chin. Serius la wey aku makin chubby!!!

Soklan cepu-cemas.

Sapa nampak paling muda dalam gambar ini?

Dari kiri, Atin, Syifa dan aku. Hmpphh...Dah tentu aku out of list (bagi yang kenal aku la)

Sunday, October 4, 2009

Tanya Sama Pokok...

Haha...Sape2 yang selalu melawat fesbuk aku mesti perasan kan aku suke letak status lagu "Tanya Sama Pokok" tu...

Bukan tengah meroyan...Tiba2 boleh suka plak lagu tu.
Sapa2 ada link download mp3 tu sila bagi kat aku ye...
Nak lagu ori. Yang P.Ramlee nyanyi.

...Tanya sama hati...Ape asal sayang...Adakah tandanya nampak dipandanggg~~

Hah! Hah! Sambung2...

P/S: Tak betul sudah lately ni...Sape nak jawap tu?

Monday, September 28, 2009

Rasa2 Laa Kannn...

Aku rasa aku dah dapat jawapan kepada persoalan semalam. Bukan hal orang nak meminang ke hape. Ini besar punye hal. Boleh menjejaskan masa depan aku kalo silap planning. Betik la Unisel ni...Nak sabotaj aku pun takkan la sampai antar mamat tu jadik supervisor aku haa...

Kepada yang tatau hujung pangkal masalah aku dengan orang itu... Aku memang tak brape nak ngam dengan dier sejak zaman2 diploma. Sombong semacam...Pastu jap2 OK...Jap2 entah apape je dier layan student... Kadang2 bila pi jumpa dia...Baik cakap dengan dinding lagi tenang. Mentang2 la dier lecturer dan orang banyak puji2 dier terbaik. Oppss... Harap2 dier tak bace la blog aku yang kurang ilmiah ni...Dier kan baca bende2 ilmiah je...Mwahaha~~!!!

Siyes bagi aku dier lagi dahsyat dari anaconda yang aku mimpi gigit kaki aku sampai kudung semalam. Bukan apa...Tak kena gaya...Memang terkubur la hajat aku nak naikkan pointer semester ni...Uhukk~~!!!
sweating

Sunday, September 27, 2009

Camne Kira Ni?

Orang2 tua cakap, kalo tido mimpi kena patuk dgn ular tu tandanya orang nak datang masuk meminang. Tapi semalam aku mimpi ular la. Bezanya aku kena serang dengan lima ekor anaconda. Seko da gigit kaki aku sampai kudung.Ha, tu nak kira camne tu?

Friday, September 25, 2009

Esok Hari Sabtu

Gile. Tajuk takde kaitan. Aku cuma nak bagitahu ni. Aku dah ada double-chin. Tak payah nak tegur2. Memang nampak sangat pun. Tu laa...Banyak sangat buat senaman mulut hari raya ni. Ha, padan muka.

Takde gambar. Segan nak tunjuk. Huhu.

Tapi sedara2 aku yang lain komplen aku makin kurus. Nak cari gaduh ke?

Wednesday, September 23, 2009

Apa Aku Nak Buat Ni?!!!

Huarghhh~~!!!

Report kene analyze arini (patutnye semalam)... Tapi bila tengah syok2 tunggu generate parameter jadah sume tu tiba2 kuar error message cenggini.

At Least One Parameter in Report encountered errors. The charts and / or tables of the paramter may be blank. Contact Site Support if any help is needed

Bukan untuk satu rollup report, tapi 3-3 skali kuar bende yang sama...

Camne nak buat nih? Takkan Server kat US pun cuti raya lama2? Tension la bai cenggini~~~!!!

Tuesday, September 22, 2009

SLR Untuk di Jual

Ada seorang jejaka hensem mau jual SLR beliau.
Siyes ni bukan main2.

Ini gambar secara webcam guna Yahoo Mesengger.


Sapa2 minat boleh contact:

Muhd. Johan Ariff
0129852859
misterjohan@yahoo.com
johan_mach@yahoo.com
johan_mach@hotmail.com

pilih mana email korang suka...

Details:
Canon 1000D
Lens 18-200mm
Baru beli tak sampai 3 bulan.
Lain2 spec korang bley gugel senirik.

***UPDATE SPEC***

Canon DSLR 1000D
Tamron Lens 18-200mm
SD Card 4Gb
Tripod 88
Camera Beg
UV Filter 52mm
Glass LCD Protector


Sebab nak jual: Bajet tak cukup nak beli Honda Jazz.
Harga cadangan: RM3000 (Confirm BOLEH NEGO!!!)


Itu je owner dier gitau kat aku pun...
Rasa2 minat boleh angkut tanpa banyak soal, okeh?

Huh!!

Apsal sepanjang hari raya sejak raya pertama sampai sekarang aku gile melayan lagu Boulevard of Broken Dreams? Siap sing-a-long lagi part " I walk alone, I walk alone..."

Apahal?

speechlesss

Hari Lebaran = Hari MeLEBARkan Badan.

Raya ke-2

Semalam aku terasa gile tepu kebosanan. Nak keluar...Abang aku pesan suh tengok2 kot2 sape2 nak datang umah. Maklum la...Masa raya pertama haritu ramai sangat komplen takde sape2 kat umah ni ha. Last2 hasilnye raya ke-2 tu kene berwaspada sikit la kot2 sedara2 datang. Huhu. Dah la semalam tv buat hal. Boleh plak la tengah eksaited nak layan citer Los dan Faun tu...Tibe2 tengok kat info tu macam bangang je. Entah ape citer plak tak abeh lagi, dah catat citer tu tengah on-air. Bengong2 betul info semenjak-dua menjak ni. Orang lain pun raya jugak. Tapi takde la nak sasul2 bagai sume...Hasilnye aku tertido depan tv. Kul 3 pagi baru bangun tutup tv dan pindah tido dalam bilik. Sorry ye Darweena... Tak sempat nak inform tak pegi umah ang. Mengantuk gila sebab bantai suku periuk nasik goreng. Huhu...Banyak gila aku makan. Tu belum campur dengan ketupat dan beberapa ketul lemang yang abang aku tinggal untuk aku tu... Ayam goreng lagi...Kuih2 raya lagi...Waaahhhh~~~


Raya ke-3

Ape aku buat harini? Melepak ke umah Hajar. Best woo pi umah dier. Hajat hati nak terus gi umah Iryani. Tapi dia dah start keje plak arini. Lama wohh tak jumpe ngan mak Hajar nih. Paling takley blah mak dier komen kalo la Hajar ni ade abang, confirm aku tak single dah skang. Alamak...Alamak...Haha...Nasib baik jugak kan? Bertahun mak dier tak nampak aku...Melambung2 puji kata aku makin segak. Adeii... Padahal aku rasa aku sama je cam dulu. Tinggi tak pulak bertambah. Cuma hari lebaran ini je aku terasa aku semakin melebar dari segi paksi-X badan aku nih. Akibat makan tahap terlampau semalam. Tapi harini pun boleh tahan jugak makan. Kuih raya kat umah Hajar tu siap tapau bawak balik lagi. Nasib baik la tak bawak balik nasik ayam yang mak dier buat. Kalo tak...Rekod tu makan tanpa henti. Tu tak masuk sesi mencekik masa tunggu membe aku datang umah tadi. Dan jugak lepas dorang balik.

Astagfirullah banyaknye aku makan~~!!!

Tu la hobi aku time2 tak brape sibuk dan masa cuti. Mujur la masa kat Kuala Selangor tu duit ala2 kene catu. Jadi makan pun kene beringat sikit. Skang kat Penang. Sendiri mau paham la keadaan orang yang hobinya makan ketika bosan seperti aku.

Buat Incik Azmi... Saye mungkin takkan kurus kot.
Tapi saya tetap comel (orang la kata...Bukan saya kata).

yehee

Betul lah weh...Hari Lebaran adalah hari meLEBARkan badan.

Monday, September 21, 2009

Raya...? Raya ke?

Aku tension. Tiba2 enset aku tak dapat detect memory card plak. Kalo tak aku dah nak upload dah gambar Aiman hensem pakai baju melayu. Sumpah memang hensem. Kalo Cinta Cukulet tengok tu memang confirm angau tak sudah2 sampai raya ke-10.

Okeh. Raya aku biasa2 saja. Tapi letih jugak la semalam abang aku beriye2 nak pusing satu island mencari sedara-mara. Sorry le kepade sedara2 dan "pengutip cukai pintu" yang datang ke umah petang2 sebab kami takde kat umah. Harap moto je ade 3 kat depan tu... Tapi takde orang pun.

Oh ye! Nak bagi korang sume bertambah jeles tahap maksima...Aku masih lagi dapat duit raya. Haha~~!!! Dun sangka I dah 24 takleh dapat duit raya ye...

Okeh. Sebab aku rasa enset aku dah mule buat hal sebab aku asik tukar2 simkad... Rasa2 wajar tak aku pegi cari USB Modem? Atau sapa2 yang keje Dell boleh tak tolong aku explain kenapa aku tak boleh guna slot simkad untuk mobile broadband kat tempat bateri tu? Padahal aku check profile, ada je untuk Celcom...?

Saturday, September 19, 2009

Kad Raya. Canggih Vs. Tradisional

Huhu... Malam raya baru nak publish pasal kad raya. Entah sekarang ni aku ade mood atau tak nak beraya esok setelah konon2 penat la alih2 barang kemas umah. Kemas ke?

Nak citer pasal kad raya plak. Tahun ni sorang blogger je suh aku kutip kad raya kat blog beliau. Jadi tanpe buang mase, aku pun display je la kat sini. Tq banyak2 la. Erm, kalo ade blogger lain suh kutip kad raya, sorilah tak perasan sebab dah jarang jenguk blog orang. Ini pun sebab dier menjerit kat shout box tu suh gi amik. Elok la kirenye aku tempek sini.

Leh tekan gamba kad ni untuk gi blog orang yang kasik kad ini.

Dikesempatan ini aku juge nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada mereka yang sudi pos kad raya kat aku. At least ada jugak la kad raya pada tahun ni. Dari tahun lepas 2 keping je...Tahun ni dah naik jadi 5 keping.

Saja mau tayang jugak kat sini.


Dari kiri, atas : Cinta Cukulet, Zatiel, Zowie.
Bawah, dari kiri: Hadra, Jam

Dan kepada yang bagi kad raya kat Fesbuk, Frenster, tag kat Tagged, ngan mana2 je la social network lain...Terima kasih banyak2. Semoga lepas aku publish entry ni mood raya datang dengan tiba2. Huhu...

Nak feeling2 raya macam dulu2...
cry03

Hepotesis Ramadan #10

Sebenarnye aku rindu sama penyimpan mohor besar hari raya. Bila dier muncul kat tv ha? Kalo semalam...Miss la aku sebab semalam Astro tak dapat siaran sebab hujan lebat...

Anyway...Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Mintak ampun mintak maaf kalo ada terkutuk2 sikit kat sini...Terbuat2 tak layan...Terngumpat...Dan segala macam ter- lagi la. Termasuk la ter-"tak balas" kad raya. Ehehe...
muacksss
Muah3x!!! Sayang korang semua~~!!

Friday, September 18, 2009

Hepotesis Ramadhan #9

Nanti aku publish entry pasal kad raya pada malam raya. Kot2 la boleh dapat sikit semangat nak raya tu. Masih takde mood nak raya until now ni. Camne?
sweating01

Tuesday, September 15, 2009

Perbandingan

Oleh kerana ada yang bertanya itu hari pasal pergelangan lengan baju yang aku tak brape nak berkenan tu... So, kat sini ada la aku nak display 3 jenis lengan baju... Enjoy~~!!

laalaaa


1. Smock Production Floor. Aku bawak balik sebab nak basuh. Ehehe...yeee



2. Baju rider aku naik moto pegi ke mana2...yehee


3. Baju hawt ala2 Datuk Ct. Nurhaliza.


Kan lebih kurang je semua? Time2 raya nak jugak aku merasa tak seperti memakai smock atau menjadi rider. Nak jugak jadi ayu2 time raya...cry03


P/S: Perasan tak entry aku kalini banyak benda gedik2 ni? Thanks to Kak Nora (Rose Harissa) sebab letak entry pasal cara2 nak buat menatang gedik ni secara simple kat blog dia...Hihi~~!!

Monday, September 14, 2009

Hepotesis Ramadhan #8

Ramai betul orang baik2 dekat2 nak abeh puasa nih. Tadi beli air oren untuk berbuka pun... Sampai2 kat moto baru sedar ada 2 bungkus. Rasanya tadi mintak satu je. Bayar pun singgit.

Owh, patut la tadi dengar brader tu cakap "Phone...Phone..." Baik ada makna rupanya. Huhuhh...Aku plak salah paham ingatkan dier cakap phone aku bunyi. Pelik jugak. Mana dier dengar. Dah la aku letak mode silent. Sorry la bro...Takleh bagi nombor kat sebarangan orang lah.

Peace.

Saturday, September 12, 2009

Hepotesis Ramadhan #7

Baru aku tau. Punca baju raya ala2 smock tahun ni datangnya dari Datuk Ct Nurhaliza. Cheh! Biar la dia sorang je nak pakai baju camtu. Lu orang nak follow apahal? Kesian la sikit kat orang macam aku yang masih mengagungkan baju kurung moden kontemporari tu...

Wednesday, September 9, 2009

Walaupun Tarikh Harini Cantik...Tapi...

Haa...09-09-09...Santek gile tarikh nih. Harini jugak besday Feli dengan Jack. Sapa dorang ni? Cari kat Fesbuk aku dekat bahagian Friends. Hepi besday kat korang. Wish kat blog saja dah cukup. Jimat belanja.

Masa aku balik keje tadi, tiba2 dari kejauhan dah nampak asap. Mula2 aku ingatkan sembur ubat nyamuk. Macam haritu. Siap bomba datang sebab salah faham. Loceng trigger tanda kebakaran. Padahal sembur ubat nyamuk je. Ni tidak. Real punye kebakaran. Asap pun kaler hitam berjelaga. Kat tingkat 14, Pangsapuri TNB.

Ramai jugak la tengok. Aku pun sama menyibuk. Maklum la. Orang Malaysia kan prihatin? Tapi dari dalam kawasan rumah je la. Cakap banyak pun tak guna. Baik aku tunjuk gambar terus, kan? Aku malas nak susun gambar elok2 macam entry yang sudah2. So, korang layan je la gambar2 yang aku nak tayang ni. Sorry la kalo kualiti gambar tak cun macam pakai DSLR. Kamera aku guna Nokia 5610 Xpress Music saja.


Amik jauh2 dulu. Jadi Korang leh dapat gambaran brape jauh pangsapuri tu dari umah aku...


Zoom sikit2...Haa...Tingkat 14 tuu~~!!!


Horror tak? Horror tak?


Masalah tekanan dan projectile air oleh pihak bomba. Bukan senang weh! Masa ni bumbung dah hilang. Jatuh bertimpa2 ke bawah. Nasib la keta yang kat bawah tu kalau kena...


Antara rakyat2 Malaysia yang prihatin. Tuuu...Celah2 kat padang tu hah...











Para wartawan tempat kejadian.


Tuesday, September 8, 2009

Sesi Beli Baju Raya Paling Palat Di Dunia.

Ahad lepas aku dengan family abang aku kuar. Abang aku la beriye2 sangat suruh jugak2 aku beli baju raya. Kali ni dah tak kisah la kaler apa pun. Lari tema pun takpa sebab payah sangat nak cari baju raya saiz aku. Tu la...Kecik sangat. Tema tahun ini adalah kuning tahap maharaja. Tapi baju raya aku tahun ni bukan kaler kuning pun. Aku beli kaler oren. Hah! Hambik ko, oreng aku beli!

Memang tiap2 tahun aku sorang je yang lari tema. Ye la. Nampak la sikit aku ni adik kepada abang aku. Kang ramai2 sama kaler, tak best la. Terjejas sikit reputasi aku sebagai insan paling rebelious. Mana boleh beb. Reputasi kena jaga. Ok. Punca aku terbeli baju kaler oren tu pun cukup palat untuk diceritakan. Tapi aku tetap jugak nak citer. Pedulik hapa aku. Blog aku kan?

Tahun ni aku berazam nak ikut tema. Sejak jadi budak baik la katakan. Sebenarnye aku dah jadi budak baik sejak praktikal ni. Tak caya boleh tanya Alex, Loy dengan Mr.Lai. Mesti dorang cakap aku comel dan bersopan-santun. Sila baca blog lain kalo rasa menyampah. Ok2 back to our story. Haritu aku je la yang nak hunting baju raya pun. Orang ramai jugak. So, boleh la nak menyelit2 pilih mana berkenan. Abang aku dengan family dier dah tala pi Reject Shop. Cari baju jalan2 untuk anak2 buah aku.

Aku plak dengan mission aku la mencari baju raya. Aku nak cari yang ada manik2/labuci2. Aku pun nak glemer jugak raya2 ni. Apa barang nak cari baju macam smock masuk production floor walaupun corak dia santek menawan. Dalam misi aku mencari baju raya tu...Aku telah di -aim oleh auntie yang jaga booth kat situ. Tokey agaknya. Tunggu masa je aku panggil dia mintak pendapat walaupun aku dah cukup umur untuk judge senirik baju yang bakal aku beli.

Okeh. Aku memang kene mintak pendapat orang sebab aku tak biasa beli baju sorang2. So, aku panggil sorang akak yang jaga2 situ jugak. Tapi auntie tu yang datang. Muke manis je tanya aku nak cari baju hapa. Aku pun tanya la...Baju yang aku berkenan tu...Kaler kuning takde ke? Dia cakap dah habis la dikkk...Pastu boleh dier cuit pipi aku. Tau la pipi aku memang boleh buat ramai yang teruja nak cubit. Kot ye pun agak2 la. Awak tu kan takde kene-mengena dengan saya? Tapi dia buat tak kisah je follow aku cari baju kuning yang lain sambil2 tu nak cuba2 cuit pipi aku lagi. Sampai aku pulak yang rasa horror dengan tingkah laku dia.

Apa dia ingat aku ni kanak2 bawah umur agaknya? Last2 aku pun takde selera nak merayau2 cari baju lain. Oren pun oren lah. Janji aku boleh blah cepat2 dari situ. Masa nak bayar pun boleh tak ramai2 kaum dia berkumpul keliling aku sebab dia panggil dorang tengok aku. Ingat aku barang display? Paling takleh blah ramai2 tu jugak la cube2 nak cuit2 pipi aku. Lepas tu baru boleh dapat diskaun. Dapat la pengurangan 20 hengget. Nasib baik la auntie tu mintak nak cuit pipi je. Kalo mintak cium pipi aku? Sumpah aku takkan jejak Kompleks Bukit Jambul sampai tujuh keturunan.

Takleh display baju raya aku kat sini. Nanti tak seprais.

Sunday, September 6, 2009

Xtvt Buang Masa (Hahaha~~!!)

Mesti korang perasan tibe2 kat sebelah kanan blog aku ade poll. Siap suh vote lagi orang itu. Haha...Mesti korang tertanye2 apahal minah ni...Masuk air ape tibe2 buat poll sebegitu rupe...

Tak ahh...Aku belum mereng...Saje je wat poll untuk menyedapkan hati sorang manusia itu...Hehehh... Beliau mempunyai tahap ke-perasan-an yang tinggi bahawa beliau boleh sepopular Mawi. Apehal la kan...Layan je... Kata buah hati sorang...Oppss...

Hahahh...Sila la undi sesedap rasa...Takde expired date pun poll tu...Tapi undian hanya sekali je kot...Ikut IP address...Kalo tak pun ikut korang punye login email...Kot laa...Entah...

Undi ikut la ape korang suke...Huhuhh...

Friday, September 4, 2009

Hepotesis Ramadhan #6

Baju kurung moden skang gaya ala2 jubah smock wajib pakai kalo nak masuk production floor. Tiba2 kat hujung lengan ada pulak getah. Kalo setakat letak butang je takpe lagi. Takde citarasa raya langsung.

P/S: Knape baju raya saiz kanak2 maksimum sampai saiz 14 je? Buat la 16 ke...18 ke...Boleh jugak aku beli...

Thursday, September 3, 2009

Hepotesis Ramadhan #5

Bulan Ramadhan (Lapar) + Sejuk gedik + Turun-naik pegi production floor semata2 nak panaskan badan = Letih yang amat bila balik umah~~!!!

Knape skang ni dah ramai suka balik awal? Balik kul 5.15 ptg pun jalan dah jem teruk?

(Pffttt...Kantoi blah awal dari opis~~)