Monday, October 5, 2009

Momok Seram Hangguk Lu~~!!!

Disebabkan hari minggu aku sangat bosan, laptop plak tak betul lagi sebab tengah dalam proses format... Tengah semangat nak format laptop, installer pulak wat spoil... So, aku decide la kuar umah, lepak umah kazen aku, Atin yang stay sebelah BJ tu. Niat asal nak pi tukar installer je. Tapi kalo tiba2 installer buat hal lagi, takyah ulang-alik bazir minyak Jonny tu.

Tapi rupanya dia ada plan lain. Tapi plan ni aku boleh menyelit la sekali. Sebab dier bukan kuar dengan orang lain pun. Dengan sedara2 jugak. Syifa. Sebab aku rasa kalo nak tawaf 1 BJ tu tak berbaloi sangat sebab takde mende yang best pun kat situ, aku pun offer la dorang tengok wayang. Syifa cakap dia nak tengok citer Momok. Katanya iklan kat tv nampak seram. Biar betul minah ni. Bukan dia penakut ke?

Layan je la. Mula2 aku tak confident dengan citer ni. Maklum la. Citer hantu Melayu. Mana penah seram pun. Spoil sana-sini. Habih kuat pun banyak mengarut. Dah la starting citer dah buat aku putus selera nak layan sampai abeh. Ada plak suara gema2 tu bebel2. Sepatah haram dia cakap aku tak paham. Baik takyah letak kan?

Tapi bila dah layan citer ni, aku rasa not bad la. Bukan pasal seram ke ape. Tapi LAWAK nak mati. Serius. Kami bertiga memang bersungguh2 gelak dalam panggung wayang tu. Tapi orang lain tak pulak gelak cam kami. Huhu. Aku syak dorang ni mesti jenis serius bila layan citer hantu. Nak gelak pun takut2.

Aku agak suka citer ni sebab ada feeling2 citer2 hantu zaman 80 or awal 90-an dulu2 (ke...Screen panggung tu yang dah patut kene ganti?) Dari style citer sampai la ke pelakon2. Memang ada feeling2 80-an/90-an la. Rasa klasik plak. So takde la aku rasa nak pukul orang macam lepas tengok citer seram "Congkak" dulu tu. Nak plak ada pelakon2 memang stok2 kelakar macam Abon dengan Pak Aziz Sattar tu... So, memang patut la korang layan citer ni kalo otak berserabut.

Sorry la kepada pengarah citer ni kalo dia bersungguh2 buat citer seram yang gampang seram. Tapi takde effect pun kat aku. Nescaya kalo korang tension, bila tengok citer ni, tolong tune kepala otak korang untuk tengok unsur2 kelakar dan boleh main teka2 samada salah satu part tu jenazah dah dimandikan ke belum. Betul. Jangan pikir ape. Layan je flow citer ni. Memang sungguh2 kelakar.

Ok. Lastly, buat tatapan peminat2 cerita seram.
Aksi meng-cover double-chin. Serius la wey aku makin chubby!!!

Soklan cepu-cemas.

Sapa nampak paling muda dalam gambar ini?

Dari kiri, Atin, Syifa dan aku. Hmpphh...Dah tentu aku out of list (bagi yang kenal aku la)

3 comments:

Mr_aMAd said...

yg tukang amik gambar mybe lg cun..he

epalejau said...

em..
yg tgh tu paling muda.
kn?

tp yg tudung putih paling berseri2..
:)

aslina said...

::mr_amad::
tukang amik gambar adalah yang belah kiri tu. tapi dier memang comey pun. :)


::hadra::
hahaha...betul...dier baru form 1. yang kiri tu form 2 dan aku...err...rahsia...ehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...