Tuesday, October 20, 2009

Aku Dan Linguaphone.

Macam palat je bila bukak citer pasal Linguaphone nih. Dah la mahal nak mampus. Keberkesanan dier memang aku sangat2 tak pasti. Ye lah, kalo lepas beli, tak guna dan simpan buat pekasam, takde makna jugak kan? Macam bazir duit je, pandainye tidak. Nak belajar ni kadang2 kita bukan boleh buat sendiri2. Nak kene ada orang paksa jugak. Baru la ada sikit disiplin tu.

Paling takleh blah skali bila tiap2 tahun bukak je semester baru, kat campus aku mesti boleh nampak kelibat brader2 dan akak2 Linguaphone pancing junior2 baru masuk supaye beli mende alah tu. Konon boleh terer speaking dengan begitu bergaya ala2 berada di New York gitu. Itu tak kisah la sebab memang selalu kat area2 universiti memang tempat dorang cari makan pun.

Ini yang tak tahan tu, kat pasaraya Giant pun dorang sibuk2 nak menempek sama. Masa aku tengah jalan2 kat situ sebab nak pegi KFC, ade la brader ni tegur2 suh beli mende nih. Cara dia...Heee...Memang wat aku menggelegak geram sampai ke kepala. Aku dah geleng2 takmau tu takyah aa susah2 nak ikut aku explain macam2. Memang dah tak minat pun. Takyah la bersungguh2 follow aku sampai dekat2 depan KFC nun. Kalo ye pun nak mintak aku blanje KFC, boleh tak cakap terus-terang je?

Dressing aku pada masa tu memang nampak sikit la ala2 budak skolah. Ape aku nak heran. Aku pakai camno pun still nampak rupa budak skolah tu. Punya la beriye2 explain kat aku walaupun aku rasa dia sedar aku memang rimas gila dier dok ikut2 aku masa tu. Jadahnye boleh fasih cakap English la, senang naik pangkat la, macam2. Helooo...Ko sedar tak kat negeri mana ko tengah promote ni? Kat sini takde maknenye ko pandai English ko cepat naik pangkat. At least ko kene tahu 3 jenis bahasa lain dengan cemerlang baru senang naik pangkat.

Aku dengan bengangnye cakap kat dier,

"Excuse me, I don`t understand your explanation. Can you repeat again in English? I`m very positive that you`re not speaking English with me just now."

Dier terkulat2 tengok aku. Dier tengok keliling, pastu dia blah tinggal aku. Dalam hati, guling2 punya gelak sebab lagi sorang brader Linguaphone kene tipu ngan aku, bajet aku tak paham ape dier cakap. Bukan semua yang keje promote Linguaphone tu confident cakap English dengan kita.

Aku rasa sekarang ni semua orang pun pandai je cakap bahasa lain dari bahasa Malaysia nih. Cuma apa yang kita nak sekarang hanya "CONFIDENCE" untuk cuba cakap bahasa lain dari apa yang hari2 kita cakap dengan orang,kan?

Moralnye kat sini, kalo nak promote sesuatu, lebih baik kita buktikan jugak yang kita boleh buat apa yang kita jaminkan. Zaman sekarang cakap saje tak guna bai. Kene buktikan sekali. Kalo tak, takde la kes bayi terbuang merata2. Itu kes nak buktikan cinta la tu. Tapi jangan plak amik contoh negatif yang macam tu. Tak baik untuk kemajuan negara.

1 comment:

nurain rodze said...

fuhhhh ..
padan muka mamat tu .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...