Saturday, October 10, 2009

Aku Rasa Aku Kene Masuk Kelas Communication Skill Laa...

Currently aku banyak menaip dari bercakap. Tak kira la taip SMS ke, taip IM ke, taip report ke, semua main taip je termasuk la blog ni. Call pun dah jarang2. Sebab aku takut miscommunication macam hari Isnin haritu. Ops, lupa aku tak citer dan tak boleh citer. P & C.

Kat umah lagi laa... Sungguh pendiam aku sampai nak kuar umah pun dah tak reti nak bagitau sapa2. Ye, entry ni ada sikit2 kaitan dengan entry yang ini. Tau2 hilang. Pastu tengah2 di luar, dah 3-4 jam hilang, agak2 dekat2 kul 6.45 petang, baru sampai SMS tanya aku kat mana dengan bawak kunci umah atau tidak. Sebab? Dorang pun nak kuar. Concern ke? Macam tak kisah je.

Dulu2 masa arwah mama aku ade...Masa kecik2 dulu, ramai orang komplen aku sangat banyak bercakap dan kalo bercakap plak memang non-stop. Ade je bende aku nak citer dan boleh menarik perhatian orang. Dan arwah mama jugak la dengan sabar dengan aku citer apape pun yang aku rasa nak citer. Sejak dia sakit, aku dah kurang bercakap. Sekarang 2-2 dah takde. Langsung aku tak bercakap dengan sapa2 dalam umah tu. Kecuali kalo ada hal. Nak panggil kuar bilik pun main SMS je. Sebab tu skang apape pun aku lebih selesa menaip dari bercakap. At least orang tatau emo aku masa tu camne.


Sebenarnye taip2 ni pun ada advantage jugak. Lebih2 lagi kalo SMS. At least boleh bagi alasan tak perasan mesej masuk walaupun sebenarnya sangat malas nak balas cepat2. Ala, bukan penting pun. Kalo call, selagi tak jawap, berdering situ la sampai bila2... Atau kalo cakap depan2 pulak, sekarang gaya percakapan aku lebih menjurus kepada menggunakan term2 saintifik dan berunsur engineering. Jangan harap la aku nak cakap macam aku tengah taip skang. Mau tunggu dekat2 5 minit baru kuar satu ayat biasa tanpa ada unsur2 saintifik tu.

Dan aku perasan dari sejak arwah mama sakit sampai sekarang, apa yang aku fikir lebih senang nak luah dalam bentuk bertulis/bertaip untuk memudahkan orang baca dari nak tunggu aku cakap. Kalo nak jugak suruh aku cakap, boleh dengar la gaya2 robot dan cuma sepatah atau 2-3 patah perkataan je yang akan kuar dari mulut aku. Kecuali kalo aku ade mood nak bercerita, ada la berpatah2 sikit perkataan yang kuar.

Hmm...Entah la. Kadang2 aku rasa aku bisu walaupun sebenarnya aku tak bisu. Atau guna isyarat mata je. Macam selalu2 aku berkomunikasi dengan Aiman. Huhu.

Patut tak aku masuk mana2 kelas Communication Skill balik supaye aku boleh bercakap macam dulu2?

5 comments:

profWACKo said...

byk bercakap.. byk menaip jugak.

nurul said...

mengalami masalah yg sama.. ckp yg penting2 je.. xpenting lg suka diam..

tp klu menaip.. penting ke tak ke.. brani je pulak kuar statement..

kdg2 mmg xbrani ckp byk sbb klu beckp.. silap intonasi, silap mimik muka atau org tu yg snang salah paham.. ade mslh pemahaman.. ape lagi klu org tu pekak/ tak bg perhatian.. sabar jela..

hurm,, apepun berkomunikasi scr normal tu pnting.. kna juge blaja kot..

13may said...

panggil kuar bilik pun sms?

pokai la camni...hehhe hehhe

epalejau said...

haha.
rela pokai.
aku katil bawah.
dia katil atas.
double dacker nyer katil.
nak sembang pun sms je.
haha..

aslina said...

::rezan::
banyak menaip=muka banyak kerut2 sebab tekun sangat menaip untuk bagi orang paham ape yang aku nak sampaikan.


::nurul::
tu la...akan dipikirkan...


::13may::
1 sen je setiap sms.


::hadra::
kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...