Thursday, October 22, 2009

Aku Pilih Masa Ni Untuk Publish Kerana...

Seminit sebelum ni genap setahun arwah mama takde. Seminit kemudian pulak genap 4 bulan pemergian arwah ayah aku.

Pemergian dorang tarikh memang dekat2. Beza pun 8 bulan je. Macam arwah atok dengan wan sebelah arwah mama. Setia sampai mati. Sesungguhnye tipu la kalo aku cakap aku tak rindu kat dorang. Alangkan orang yang mak ayah masih hidup, pastu terpaksa berjauhan dengan dorang pun bagai nak rak describe betapa rindu nak balik kampung, inikan pulak aku yang langsung takde harapan nak bertatap muke dengan orang tua. Tatap batu nesan boleh la.

Jangan ada yang mengada2 nak sepak aku sebab tengah layan feeling sedih2. Korang ape tau? Sekali-sekala nak jugak sedih2 sekejap layan perasaan. Aku pun manusia jugak. Pandai2 la cover depan orang. Tapi dalam hati ni, Allah aje yang tau betapa aku rasa kosong gile life sebab takde dorang.

Hargailah mak ayah korang kalo dorang masih ada. Yang mana yang selalu sibuk atau jarang balik kampung jumpe orang tua, sila balik cepat. Mesti dorang tengah rindu kat korang tu. Jangan la time raye je pandai cari jalan balik kampung.
Post a Comment