Monday, February 8, 2010

Tak Serik

Harini agak takleh blah bagi aku. Masa balik kelas tadi bleh main kejar2 dengan hujan. Bukan band Hujan tu... Hujan betul2. Dah la main hujan setempat2. 500 meter hujan. Tiba2 lagi 1km tak hujan. Lepas tu tiba2 hujan lebat gila2 kat kilometer yang lain. Sampai kat Kuala Selangor, amik kau. Panas terik! Kering kontang baju n sluar aku yang kena hujan tadi.

Tu satu hal.

Lepas tu kelas malam.

Balik kelas, agaknya kecewa dan lapar kot pasal classmates tersayang semua dah pegi pasar malam dan makan kat umah Lan... Jadi aku tiba2 eksiden. Teruk tu tak la. Tapi Jonny punya mirror belah kiri berpusing, belah2 kiri calar abes sampai ke lampu. Lepas tu handle plak asik ke kiri. Nak tolak ke kanan, kalo moto tengah stop, ok lagi. Kalo tengah jalan, berat gila...

Masa jatuh tu... Aku tengah cuba brek mengejut nak elak pembahagi simpang 3 tu. Sumpah gelap situ. Memang aku tak nampak jalan. First time lalu situ malam2. Siang2 pun aku penah lalu skali je. Tu pun rasa jauh gila... Tapi situ la dekat kalo nak banding jalan belakang yang selalu aku lalu tu...

Ada 2 orang mamat tolong aku. Tolong matikan enjin dengan angkat moto. Dorang macam kaget tengok aku bangun selambe gile. Sebelum blah, sempat aa jugak dorang cakap... Ingatkan yang jatuh tu lelaki... Dorang perasan aku pompuan sebab aku cakap tenkiu kat sorang tu tolong angkat moto aku. Huhu... Lepas tu classmate aku lalu. Poji tuh. Macam risau gak dier siap ajak lepak minum2 dulu...

Baik aku balik je... Adoiyaii... Kekok gila dowh bawak moto lepas eksiden kecil-kecilan tu. Sebab handle asik ke kiri. Bawak pun slow je balik. Slow tak slow aku pun, tibai 80 jugak. Mana la abang aku tak bising. Bawak moto tak reti slow2...

Tapi aku tak serik weh...

Huhuhhh...

Semua aku cerita kat abang aku. Kecuali pasal kelajuan masa aku buat emergency brake sebab nak elak pembahagi simpang 3 tu.

Masa tu kelajuan Jonny adalah 100km/j.

Mujur aku tak jadi apape. Mujur sluar beli kat Tesco yang murah gila ni tak koyak. Mujur sweater merah yang tebal ni tak seret teruk. Senang cerita tak jadi apape la. Jatuh pun boleh tahan bergaya.

Kak Syima cakap:

Haritu tangkap gambar ngan Sam (Adnan Sempit) tu. Sebab tu la kena aura dier sikit. Jatuh ada gaya.

Gambar Hiasan. Nampak macam adik-beradik je kan? Haha...


Ending yang buat semua orang marah:

Macam la aku dah serik dan akan menunggang moto slow2 lepas ni... Ngahaha... Sila tendang aku laju2... Horeyyyy~~!!!

9 comments:

Diarihatiku1976 said...

wahhh kebabommmm gambo ngan sam...

Aslina said...

::diarihatiku1976::
ha'ah...padahal cerita pasal eksiden...haha...

Legasi Piston Pecah said...

berhati-hati weyh...kita nih manusia bukan robot...lau kete rosak, ada jual spare part kt kedai..lau manusia rosak/sakit???

Aslina said...

::legasi piston pecah::
semalam aku dah cuak takut2 kalau jonny pecah teruk2. camne nak ride balik umah kan...huhu....

profwacko said...

Kirim salam lagi kat adnan kalau jumpa dia!!

Aslina said...

::rezan::
kem salam je? kuih2 ke... lauk-pauk ke... duit2 ke... ole2 ke takde ke?

epalejau said...

saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam!
wah, aku jelesh!
sangat jelesh!
katne ko jmpa dia as?
jeles. jeles. jeles.

--- ok, back to the topic. gila ko 100km/j. sure2 terbang mengalahkan superman kalo jato..

gO mi NaM said...

wah suka kat sam

Aslina said...

::hadra::
dekat kuala selangor niehh...lepak2 secara beramai2 lagiii...


::bakal graduate::
suke kat sam je? huhuhhhh...kuciwaaaa~~~

haha...poyo je aku kan?