Admin2 group sekalian, tahukah anda bahawa yang join group tu semua semata2 nak condemn group korang je? Tu pasal kuar abeh statement pasal lagi kaya dari CEO Petronas la... Entah apape lagi laa... Merepek2 kuar statement menghanjengkan korang... Tak sure la korang sedar ke tak... Hahaha...
Tapi ada jugak yang lurus bendul percaya mende2 yang merepek2 yang kawan2 aku PERLI bagai nak rak tu... Tolong la... C'mon laa... Bukak minda sikit...
Memang la sekarang zaman moden, bro... Tapi, mana ada jalan mudah nak dapat duit. Jalan paling2 mudah pun dengan cara tipu orang join MLM. Lepas tu semua orang benci kau. Nak ke macam tu? Benda2 melibatkan sistem piramid ni... Nampak je senang gila, tapi sebenarnya, bila kau join, pastu pikir balik, tanpa ada produk ko betul2 nak jual sebenarnya, takde maknanya orang nak ikut... Tambah plak kau dalam golongan kat bawah. Ulang suara, DI BAWAH.
Yang kaya dan makin kaya, yang atas2 kau je. Rugi beb! Balik2 kau jugak terkena... Malas dowh nak citer banyak2 camnih... Sebab aku sendiri tatau ape yang orang2 tamak nak cepat kaya ni fikir. Terang2 dah segala rezeki, semua2 tu takkan datang senang2 tanpa usaha...
Kalaupun kau nak backup diri sendiri cakap kau dah usaha, biar la logik sikit, bro... Ini setakat register something, lepas tu ko influence orang pulak ramai2. Yang ko boleh buli, teruk2 pulak kau paksa. Gila ape macam tu...
Ok la, cakap banyak tak guna la... Baik korang pegi ke LINK INI dan cuba renung2kan apa yang cuba disampaikan di sini...
4 comments:
aik, kata no entry till sunday?
^_^
aku pun tak sukaaaaaaaaaaaaa dengan MLM..tak suka. tak suka. tak suka. bleh putus kawan sapa-sapa yg paksa aku masuk MLM..
macam2 pasal MLM
haish
seriously MLM ni kaya untuk yg atas2. mintak2 takkan terpengaruh gn MLM ni. mintak simpang la.unless kite yang kt atas skali.harharhar
::Cik Qemm::
MLM ni ok untuk kita join kalau dia ada produk yang baik dan bagus untuk kita guna sehari2... tak pun jenis yang benda mahal2 tapi kita nak guna selalu, tapi dengan join MLM tu kita boleh dapat diskaun... better join MLM yang ada faedah untuk kita tak kira kita kat atas atau kat bawah...bila banyak faedah, tak la terasa sangat beban nak cari orang, silap2 orang plak minat nak join kita sebab tengok kelebihan kita dapat... tu baru betul tujuan MLM...
Post a Comment