Hari ini dalam sejarah.
Hari ini kali kedua aku jatuh motor.
Baru tadi...Beberapa minit yang lepas.
Ni sume gara2 printer la nih. Beriye aku bawak dier naik motor, letak kat depan. Sebabnye aku takde tali yang slalu orang wat ikat2 barang untuk letak blakang motor. Ye lah...Geram sangat sebab time2 aku nak pakai untuk print segala mak nenek project report dengan nota...Time tu la dier nak tunjuk rasa protes seolah2 aku tak sayang dier. Hampeh punye printer. Sudah la besar gabak. Elok kat selekoh belum kuar dari taman aku dah jatuh tergolek. Tapi skang aku dah terer elak2 untuk tidak mencacatkan kaki aku seperti mula2 jatuh motor dulu.
Tengok la printer ni wat2 innocent plak walaupun dier telah menyebabkan aku jatuh motor tadi. Tak pasal je dah kene hempuk ngan aku. Padan muka dia!!
Kali pertama aku jatuh motor, aku dapat lebam sebegini. Ni first day. Bila aku buat bodo tak sapu ubat rupanya lagi teruk bentuk lebam itu. Kali pertama aku jatuh motor adalah masa first time cuba motor itu untuk pegi isi minyak. Memang mangkuk orang yang acah2 aku sebab nampak pelekat L kat motor aku. Ye, aku masih lagi lesen L. Aku jadik kucar-kacir dan terus langgar mende ala2 kabinet kat tepi tong beso tempat pam minyak tu. Nasib baik la aku tak langgar tong tu terus. Mau meletup stesen minyak tu. Baru dengan aku2 skali jalan.
Nota untuk Kak Syima:
Sebab tu la saye antar sms tanye akak bile nak balik...Huhu...
Citer selanjutnya.
Ye aku akui semalam Fauzi ader taknak mintak tolong. Bukan ape...Aku telah dibuli secara langsung oleh beliau. Maklum la malam sebelum tu dier kene antar dan amik aku kat campus gara2 lecturer itu sesuka-hatinya nak buat kelas malam dari kul 9 malam dan habis kul 11.30 malam. Mujur jugak dier ader hati nak datang malam tu. Kalo tak mungkin sekali aku akan disorokkan oleh lembu2 atau kambing2 yang berkeliaran tengah malam itu. Hehe... Dan sebetulnye time balik tu hujan tengah lebat-selebat-lebatnye. Ok. Cukup. Aku dibuli untuk mengilatkan kasut dan pedang beliau sebab dier salah sorang "sword barrel" untuk kenduri kawen rakan beliau. Sape tatau sword barrel tu hape, sila pegi ke entry ini. Lihat gambar kedua dan ketiga yang di sebelah kiri. Atau Google jek. Ini pula gambar beliau sekiranya lengkap berpakaian untuk sesi itu. Sori takleh display secara terus. Aku tak snap gambar dier sebab aku tak ikut pun gi kenduri membe dier tuh. Gile ape nak aku kantoi dengan sume senior2 lama aku? Tak ready untuk expose diri kepade ex-skuad beliau mahupun ex-skuad aku.
+++Entry ini mempunyai gambar lain yang berselindung...Nak tengok gambar lain, sila cari link dan click saje, hokeee?+++
Nota lap kaki yang begitu panjang sekali:
Disebabkan sekarang aku tengah marah dan geram. Sila sedia maklum ape aku akan buat bila marah dan geram. Nak basuh baju...Tak cukup banyak lagi untuk disumbat dalam washing machine.
Kepada Kak Syima...Sila belanja saya KFC Melody Meal sebab baju2 akak yang dalam bakul itu telah saya lipat dengan jayanya. Saya nak belajar menabung dengan tabung yang ada bunyi2. Laman depan pun saye dah sapu. Fridge kat tempat ais2 tu pun dah clear. Takde kesan2 ais yang dah macam Kutub Utara sana lagi dah. Dan skang saya taip ini entry dengan agak gumbira sambil tengah layan citer "Yes Tuan" di TV3 serta makan twisties.
Moralnye, aku memang rajin tahap dewa 19 bila tengah marah atau geram.
Oh, ye...Esok jugak aku nak reccee cari menatang tali2 untuk ikat printer itu.
Sekian, terima kasih.
4 comments:
kena belanja?? aduh.. akak ni dh la cacat.. pendapatan pun berkurangan bulan ni... tak pe, nanti akak korek tabung...
eheheheh sukanya dgr... terima kasih la kerana melipat baju ku.. sekaligus war2 kan dalam blog.. mesti org kata.. syima ialah badak yg malas..
tunggu akak balik yer..
P/s: simpati kerana jatuh motor.. tp nak gelak sbb tak leh imagine camana as jatuh.. nanti buat ulang tayang k??
::kak syima::
war2kan pun kecik jek...
ok2...statement baru:
kak syima tak malas, cuma dier takde mase je...
ehehe...harap2 ader la yg bace komen ini.
ulang tayang? owh, tidak...seb baik la tadi time tergolek takde sorang pun orang yang tengah pegi kenduri tu perasan...kalo tak...malu la aiii~~!!
ololo...kesiannya dua jatuh..huhu
p/s :kak syima kena buat aslina marah selalu, nanti mesti bersih satu rumah haha
::cinta cukulet::
orang nak wat i marah?
lalala~~!!!
tak dapat laa...
i susah nak marah orang...tapi kalo bende remeh2 cam itu printer...laju je marah siap kene hempuk lagi...
Post a Comment