Malaysia di mata dunia.
Suatu ketika dahulu, kira2 berbelas tahun nan lepas...
Kita sume amat menggilai sukan "Bowling" di mana telah membawa skuad Malaysia jadik antara yang terhebat la dalam dunia. Time tu aku masih skolah lagi...Kot? Maka berlumba2 la budak2 kelas aku tulis biodata ahli sukan idola mereka adalah Shalin Zulkifli. Ramai gile nak jadik macam dier. Tibe2 bile dah naik skolah menengah, kat skolah aku pun ader tertubuh kelab baru, iaitu kelab bowling dengan harapan dapat melahirkan bakat2 seumpama Shalin di masa depan. Sukan ini penah mengharumkan nama negara kerana kehebatan pemain2 seperti Shalin.
Kemudian,kite sama sekali tak kenal atau tahu pun kewujudan sukan yang bernama "Skuasy" nih. Tapi dalam tempoh yang sama...Tibe2 je kite skali lagi jadi tumpuan dunia sebab Datuk Nicol Ann David telah berjaya menawan ranking nombor satu dunia kerana kehebatan beliau bermain skuasy dengan cemerlang. Secara tiba2 jugak ramai pulak classmate aku jadikan Nicol ni sebagai idola dorang. Owh, aku penah juga borak2 dengan Nicol ini ketika zaman skolah. Maklum la aku dulu agak gemar melepak isi masa lapang kat Convent Green Lane tu bile rase takde gunenye aku lepak lama2 kat skolah aku selepas aktiviti ko-kurikulum. Masa tu sumpah aku tak kenal dier sape. Aku kan peramah. Pas berbulan2 lepas tu aku bukak surat khabar bahagian sukan, tepuk dahi jugak la aku sebab rupanya aku pernah lepak2 sekejap ngan Nicol nih. Padan la pengetua skolah dier asik usya aku dari jauh macam la aku nak kidnap Datuk Nicol tu.
Tahun lepas...
Giliran "Badminton" pulak mengharumkan nama negara bila mana Datuk Lee Chong Wei pulak berjaya menawan ranking badminton nombor satu dunia setelah puas sukan badminton dikutuk teruk oleh mereka yang rase-bajet-pandai-sangat bermain-badminton. Tapi kali ni aku lebih bangga sebab jurulatih beliau adalah orang Malaysia juga...Hebat rupanya rakyat Malaysia ni.
Aku?
Aku bukan pengkritik sukan pun. Nak bersukan jauh sekali la. Last time aku betul2 bersukan pun masa kat ATMA jek. Itu pun sebab sukan tu wajib untuk keep fit. Gile ape tentera tak fit? Camne nak lawan penganas2 nanti? Tapi aku kan suke melawat blog2 mereka ini dan ini tentang pandangan mereka mengenai bola sepak negara. Sila baca entry2 mereka yang sebelum2 itu untuk mendapat gambaran yang lebih jelas lagi. Serius. Kenapa bola sepak?
Sebab...
Aku memang takleh blah dengan pasukan bola sepak Malaysia nih. Glemer dah cukup dah. Dressing dah macam Beckham. Rambut kena kaler2 dan cacak2. Tapi main bola? Bila la nak masuk world cup nih? Kalo bola ni boleh main secara solo, baru kite boleh kuarkan pemain2 terhebat agaknye. Agaknya la. Mungkin.
Dorang patut menonton Wonderpets untuk lebih menghayati erti kerjasama dalam pasukan.
Ape yang penting?
KERJAAAAAAASAMA!!!
Macam dorang nih. Hebat bukan?
Suka hatilah bile orang cakap isu ni dah basi.Aku tatau nak tulis apa. Lagipun satu hari ni, lepas balik dari test subjek Engineer & Society tengahari tadi, aku dah habiskan untuk baca entry mereka mengenai bola sepak Malaysia... Dan juga semalam aku ada baca Harian Metro online pasal Kementerian Belia dan Sukan nak bagi insentif kat Datuk Nicol tu. Aku jeles ok.
3 comments:
dulu saya main sukan kat sekolah dapat tuperware je hukhukhuk mana aci kan
akak pun nak tepuk dahi.. kerana kagum as pernah bersembang ngn nicol... (jakun sebentar bersama kitkat)...
hurm lebih baik support wonderpet dari support bola negara kita... huhuhu
::cinta cukulet::
tu la kan? paling2 busuk pun dapat hamper share 5 orang sepasukan bola tampar...sungguh tak patut...
::kak syima::
betul! betul! betul!
ape yang penting?
kerjaaaaasama!!!
Post a Comment