Sunday, March 15, 2009

PPSMI vs Nik Nor Madihah Nik Mohd Kamal

Aku wat entry ni ketika hujan renyai2 dan sambil menonton Buletin Utama di TV3. Kuar lagi berita tentang adik nih mengenai MARA tawarkan pembiayaan untuk dier belajar tanpa perlu isi borang mahupun temuduga. Sebenarnye berita ni dah kuar kat sini...Tapi sebab idea baru mari...Jadi aku pun taip la sesedap hati kat sini. Blog aku kan? Suke hati aku la nak tulis ape pun...Haha!!

Siapa Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal ni?

Sebelum ni takde sape pun kenal dier nih...Tapi sejak hari keputusan SPM diumumkan baru2 ni...Terus nama dier feymes di serata negara. Tak caya korang boleh Google nama dier...Banyak oww blog2 yang ucapkan tahniah kat dier. Sebagai warga negeri Kelantan, Harakah Daily pun turut memuatkan berita tentang kebijaksanaan adik nih. Dan mereka berasa bangga kerana beliau merupakan seorang pelajar sekolah agama. Huhuhu...

Apa kaitan dengan tajuk nih?

Okeh...Sila tarik nafas dalam2 sebab ape yang aku nak taip ni mungkin mengguris perasaan sesetengah orang...Ye la...Isu PPSMI ni bukan isu main2...Sejak aku bace entry sini dan sekaligus melawat ke sini untuk meninggalkan sedas komen yang begitu menyayat hati dan agak menghiris kalbu...Kepala aku tak sudah2 pikir pasal PPSMI nih.

So, sini aku nak list down beberapa fakta menarik untuk renungan semua pembaca blog aku. Huhu...First time ni aku rasa aku komen pada sesuatu benda yang serius...Ye, selama ni dalam blog aku banyak memain...
  • Adik Nik Nor Madihah bukanlah berasal dari keluarga yang hebat2 yang boleh hantar anak2 pegi tuisyen mahupun boleh bercakap bahasa Inggeris dengan begitu hebat skali. Tapi aku percaya, adik ni mampu menguasai 3 bahasa sebab dia belajar di sekolah agama. Aku tertanya2 juga kalau2 cikgu2 sekolah beliau MENGAJAR DAN MENGGUNAKAN BUKU TEKS ATAU MATERIAL UNTUK SUBJEK MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA MELAYU SEPENUHNYA?
  • Aku akui dier pintar berdasarkan statement dalam Berita Harian Online itu, tetapi mana datangnye kepintaran beliau kalo tak bersungguh2 menguasai sesuatu? Boleh korang explain kat aku sebab aku tak pintar seperti dier.
  • Beliau juga merupakan pelajar dalam era PPSMI...Rileks je score 20 A... Takkan la nak bagi alasan scoring untuk SPM sekarang semakin rendah...Come on la...Terima je la hakikat di mana ada kemahuan di situ ada jalan...Kan?
  • Aku percaya dalam banyak2 subjek yang beliau amik, mesti terselit subjek MATEMATIK, MATEMATIK TAMBAHAN, FIZIK, KIMIA, BIOLOGI dan lain2 yang BERTEMAKAN SAINS DAN MATEMATIK. Kalo tak...Mana datangnya 20A itu...Takkan semata2 pelajaran berasaskan apa yang dia belajar kat sekolah tu,kan? Takkan la banyak sangat subjek2 berkaitan agama yang Kementerian Pelajaran offer dalam SPM?
  • Aku juga yakin ayah beliau tak pernah amik pusing mengenai bantahan PPSMI sebab mesti ayah dier sibuk mencari rezeki untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga...Tengok saja la camne daifnye hidup dorang...Korang boleh klik sini untuk bace risalah tentang bantahan PPSMI ini dan boleh nilai senirik...[thanx n credit bebanyak kepade tuan punye blog ini sebab bagi link ke risalah itu...Ekeke... =p]
  • Lastly...Aku lupa la aku nak taip ape...Tapi yang pastinye beliau dah pun membuktikan bahawa beliau yang pure budak luar bandar pun mampu menggemparkan negara dengan pencapaian akademiknye yang hebat itu.
Haha...Cukup la kot aku taip kat sini...Nanti korang2 bosan pulak bace kan? Ni cuma pendapat aku jek...Maklum la...Pendapat aku ni belum tentu boleh diterima akal fikiran. Kadang2 kan pendapat aku melangkaui realiti...Korang kene paham tu...


P/S: Gambar ni aku cilok kat Harakah Daily. Aku cuma mampu tercengang je melihat betapa banyaknye list subjek yang dier amik...Huhu...

Aku publish entry ni elok je time Buletin Utama pun dah abeh...Phuh...Boleh tahan berkobar2 rupanya aku ni bila nak bercakap mengenai sesuatu...Haha!!

9 comments:

Zamri Hussin said...

Nik Nor Madihah is our voice of triumph.

Saya mahukan Nik Nor Madihah diselamatkan dari unsur politik.

Betul sungguh bidalan "di mana ada kemahuan di situ ada jalan".

Aslina said...

::thezealouszamrihussin::
itulah...sebenarnya adik nik ni dah membuktikan bahawa bahasa dan lokasi bukan la penghalang untuk dier berjaya...kalo dier boleh...kenapa orang lain tak boleh plak kan?

~Cinta Cukulet~ said...

saya pun kagum sama ini budak..beliau memang terer

lavidalabelle said...

mmg patut kita bangga dgn dia. melayu boleh melayu pun hebat juga.

dr segi bahasa ni, contoh negara jepun. mrk tak guna bahasa inggeris sbg bahasa utama tapi negara mereka tetap maju malah lebih moden dr segi teknologi.

wah, boleh tahan juga kamu ye bernada serius ;D

Aslina said...

::cinta cukulet::
hehe...jom sama2 kagum ngan dier...

::belle::
jepun pun rasanya sebelum dorang jadik otai...fosho rujukan dorang pun dalam bahase lain jugak kan? bile dah mantap baru gune bahasa senirik...huhu...lagipun ni baru PPSMI...baru 2 subjek dah kecoh...belum lagi bende lain yang lebih power...huhu...

paiseh said...

lain budak lain otak.
try tanya geng2 skolah dia.. susah x jawab pekse?

Aslina said...

::paiseh::
berdasarkan pengalaman gue...jawap peksa itu ibarat tunggu turn nak terjun gaung...huhuhu...nak2 plak time dah masuk exam hall...tibe2 blur...mampossss~~~!!!

Signorina Syima said...

elo..? usaha dan tawakal kena seiring... usaha saja tanpa berdoa dan beribadat kepada Allah tak memungkinkan dia utk mendapat 20A. rezeki budak itu.. malang nya dipolitikkan...

sampai bila la tu...

Aslina said...

::kak syima::
isu ni dipolitikkan pulak ke?
syusahhh...syussahhh...

pandai salah...bengap pun salah...