Thursday, March 19, 2009

Hiihhh~~~!! Tension Aku Tengok Cuaca Kat Luar

Heee...Tak paham aku...Asal hari Khamis jek...Nak plak bile kelas pagi Prof Shukor tu cancel...Pastu petangnye bile aku bersemangat waja nak pegi kelas Signal Prof Syed pulak...Cuaca kat luar mesti tak best. Siap kuar kilat, guruh, petir la bagai...Kadang2 bila aku malas nak pegi pun cuaca mesti jadik takleh blah camni. Pastu bile dah dekat2 time nak kuar umah je mesti cerah-terang-benderang balik. Tapi tu suma cuma waktu bila AKU MALAS NAK PEGI KELAS BELIAU. Macam mase teman Kak Syima injured itu hari.

Tapi harini aku rasa begitu rajin dan bersemangat nak pegi kelas. Tapi nampak gayanya cuaca takleh blah jek. Takpe. Kite tunggu sampai pukul 1 petang. Kelas kul 2 kang. Standard la aku pegi kul 1.25 petang. Maklum la sejak ader moto. Watpe nak pegi sampai setengah jam awal. Asal sampai 5-8 minit awal ke kelas sudah la. Ala Prof tu pun bukan pukul 2 tepat dia sampai. Sementara nak amik kunci kat ofis lagi...Nak gegas2 jalan nak sampai ke dewan kuliah lagi...Bese la orang tua...Kene jalan teratur sikit takleh lari2...Nanti jatuh tersungkur susah.

Tapi siyes la...Awan kat luar umah nampak semakin menyeramkan. Kang aku kuar umah tibe2 kene panah petir...Haha~~!!!

Hah!! Seram tak? Seram tak? Sila berasa seram. Kalo tak aku tembak kepala sorang2. Ni gambar jek. Takde sound effect guruh. Kalo tak mesti lagi takut. Tapi aku rasa kene pegi kelas jugak la. Huuu...Doakan keselamatan aku ye kawan2...
Post a Comment