Wednesday, July 22, 2009

Telepon

*****Julai 2009*****

Kali ni gile call pulak. Dengan sangat berhemah aku tekan button "answer" tapi tak cakap ape. Suara kat sebalik sana memang takleh blah. Bajet menggoda la. Takde makne aku nak cair. Pas fedap aku tak cakap apape, dier letak.

Lepas tu aku pun laju je taip SMS.

"Maaf, saya takleh jawap fon. Saya bisu"

2 nombor sebelum tu macam faham dan takmo kaco aku dah. Dalam hati dorang mesti syak, jadah la awek bajet kiut. Tapi bisu pulak. Tapi lagi sorang bleh call balik maki2 cakap aku perasan cun la, bajet orang nak ngorat la...Apehal? Aku tak maki dier pun. Aku cuma TIPU taip aku bisu.

Pastu aku SMS Azmi sebab aku confuse.


*****Hujung-hujung 1997*****

Dulu aku tak kenal pun enset tu apa. Abang aku mula2 pakai enset dalam family. Bila berbunyi je, aku pandang arwah mama, arwah mama pandang aku, aku pandang arwah bapak, dier buat tak tahu. Masa tu abang aku tengah mandi. Sume sebab aku suke gayut kat tepon. Sampai awek dier dulu2 nak call pun cam dapat tak dapat je...

Alaa...Tepon umah kan? Mungkin sebab aku suke gayut tak hengat dunia jugak la TM dapat idea wat macam2 plan skang. Tapi skang ni dah tak pandang dah semua tu. Lebih2 lagi time besday aku. Call free jek. Bersepah charger kat tepi sebab nak call gosip2 dengan Ila dengan Ana.


*****Hujung-hujung 2002*****

Cuma satu je. Dulu2 aku ade sorang adik angkat. Dier gayut tepon lagi hebat. Leh kata asal dier balik umah masa cuti skolah (time tu aku plak dah abeh SPM) hari2 dier call aku tengah2 malam, sampai subuh. Entah ape dier citer aku pun dah lupa. Nasib baik la dulu takde 3G. Kalo tak, mesti dier kecik hati tengok aku tertido tepi telefon.


*****Awal-awal 2003*****

Masa aku curi2 bawak enset masa foundation year kat ATMA dulu pun dier masih lagi camtu. Nak gayut ngan aku. So, rasanya ni la jawapannye kenape tiap2 pagi aku kelam-kabut time baris pagi.


*****Harini*****

Skarang dah jarang aku gayut tepon nih. Lebih suke SMS. Tapi SMS pun tengok keadaan jugak la. Takde la sampai tahap lupe makan-minum-tido. Atau asik topap tak berenti. Tak kisah la time ader yang special ke tak. Haha. Jangan kecik hati la. Siap enset tu pun asik kene baling2 je bile marah.


Aku selalu berangan nak bergayut dengan buah hati guna telefon ni. Tapi 2-2 impian tak tercapai. First, buah hati takde. Second, telefon ni pun tah mane2 muzium luar negara je ade display.

2 comments:

epalejau said...

musti lagi romantik kn gayut pakai tepon tu..

Aslina said...

::hadra::
sangat2 romantik...wakaka~~!!!