Saturday, July 4, 2009

Membaca Amalan Mulia

Membaca memang amalan mulia. Kerajaan pun sibuk buat kempen membaca. Contohnye iklan kat tv tuh. Semua jadi baik tiba2 membaca surat khabar dan buku cerita kanak2 dalam komuter. Walaupun membaca itu amalan mulia...Tapi boleh tak kalo jangan sibuk2 membaca majalah lama? Contohnya majalah yang kuar 4-5 tahun lepas?

Aku marah bukan apa. Dulu2 masa zaman2 kemurungan, sebab nak bagi aku hepi balik konon2, ada la makhluk mengada2 menghantar MMS gambar yang boleh tahan comel beserta nombor telefon kat satu majalah. 2-3 bulan lepas tu majalah itu pun kuarkan la MMS bedebah tu. Hasilnya dalam setahun tu aku lebih glemer dari Mawi.

Mangsa balingan apabila aku marah. Tapi masih kebal dan belum rosak.

Sekarang, yang aku rasa sakit hati dan sangat hangen satu badan adalah... Makhluk2 yang suka-suki hantar SMS konon2 nak berkenalan. Kalo siang2 takpe bai. Ini tengah malam/pagi2 buta. Pukul 3-4 pagi. Bila aku reply secara berhemah seperti dengan baik menyatakan bahawa pengirim sepatutnya berjumpa doktor untuk merawat imsonia, tapi dibalas balik dengan maki-hamun. Apa salah aku?

Bila aku tak mengaku itu aku pulak, kene maki jugak. Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia yang digembar-gemburkan sebagai bersopan dan mesra? Atau tak pernah ke pengirim2 tu fikir, setelah 4-5 tahun usia majalah tu, mana la tahu pemilik nombor terbabit dah kawen lalu tukar nombor telefon. Atau mungkin telefon beliau telah hilang. Atau paling tidak pun mungkin pemilik nombor telah berpindah ke lot 6 kaki bawah tanah?

Geram betul aku.

5 comments:

siti_z0wiah said...

skang kat e-t0y0l..dah heb0h.. t0y0l d0k curik hp...

*berhati2..mybe yg antar sms pg buta itu adalah .........


jeng...jeng...jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.muhaha!!

Aslina said...

::z0wie::
toyol pandai antar sms ke?

epalejau said...

pandai la tu kot..
siti da penah dapat..
kuikuikui..
siap jadik teman sms lagi tu..

ko abaikan ajela sms diorg tu as..
aku kalo dapat msj2 camtu,
aku booOoooolayan kan aje..
lama2 dia busan la tu..

Aslina said...

::hadra::
kalo setakat msg je memang la ley ignore...tapi pas antar msg, setiap 2 minit miskol...sape tahan beb...

memang ada la yang jadi mangsa balingan tu...

Aslina said...

::hadra::
kalo setakat msg je memang la ley ignore...tapi pas antar msg, setiap 2 minit miskol...sape tahan beb...

memang ada la yang jadi mangsa balingan tu...