Friday, July 3, 2009

Selongkar Album #1

Gambar grad kat MRSM masa form 5.


Aku dah lupa sape amik gambar ni dulu. Apa pun aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada tukang tangkap gambar ni sebab aku rasa sangat terharu bila dapat tahu rupanya aku masih mempunyai gambar memakai jubah graduasi dengan arwah mama dan arwah bapak aku.

Sungguh tak sangka sebab bila aku menjengah ke profile Frenster kawan2 yang dah grad, dorang sibuk2 jugak tayang gambar bersama2 dengan mak ngan ayah masing2 tanda bangga dorang dah grad. Abaikan juga gambar mereka bersama boifreng mereka sebab aku tak jeles langsung part tu. Cuma aku sikit terkilan sebab kedua2 insan yang paling aku sayang dalam gambar ni tak sempat tengok aku naik pentas amik scroll degree...

Tapi takpe lah. At least aku masih lagi punya abang aku dan kuarge beliau. Sama la jugak leh ganti tempat arwah. Selama ni pun ramai yang ingat aku ni anak sulung abang aku pun. Takpe la menumpang. Huhu...
Post a Comment