Saturday, July 4, 2009

Bela Kucing Lagi...

Pagi tadi Kak Syima cakap dia culik kucing ni dari umah sebelah. Betul ke tak umah sebelah yang punya aku pun tak pasti. Tapi agak selekeh jugak la kucing ni. Mula2 kami tatau nak bagi dia minum apa, sebab asik mengiau kelaparan, maka Kak Syima amik langkah drastik bancuh krimer Coffee Mate untuk kucing tu. Ingatkan tak minum. Rupanya laju je dier habiskan.

Lepas tu dia masuk dalam umah melawat bawah kabinet kasut tu untuk membalas jasa dengan membersihkan sawang2. Dah tu dier melilau2 cari port baek punye untuk tido. Lama juga dier tido. Maklum la, kanak2 sedang membesar memang memerlukan tido secukupnya. Bila dah jaga dier mengiau kelaparan. Nasib baik aku sempat kuar beli Whiskas yang dalam peket kecik2 tu untuk dier. Jenuh juga nak ajar dia ni makan. Bila dah pandai sikit, abeh licin dier kejekan.

Pastu dier cari port nak membuang pula. Cepat2 aku angkat kuar umah. Pastu aku tengok dier ni kencing pun tak pass lagi. Dah setel selamba dier masuk umah. Gile ape? Terus aku angkat dier pegi mandikan. Baru la wangi sikit. Skang dier kat luar. Aku tengah jemur.

Pas mandi dengan air+sabun, aku bagi sun-bathing pula.
Baik kan aku? Harap2 dia belum berani untuk lompat ke bawah...

Ada sapa2 nak bagi cadangan nama untuk dier?
Post a Comment