Wednesday, July 1, 2009

Hey Nasi Goreng~!!

Suatu malam yang damai lagi syahdu.

Ila, Ju, Ana, aku dan Baby berasa sangat lapar tahap tidak boleh diterima akal lagi. Ini semua gara2 aku la nak diet sangat. Bukan diet apa pun, cuma diet poket saja. Masing2 tinggal tak sampai 20 ringgit pun dalam wallet. Lalu tanpa membuang masa dan menghiraukan kekurangan duit dalam wallet, kami pun merancang untuk makan kat salah satu kedai makan yang murah lagi sedap dan semestinya dekat. Nanti jatuh pengsan sebab kelaparan dalam perjalanan...Sape nak angkat kami kan?

Sesampainye di kedai makan, kami pun dengan rakusnya membelek2 menu sambil menghafal makanan yang berkenan di hati. TV masa tu terpasang cerita dokumentari mengenai UFO. Aku je la leka sikit tengok UFO tu. Pastu kene tunggu plak budak nak amik order ni. Ntah kenapa slow sangat. Padahal bukan ramai pun customer. Dalam pada tu aku pun sibuk2 la buat ulasan pasal UFO kat dorang nih.

Dekat 10 minit hafal menu tu, datang la tukang amik order tu. Mula2 mesti la order air dulu kan. Uihhh...Dia punya dahaga...Tak hengat beb...Pastu order makan...Dia dah tanya semua orang dah. ni tinggal turn Ila.


"Akak ni plak nak makan apa?"


Dengan muka confident lagi tak bersalah sambil pegang menu...


"Nasi goreng UFO satu ye dik."


Budak tu buat muka blur. Aku tak perasan lagi. Ana dah terbahak2 dah gelak. Baby ngan Ju tengah cover2 nak gelak.


"Apa dia kak?"


Budak tu tanya skali lagi. Muka memang blur abeh dan mungkin tak jelas kot. Aku dah menyirap sebab aku rasa budak tu macam buat2 tak dengar.


"Nasi goreng UFO satu!"


Kata Ila dengan nada sikit kuat bercampur bengang. Aku dah tepuk dahi sebab aku baru perasan ape yang Ila sebut. Ana, Ju ngan Baby takyah citer la...Dah bersembur2 gelak... Aku pun tergelak jugak pastu. Dengan berair mata tahan gelak, aku pun cakap...


"Ila...Nak nasi goreng UFO takde dalam list la...Nasi goreng USA ada la...Thehehe..."


Ila tengok aku dengan muka blur...


"Ila cakap nasi goreng UFO ke tadi?"



Ini adalah rupe2 nasi goreng USA yang aku Google tadi. Kredit to sape tah...Sebab tak tunjuk pun site ape. Kat flickr kot. Aku rembat saja.
.
.
.
.
.
.

Camne la rupa nasi goreng UFO kan?

Moral of the story: Wahai tokey kedai makan sekalian, jangan sesekali bukak dokumentari pasal UFO pada pelanggan. Nanti dorang salah order pula.
Post a Comment