Sunday, July 5, 2009

Syukur Ku Sedar

Aku pernah dengar bahawa bila seorang anak perempuan yang dah baligh, belum berkahwin, dosanya ditanggung oleh ayahnya. Betul ke? Teresak2 jugak aku menangis semalam bila fikir hal ni. Tapi tadi bila aku Google dan aku jumpe satu site nih. At least sikit buat aku rasa lega.

Boleh TEKAN SINI. Kredit to Koleksi Soal Jawab Agama di Wordpress.

Sekarang baru aku faham. Bukan segala dosa anak perempuan terbabit. Rupanya dosa jika,
  1. Cuai dan mengabaikan didikan dan nafkah terhadap anak2.
  2. Untuk anak perempuan yang dah baligh plak, si ayah tu bertanggungjawab ke atas keselamatan, nafkah dan jagaan sebelum anaknya bernikah. Camtu jugak dengan isteri dia... Dosa jika tak membimbing dengan betul.
Dan dosa2 sendiri lepas dah mumaiyiz tu, sendiri la tanggung tak kira la lelaki atau perempuan,kan? Kalo dosa anak perempuan tu diluar kawalan dan pengetahuan ayah sedangkan ayahnya dah mendidiknya dengan baik, makanya dosanya sendiri tanggung la kan? Kalo tak, takde la Rasulullah S.A.W bersabda begini,

"Aku telah meninjau syurga dan aku dapati kebanyakan penghuninya ialah kaum miskin, dan aku juga meninjau neraka dan aku dapati kebanyakannya penghuninya ialah kaum wanita ."

Diriwayatkan oleh al-Bukhari.


Masalahnya sekarang aku rasa nak menangis lagi sebab aku tak pasti kedua-dua arwah ampunkan dan halalkan segala makan minum aku atau tak. Aku terkilan, rasa bersalah dan sedih sebab tak sempat nak mintak ampun yang sebetul2nye ampun sebelum pemergian mereka. Aku rasa selama ni pun aku salam memain je. Raya lagi lah.

Aku terfikir aku nak berubah. Mungkin menjadi yang lebih baik. Mustahil la mendadak. Tapi sekurang2nya buat kedua-dua arwah rasa tak sia2 melahirkan aku dan juga membesarkan aku selama ni. Aku rasa dulu aku kuat je nak hadapi semua ni. Bila dah tiba2 confuse macam ni, rasa goyah jugak. Air mata ni laju je turun tanpa bley disekat2.

Aku rasa macam nak menangis lagi. Biarlah. Sekurangnya aku sedar aku ni perempuan.

No comments: