Tuesday, July 28, 2009

Rare Tak Lepak Depan Stesen Bas Camni?

Aku sampai Penang awal gila...Kul 4.15 pagi dah sampai. Abeh kat semua orang aku inform aku dah sampai. Ni kes teruja sebab ader kredit la nih (bukan macam Si Pipi tu. SMS pun nak balas kat blog). Skang aku nak kecoh2 kat blog plak. Selalu aku nanti naik lepak2 kat atas Stesen Bas Sungai Nibong tu hah. Tapi dah sebab ngangkut kotak yang segitu besar, lepak kat depan pagar je la. Tak larat aku nak naik turun tangga bawak natang alah ni. Nampak dari luaran je konon printer. Tapi petai pun ada dalam ni tau. Aku harap petai dalam ni tak berwarna-warni kot2 ink tertumpah mase driver bas speeding.

Terima la gambar 'rare' dari aku untuk tatapan korang. Bateri laptop tinggal 51% je nih. Sebab awal2 lupe nak setting Power Plan to Power Saver. Huhu. Mati la nak tunggu sampai kul 7 pagi nih untuk abang aku datang pikap aku kat sini.

Rare kan? Korang brani wat camni?

Ramai jugak pandang pelik aku kat sini. Maklum la duduk bersimpuh baeekk punya. Jangan memain. Semenjak-dua menjak ni aku dah lebih ke arah 'Pompuan Melayu Terakhir' apsal tah. Tapi aku syak sejak pakai baju kurung masa presentation haritu.

Rare betul perubahan aku. Harap2 tahun depan aku masuk campus balik, takde la makhluk nak bahan aku atas sebab2 pertukaran yang tak brape nak disengajakan nih. Mark pun takde nak bahan2 aku...Waaa~~

4 comments:

zan-xray said...

err..mana gambarnya..takde pun.

aslina said...

::zan-xray::
gambar sape cek oii? gambar aku duduk bersimpuh ke? sori la...tak rela aku nak kasik tah sape2 tolong tangkap gambar aku tu hah...kang dier larikan enset aku ke...mau meraung aku...

Signorina Syima said...

gambar petai mana??

as.. kenapa bertukar... jd ayu plak... dh dapat boifren yer??? heheheh

aslina said...

::kak syima::
petai dalam kotak.
ayu pe bendenye...nanti next year banyak kene present2 secara formal...tu kene bertukar dari awal tu...huhu...sedih kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...