Wah! Semalam aku tak usik pun blog ni. Semalam pun aku tatau aku buat ape. Tapi rasa2 semalam aku isi mase lapang dengan belek2 semua social network aku. Semua sihat-sejahtera. Lebih2 lagi Fesbuk. Banyak pulak la kuiz best2 dan sesi kutuk-komen dari kawan2 aku. Huhu.
Sume2 tu dari yang aku kenal. So, tak kisah sangat. Tapi ada satu social network nih... Memang aku takleh blah. Sini ramai sangat orang yang aku tak kenal suke-suki add aku, pastu plak ramai plak warga2 tua. Tagged la. Bangsa asing pun ramai. Tatau knape aku tak la berkenan sangat ngan Tagged ni. Tapi tak penah pulak nak delete.
Kat sini ramaaaaaiii sangat orang2 yang aku tak kenal add aku, pastu orang2 yang tak kenal jugak tag aku la, antar komen la, komen gambar la...Segala2 banyak yang aku tak kenal dari kenal. Kat sini jugak aku merasa sangat pelik sebab kebanyakkan nak berkenalan dengan aku, asal antar mesej je, mesti nak ayat yang sama...
"Hai awak, muka awak ni sama la macam ex saya...Saya nak berkenalan dengan lebey rapat dengan awak, boleh? Kalo boleh, takmo la kawan2 biasa je..."
Hohoho...Sengal... Kalo sorang je takpe la. Ni beramai2. Entah berapa ramai pulak awek dorang same muke ngan aku. Pulak tu ex. Adoiii... Bukan aku memilih yang ensem2 je, tapi sila la paham perasaan confuse aku... Ko dah clash dengan ex ko, dah tentu la sikit sebanyak ko tak suke dengan orang yang muke cam ex ko...Lebih2 lagi kalo ko dalam golongan sederhana... Pastu plak ex ko tu dump ko untuk orang yang lebih hensem...Mesti ko dah benci sikit2 dengan ex ko kan?
Memang la aku pun takde la cun sangat...Sederhana jugak... Tapi ingat aku nih umah kebajikan ke suke2 nak tekel aku jadik awek korang? Aku bukan tak layan. Tapi buat mase skang... Aku memang tak hingin langsung la kata nak kapel2. Tah. Bukan juge bermaksud aku dah tukar orientation. Tak minat. Setakat nak kawan2 bese tu boleh la.
Ke, dorang ni rindu lagi dengan ex dorang? Atau memang nak cari awek2 yang sweet jek untuk dijadikan awek? Ataupun saja buat2 cerita untuk aku bersimpati? Huhuhh...Orang jenis kejam macam aku mana reti nak simpati2 nih. Simpati pade kucing2 yang terbiar tepi jalan boleh laa...Ko nak aku simpati kat orang pasal hati ngan perasaan, sila simpan cita2 agung itu. Aku tak layan la drama2 ni sume... Nampak je aku nih macam baik... Tapi kalo bab2 camni, sila jangan cari aku. Aku bukan jenis jiwang2 punye orang.
Sesekali nak jugak aku tengok dalam inbox tu ayat seperti, "Muke awak sama la cam nenek saya zaman muda2 dulu..." Tu orait la jugak. At least dier tak benci nenek dier. Haha.
Dah, ape aku bebel nih? Korang paham, paham laa...Tak paham, abaikan... Tengah2 lapar, memang suke membebel...
7 comments:
eheh.. macam tau2 je. sy pun nak kata muka awak macammmmmm....:p
kat sosial network tu sy cuma tau Tagged je.Sila la kutuk sy huhu
Kalau muka cam bini dia... sure dia ajak jadik bini lagi satu kan. hahahaaa
::zan-xray::
haha...macam pe?
::rezan::
kalo cam bini dier...confirm gile la tuh nak kantoi ngan bini tua dier...haha...silap2 leh salah panggil name kalo kawen senyap2 ngan aku....wakaka~~
rasa mcm kenai...hehhe hehhe :P
hehe...nak juga jawapanyer...
sama mcm orang kata kat awak la..
"macam x bekas tunang tak jadi saya" huahua.
dah la bekas tak jadi lak tu, musykil tul.
(jgn salah tafsiran lak)
::13 may::
salah orang kot...
::zan-xray::
x bekas tunang tak jadi. ape yang terjadi sebenarnye? haha...
dah muka ko mcm ex diroang apa nak buat!! aku suspect part lubang hidung kut hahaha...
lolz susah lah buat top post tu!! maleh den
Post a Comment