Wednesday, July 1, 2009

Kadang2 Aku Rasa Tak Percaya Tentang Kematian

Jangan fikir aku murtad ke ape.
Serious aku tak main2 dalam hal ni.
Mengingati mati itu perkara harus.

Tapi bila dah orang2 yang rapat dengan aku meninggalkan aku dalam masa terdekat, aku rasa betul2 macam dipermainkan. Bukan sebab clash dengan pakwe or what so ever. Tapi ditinggalkan secara hakiki dan selamanya. Aku tahu hidup ni bukannya untuk selamanya. Aku cuba nak terima hakikat, faham dan mengerti takdir Allah. Cuma aku sikit confuse. Sebab kadang2 aku suka imagine orang cakap aku merepek. Atau saja buat2 cerita. Tapi inilah kenyataan.

Sebenarnya tadi, 5 minit sebelum masuknya hari baru ni, abang aku call. Dia cakap adik arwah bapak aku meninggal. Dier tengah gegas nak pegi hospital. Betul. Benda ni bukan main2. Tapi kenapa mesti dalam tempoh tak sampai setahun, sebulan pun tak sampai...Aku sangat terasa. Adik bapak aku itu adalah Mak Ngah aku. Che Teh. Aku pun kurang pasti dia sakit apa. Memang mengejut dan tiba2. Setelah 8 hari pemergian bapak aku.

Jangan banyak komplen kenapa entry aku berunsurkan kematian. Aku sendiri pun tengah terkejut lagi ni. Takziah buat keluarga Mak Ngah aku. Nampaknya aku kena kuatkan mental supaya aku ingat siapa yang telah tiada.

Al-Fatihah.
Post a Comment