Friday, July 31, 2009

Rumahku Oh, Rumahku Part 2

Rumah aku dah dekat 50% siap dibaiki. Pastu plak aku pun dah tukar port. Takde dah nak bersantai2 kat luar umah atas kusyen sambil ngadap Pangsapuri Seri Intan depan umah. Bukan ade apape yang best pun. Nak skodeng orang jauh skali. Semua tinggal situ dah tua. Haha.

Ni keadaan umah aku skang. Rasanya Ahad ni siap la semua tampalan2 dan sesi mengecat dalam umah aku nih. Melihatkan gambar kat bawah ni... Ader sape2 tak volunteer nak tolong aku dengan family abang aku kemas umah?

Harus la gambar sekecik alam aku letak pasal sepah gila!

Bawah ni plak port aku melepak. Hari2 sebelum ni dan harini. Tapi harini best lagi kot. Leh golek2. Rase2 mesti korang leh pikap kan knape kusyen kat luar dalam gambar kiri tu banyak yang hilang kan? Ader nasi lemak siap kat port baru gambar kanan tu. Aku baru nak sarapan tadi ni ha...








p/s: Hijau kan umah aku?
Post a Comment