Monday, May 30, 2011

Random #67

Huarghhhh................

Bestnye sambung baring-baring sebelum esok-lusa-tulat-tunggeng. Mintak-mintak la semuanya ok. Amin :D

Baru rase letih bawak moto dari Penang-Kuala Selangor. Baru terasa. Sebab terasa malas tibe-tibe nak pegi Shah Alam esok. Dan pegi KL. Buat apa? Huh. Biasa lah.

Kalo takkkkkkkk elioookkkkk jugaaaakkkkk...

Kite bako je FK tu.

Sunday, May 29, 2011

Tinggi Dan Berat.

Sebab aku terasa amat la bosan pade harini maka orang nak berkenalan secara online pun aku layan je. Paling best dia tanya soklan pasal tinggi dengan berat aku. Pehal zaman skang nak berkenalan kene nyatakan tinggi dengan berat neh??

Q: Ko tinggi tak?

A: Sori, beb. Aku jenis tak suka meninggi diri.

Q: Berat?

A: Pherghhh... Berat mata memandang ouh. Aku jenis berat tulang sikit. Heh.

Amacam. Relevan tak jawapan aku? Memang akan ada unsur-unsur reject yang dahsyat laa dari orang yang sibuk nak berkenalan tu. Tu laa... Sapa suruh tanya kan... Aku jawap je... Paling jujur nih. Ikhlas dari hati yang suci. Phergh ayat..

Kalo kat klinik/hospital time medical check-up buat perangai macam ni, confirm staff nurse paling garang dah tendang aku masuk dalam tong sampah besar belakang klinik/hospital. Heh.

Saturday, May 28, 2011

Jom Kenduri!!

Musim cuti skolah datang lagi...

Musim kenduri kawen pun datang lagi...

Yesss!!! Inilah masenye untuk reunion dengan kawan-kawan waktu kenduri kawan yang lain. Kebetulan plak cuti skolah kali ni ramai yang tengah dalam cuti-cuti Malaysia lepas abes kursus... Apa lagi kan... Baik gunekan peluang seadanya berkumpul beramai-ramai. Tambah plak dengan kawan-kawan skolah rendah yang dah dekat 13 tahun tak jumpe.

Hehehe... Ntah, katanya la plan untuk jumpe balik semorang yang terbaek adalah time kenduri membe-membe waktu cuti skolah je.

Ok. Bersedialah saya dengan soalan yang paling tanak dengar dalam dunia sejak akhir-akhir ini. :P

Boleh refer ke sini untuk jawapan mantap-mantap kalau anda juga mengalami masalah sama macam saya. Keh keh keh :D

Thursday, May 26, 2011

Aku & Penguin

Aku belek-belek blog aku ni baru aku perasan. Aku ada bela seko penguin kat sidebar dengan aku punya header pun ade gambar penguin.

Hehe. Aku memang peminat penguin. Boleh kata citer-citer katun yang ada penguin tak kira la untuk kanak-kanak saja ke memang aku belasah je tengok sekali. Paling aku suka tu Pingu la. Dulu-dulu masa tv3 tayang katun tu pepagi pukul 8.00 pagi, aku siap berebut remote dengan anak buah aku sebab nak tengok Pingu punye pasal. Dorang dah tentu la nak tengok Disney Channel la, Nickelodeon la...

Bagi aku penguin ni comel, adorable, dan suka tempat sejuk. Lebih kurang macam aku la. Aku pun suka tempat sejuk apa. Baru la aku aktif sikit wat keje. Cuba letak aku kat tempat panas. Tak sampai 3 saat aku dah tertido. Haha. Cuma bab comel dan adorable tu takde kaitan sikit ngan aku. Aku biasa-biasa je. Atau mengikut arwah atok aku sebelah ayah, dia cakap aku la cucu dia paling tak lawa skali. Cucu-cucu dia yang lain semua lawa-lawa.

Yang lawa-lawa tu plak dah tentu hot market dan kawen awal. Huhu. Dats wai la aku single lagi. Haha. Cuma 2-3 hari lepas bekas-bekas jiran kampung aku dulu bleh plak kuarkan soklan cepu mas tanya bila nak kawen. Huhuhh... Dah aku buat-buat pandang tempat lain ade plak yang bukak citer pasal budak kampung aku dulu yang juge maseh single. Hah? Alaaa... Takyah nak gosip sangat buleh? Bukan aku tak suka, tapi dah dulu dier la antara manusia yang rajin samakan aku dengan penguin.

Wey... Dulu masa zaman-zaman aku skolah dulu, aku tatau apasal aku jadi ala-ala kekok untuk mencari identiti sendiri melalui gaya jalan. Sudahnya ramai dok bahan aku jalan macam penguin. Hoh. Dulu aku ala-ala gangster gila kot. Jalan pun sikit lagi nak iras gaya samseng. So, arwah mak pun tego laa... Cube bawak-bawak sopan sikit jalan... Maka tu la jadinye. Dengan konon nak control nye.

Haishhh... Penguin... Penguin...

Skang aku dah normal la. Aku rasa la. Jalan pun tak terabur dah. Maklum laa... Dulu setahun dok kene kawad. So, jalan pun boleh laa... Acceptable la lagi. Nak kata tahap buleh buat cat walk tu melampau la kan... Flora tengok aku jalan pun dia pitam.

Hahahaha...

Eh, lama takde citer pasal Flora kan? Takpe. Next week aku balik Kuala Selangor, nanti aku interview dia habes-habesan. Kesian anak dia 2 ekor tu hilang. Orang kidnap kot aku rasa. Dia kan seekor ibu kucing yang lemah-lembik... Tinggal seko yang seiras rupa dia tu.

Wednesday, May 25, 2011

Phergh. Andrenalin Aku... Pherghhhh!!!!

Sejak arwah ayah aku takde kan, sejak pompuan tu tanak kawan dengan aku dah kan... Dah lama kot aku tak jejak Balik Pulau. Mau dekat 2 tahun lebih. Takde point pun nak pegi sana. Dulu je la ikut pompuan tu pegi detim. Cover baek nye kan untuk back up kalau-kalau mak dia call... Huhuhh...

Abang aku baru teringat cukai tanah blom bayar. Dia suh aku pegi bayarkan memandangkan aku ada masa lapang yang kemain la lapang selapang tanah lapang semenjak bergelar penganggur ni. So, dalam kecut-kecut teringat jalan pegi ke Balik Pulau yang amat horror tu, maka bersungguh laa aku buat macam-macam alasan kat abang aku. Bayar online boleh laa... Apa laa... Tapi tak dilayan. Sob sob sob...

Dia suruh aku ikut Jalan Paya Terubong tu. Ok la sikit kan dari bukit lama tu, jalan yang ikut Teluk Bahang tu... Lagi horror. Dulu dengan minah tu aku penah pegi ikut Teluk Bahang. Sudahnya balik umah, 2 hari aku demam siap pakej muntah-muntah. Jalan super dahsyat kot. Dah la dengan dier pun naik moto. Lagi nak lalu jalan lingkar-lingkar. Memang kuar isi perut la jawapnye.

Aku ni jalan yang aku tak biasa lalu memang habit bawak moto slow ya ampun sampai keta belakang mesti dah potong aku tak pun kalo lane sebelah ada lori sibuk lalu-lalu mesti aku kene hon punya lah! Tambah plak dengan berbukit, jalan jenis layan korner orang kata... Cuak la padahal rempit. Siap ada uncle bawak moto roda 3 pun bleh slambe potong aku tanpe rase bersalah. Keta apa tah lagi laa kan... Hehehe.

Naik bukit je la cungap sikit bawak moto... Turun jeee... Weheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...!!! Kata ja had laju 60. Tengok kat meter moto aku dah dekat 100. Hahahahaa... Memang waw-waw-weee punye feeling andrenalin. Urusan aku bayo cukai tanah tu tak sampai 5 minit pun. Aku sampai je, tekan nombor, terus nombor aku kene panggil. Haha. Best tak?

Pastu nak balik plak, teringin nak tengok apa jadi dengan bukit lama tu. Dulu lalu siap ada flyover ntah dari mana ntah. Tak siap lagi. Sekali kali ni aku lalu pun blom siap-siap lagi. Sepanjang aku lalu kat bukit lama tu, aku prefer lagi lalu Paya Terubong tu. Sebab jalan jadi kecik untuk tujuan pembaik-pulih, pastu dengan bas buat drift lagi, lori pasir, phergh. Tapi awek-awek Balik Pulau bawak moto hebakkk ahh... Valentino Rossi tengok buleh nangis wooo... Memang setakat korner sikit lagi nak cecah lutut tu rileks-rileks la depa buat... Hahahaa... Aku je tak biasa ngan laluan situ kan. Tunggu la aku dah terer... Jangan kata cecah lutut, cecah helmet pun aku buat....

Balik tu story sikit ngan abang aku. Dia pun tak berani da nak lalu bukit lama tu selagi jalan tak siap. Tapi aku tanya sorang membe aku budak sana, dia rileks je dengan penuh bongkak cakap,

"Hari-hari dok ulang-alik pi keja aku ikut bukit lama laa... Layan korner. Tapi terer pun kene jaga jugak kang ter-drift bawah bas... Haa... Sapa nak sembang dengan hang macam la ni..."

Hehehe...

Balik Pulau ni best pun aku rasa sebab durian dengan laksa pokok janggus tu. Aku lalu ikut jalan Paya Terubong tu kan awal-awal tadi, hidung dok kembang-kempis kot-kot feeling-feeling sedut bau durian. Dah la ngan sejuk... Sekali rupanya tokong cina punya colok. Bau kemain macam durian. Tapi rasanya memang ada pun durian-durian kat atas pokok kat belah tepi bukit-bukit tu... Ohh... Nak makan duriannn...

Tunggu pasar malam je la. Kejadahnye aku nak ke Balik Pulau untuk durian. Lain la ada yang nak bagi free..... Ah, tapi sanggup aku pegi menapak ke pasar malam jugak pegi beli nyeee... Mintak-mintak la tak kene pegi Balik Pulau lagi dah secara solo macam harini. Next year punya cukai tanah.... Siapppppp... Aku suruh setel online jeeeeeeeee....
!

P/s: Btol ke kat Balik Pulau tu pun ade citer "legend" apek naik moto roda 3 pastu ilang camtu je? Cuak plak la membe aku citer tadi kan... Padahal yang potong aku memula tu pun naik moto roda 3 jugak. Wuwuwuwuu...

P/s2: Jangan ade plak tetibe tolong doakan jodoh aku dari situ. Pukul kang!

Tuesday, May 24, 2011

Leceh.

Dah confirm keje tu, dier suruh bawak sekali kalau dah ada EPF & Socso, dan jugak akaun Maybank. Rasa macam dulu pernah je ada EPF ni. Tapi tak pernah nak check atau update pun. Sebab sebelum further study pernah keje dekat Focus Point lepas kene tendang tu.

Cari-cari balik. Dah jumpa. Tapi duit tu terapung sebenarnya, boley?

Semua sebab no. kad pengenalan masa tu tak match dengan kad pengenalan yang ada pada diri sendiri masa tu.

Terus teringat kes 4 semester loan PTPTN tak masuk masa diploma dulu. Siap kene warning dengan bursar sebab tak mampu bayar yuran. Haduiii...

Takleh jadi ni. Esok lepas bayar cukai tanah, terus pegi check ngan clarify semua up-to-date ikut ic sekarang. Tu la kan. Gatal sangat join tentera dulu. Dah masalah ic. Dekat setahun lebih pulak tu sebenarnya baru dapat balik mykad sekarang ni.

Benda ni 7-8 tahun lepas. Tapi takde kepentingan nak betulkan maka terbiar. Nasib baik dokumen semua ada lagi. Pasal ic ni tak boleh buat ringan ouh.

Kat fesbuk selambe je aku mengaku aku dari Lambok. Haha. Malas nak explain dekat orang yang tatau cerita. Tapi sibuk letak status konon tengah dalam mission nak setelkan hal 7-8 tahun lepas. Sekali dengan check ic. Just in case la kan walaupun sekarang ni apa pun boleh setel online. Tapi, mana la tau tempat kerja baru tu nak jugak documentation kan...

Takpe. Kita buat je.

Monday, May 23, 2011

Kecewa.

*Warning-Entry ini panjang. Khas untuk sayang saya*

Kadang-kadang kita terpaksa melepaskan sesuatu yang dah berzaman kita rancang untuk kebaikan bersama. Perit memang la perit. Kecewa tak tahu nak campak ke mana. Dalam hati mengamuk-ngamuk meronta-ronta tuduh orang lain tak paham jiwa muda kita. Nak pulak kalo peluang tu datang sekali je seumur hidup.

Hep.

Jangan suka buat kesimpulan senirik dong................

Bukan aku kecewa bercinta ke atau apa yang aku harapkan tu tak dapat sangat-sangat..............

Tapi cousin aku ni hah. Merangkap adik aku sebab aku takde adik kandung. Kesian fanatik sangat dengan Super Junior. Katanya SuJu tu datang ke himpunan belia Malaysia kat Putrajaya sempena hari belia. Dia la sibuk-sibuk nak pegi sangat. Punya la rancang kan.

Sekali.........

Osmet aku di Kuala Selangor tu balik kampung. Sugar mummy pulak pegi outstation. Aku pulak takde transport sendiri. harapan tinggi menggunung pada kenderaan awam. Lepas tu harapan tinggi juga agar aku tak kene kuar duit untuk dorang sama ada dari segi tambang atau makan-minum sebab ketika perjalanan dorang dirancang, aku masih lagi bergelar penganggur. Dia pulak student lagi. Baru form 4. Siap nak bawak kawan teman. Dah nama bawak teman, apa gila aku nak support 2 orang kalo dorang tak cukup duit? Aku pun sengkek dan punca aku pegi sana pun nak setel tesis. Duit aku bawak pun paling minimum untuk setelkan semua perkara termasuk makan-minum.

Mak dia pun risau jugak nak lepaskan dia naik bas dengan kawan dia tu. Back up plan pulak, kalo tak boleh berteman, dengan mak dia sekali datang. Bila mak dia datang sekali, macam mana aku nak bawak budak-budak ni rasa pengalaman ala-ala explorace? Kau paham-paham je la orang tua mana nak larat jalan. Kang manjang tahan teksi suruh hantar. Kang duit banyak bazir ke teksi kang aku pulak kene bebel sebab duduk jauh-jauh sangat. Kan? Taknak la aku macam tu...

Tapi masalah tempat penginapan tu jauh la. Aku suruh turun Klang atau Pudu. Tapi nanti aku jugak pegi menjemput dengan bas awam. Paham-paham saja la 2 lokasi ni. Dia perempuan, teman dia pun perempuan. Sepanjang aku hang out dengan dorang untuk jogging, tak penah aku tengok dorang acting normal. Camne korang tengok budak-budak skolah dekat fesbuk, macam tu la dorang........... Tak pernah kenal kad atm. Tengok mesin atm pun menggelabah ayam. Nak pegi konsert punye pasal. Dah tentu vogue. Dah tentu la akan bawak duit banyak. Tak pernah keluar dari Penang bersendirian.

Sementara aku nak sampai sana menjemput??

Aku risau beb. Aku lain. Dulu sejak form 1 aku dah belajar berdikari. Kat mana nak sorok duit. Kat mana kena buat muka ketat. Kat mana tak payah layan orang. Sepanjang masa langsi abes. Memang gangster. Walaupun sebelum tu kemain orang gelar "anak mak".

So, lupakan saja la Super Junior awak tu ye, sayang..........

Plus aku tak paham la budak-budak sekarang. Kalo dah fanatik gila tu sanggup berhabis duit beli segala CD ori la, hosting fanpage kat fesbuk la, beli poster besar pintu, nak pegi konsert la. In the end? Bukan artis tu kenal dorang pun. Aku sendiri terkejut beb dia tunjuk kat aku kirim dari kawan kat KL katanya. Koleksi dia. Berhabis RM100++ untuk semua tu. Bila bab bayar yuran skolah manjang je citer kat aku family susah cekgu tak paham.............................


*************

Sayangggggggggg.........................................

Dah awak mampu beli semua tu, why not awak simpan saje duit-duit awak plan nak ke konsert yang memang la namanya FREE, tapi ingat, kos nak pegi sana, makan minum, kalo saya tak jaga awak, nanti mak awak bising. Kalau mak awak ikut pulak, dia mesti komplen kenapa penginapan sangat jauh dan perjalanan sangat memenatkan. Saya pernah rasa, saya tahu.

Sayang, awak tahu tak kalo arwah ayah saya masih hidup, kalau dia jumpa koleksi mahal awak tu mesti sehari-semalam dia bebel tak berhenti siap ugut nak bakar je koleksi tu kalau awak tak perform bagus-bagus dalam akademik. Kalau arwah mak saya ada pulak mesti dia nangis-nangis bagi tazkirah pengorbanan mak ayah awak bagi duit belanja pegi skolah untuk pastikan perut awak kenyang waktu rehat lalu cerdas dalam kelas sampai waktu balik dan semua ilmu awak dapat tu, tak payah pegi tuisyen atau beli skim Score A pun awak boleh jadi pelajar terbaik seluruh negara. Tapi awak ikat perut simpan duit belanja sekolah tu semata-mata untuk beli topap, beli poster semua dan ikuuuuuuuuuuut sangat trend dalam majalah yang dorang paparkan budak tu sejak sekolah lagi ada koleksi begini. Dia lain, sayang. Mak dia kerja hebat, ayah dia kerja hebat. Duit bagi dorang macam air. Mengalir sentiasa.

Tak cukup, nah... Hambik... Tapi awak bukan macam tu kan sayang? Memang la tak semua koleksi awak tu datangnya daripada duit mak ayah bagi. Saya juga tahu awak rajin cari duit sendiri masa cuti semester sekolah.... Tapi apa kata duit-duit awak tu laburkan la ke arah benda yang nampak hala tuju masa depan awak. Saya pun pernah jugak remaja. Pernah jugak rasa nak ada koleksi apa-kejadah-apa-apa-pun-belasah.... Tapi tak pernah ada sebab saya kedekut. Selalu jugak claim komik-komik abang saya tu sebagai koleksi saya. Lagipun dia tak boleh nak cakap apa sebab dia sayang saya sebab saya adik dia.

Nanti saya dah kerja, dah mampu, baru saya nak start koleksi saya sendiri. Itu pun kena la tunggu bila saya ada rumah sendiri. Nak tau saya nak kumpul apa buat koleksi?

Mana boleh bagitau. Rahsia.

Sebab saya pun belum lagi pikir nak kumpul apa.

Dah, dah....

Dari melalut lebih-lebih lagi baik stop. Hehe.

Ailebiu.

XoXo,

Cousin awak yang kurang ketinggian tapi terlebih prihatin terhadap masa depan awak.

Sunday, May 22, 2011

Memilih?

Macam susah je nak cari keje sekarang. Mintak kat kilang-kilang, apply dekat Jobstreet tu, tunggu kene panggil balik dari tempat abang aku keje tu, rata-rata semua nak pengalaman.

Kalo takde pengalaman paling first macam mana nak dapatkan pengalaman lain-lain kan?

Oleh itu, apa saja yang datang dulu, first come, first dah janji, sebat je selagi boleh atas tiket cari pengalaman. Bukan lama pun setahun je. Keje dalam opis pulak tu. 5 hari seminggu. 7-8 jam je sehari. Ada shift kalo betul-betul sibuk kene siapkan projek segera. Gaji? Apa ada hal la ngan gaji. Aku nak buat apa sangat pun dengan duit tu? Wat belanja sikit, simpan sikit, pastu bayar PTPTN sikit. Kalo kita start bayar dan bayar takkan kene blacklist kan? Takut plak aku baca pasal blacklist tu. Dah la loan diploma + degree aku boleh buat beli sebijik rumah low cost.......

Sebenarnya aku tak clear la pasal PTPTN sebenarnye. Aku try guna loan calculator dorang. Sudahnye aku yang pening. Ada sapa-sapa baik hati nak explain tak.......
  • apa benda pinjaman tanpa kos?? Siap specific untuk budak jurusan sains (aku jurusan sains)
  • kalo bayar balik, kita boleh pilih antara kadar progressif atau kadar rata ke tidak atau semua dah kene bayar dalam bentuk kadar rata??
  • aku kan diploma dengan degree sekali, so kalo jumlahkan semua tu, then aku generate jadual pembayaran secara sesuka hati, so, aku kene ikut jadual yang aku buat tu ke atau tunggu surat arahan pembayaran balik dan ikut jadual dorang?
Eh, kenapa aku macam excited gila nak bayar balik duit PTPTN ni??

Thursday, May 19, 2011

Random #67

Eh, tak abes lagi ke isu budak mencarut kat orang pakai tudung agak urban tu? Budak tu macam familiar je. Macam batch sikit senior kepade membe-membe TESL aku dulu je. Biar la dier... Malas jugak aku nak amik port pasal tu. Kubur masing-masing ye tak? Tah-tah jap lagi tertido ke lalu terus tertido selama-lamanya kan sape tau kan.....

Tapi tabik ah komen dia 600++ lebih kot. Dahsyat... Dahsyat... *geleng-geleng kepala*

Nama dia sedap ah. Harap lepas ni peribadi dier lebih "sedap" sesedap nama dia. :D

Selongkar Album #5

Lama haih tak buat edisi selongkar album. Haha...

Kali ni gambar yang terpilih adalahhhhhhhhhhhhhh.........................


Haaa... Mana nak cari dah bas kilang camni skang??

Dulu depan umah lama aku adalah port parking bas kilang. Gambar ni memang lama dari edisi selongkar album yang ini. Masa dalam gambar tu orang-orang JKR dah modified longkang depan umah aku.

Oh ye. Longkang depan tu jugak laa aku penah jatuh kat dalam tu. Bau diaaaa... Phehhhhhhhhhhh...!!! Seminggu kau bau dia tak hilang... Nasib baik la masa tu cuti skolah (tadika je pun. Kecoh lebih). Hazab jugak la duduk umah dok mandi bunga la bagai. Terbahek lahhh.... Bahahaha...

Aku merasa mandi bunga sejak tadika okeyyy... Hahaha...

Wednesday, May 18, 2011

Hujan........

Selalu sangat hujan semenjak-dua-tiga menjak ni... Bila dah selalu hujan mood malas pun laju je datang menguasai diri...

Dah la ade sikit kemalasan. Lepas tu plak tatau kenapa asal hujan je mesti nak rasa sedih-sedih. Haish....



Tapi best uu tengok hujan-hujan yang turun ni. Layan je. Kalo dapat mandi hujan lagi best. Tapi tak sesuai la sebab time-time camni ramai plak dah ade kat umah. Jiran-jiran pun ade. Dorang ni cuti wesak sampai seminggu ke?

Haritu ade la sebab dapat mandi hujan walaupun tengah demam. Hehe.

Terime Kaseh Daun Keladi, Rajin-Rajin, Follow La Lagi...

Hahaha... Lagi 2 orang nak bagi cukup 200. Blog jenis tak berapa suka nak bersosial macam aku pun ade jugak orang sudi follow kan... Terime kaseh, terime kaseh....

P/s: Tengah discover camne nak remove bende yang dulu aku add, tapi skang macam dah tak guna sangat pun... Adeiii... Macam serabut je blog nih....

Tuesday, May 17, 2011

Dorang Ni Da Kenape??

Dah banyak sangat masa lapang dekat umah ni maka salah satu aktiviti adalah belek-belek dan jugak stalk fesbuk kawan-kawan yang tak kena delete. Ye lah, nak jadi stalker tegar dekat orang yang aku macam tak puas hati tu dah pegi delete pulak kan??

Dalam stalk-stalk tu aku ingatkan orang yang bajet cantek je kemain lagi perasan bahawa beliau dah gemuk bila sekali timbang naik 0.005kg. Sekali rupanya termasuk dengan kawan-kawan pun komen panggil dia hoi-hoi gemuk. Padahal beliau tu takde la gemuk sangat... Biasa je tengok badan dia. Lebih kurang macam ni...


Lebih kurang lahhhhhhhhhhh... Aku mana pandai nak lukis orang kurus-kurus nih... Ni pun aku rasa dah tahap bini popeye dahhh... Cuma versi muslimah sikit kan... Memang dah lebih kurang pipih macam papan pun... Tapi still orang cakap-cakap dia gemuk... 

So camne kalo aku yang stendet-stendet gamba kat bawah ni???


Nak kira camne ni? Ke kira gemuk jugak? Gemuk kuasa dua ke? Apa ke???

Wah kau gambar tanak kalah tu pose macam model slimming world plus bontot nak lentik macam J.Lo. Wahahahaa...

Tapi masalahnye takde sape pun bising aku gemuk. Ke terpaksa sedarkan diri sendiri je? Dalam kawan-kawan awek kurus dalam gamba first tu ada jugak yang macam ni, tapi takde sape pun nak tegur dia. Ke orang macam ni kurang peramah bersama peminat?

Gamba-gamba takde copyright tu. Sape nak amik laaa... Takde hal, tapi jangan coba-coba nak mengaku lukis plak. Penat aku bukak kolourpaint selama 10 minit untuk lukis orang macam ni....

Ke aku sorang je yang butthurt lebih-lebih ni? Bahahahaha...

Monday, May 16, 2011

Sebenarnye Takde Mende Nak Story

Hahahaa...

Macam best kan tajuk???

Yeahh... Lately ni hidup aku sangat la takde ape yang menarik untuk diceritakan kat sini. Memang bukak blog ni semata-mata untuk tengok reading list kat dashboard je. Nak bukak tengok camne rupe bentuk blog sendiri pun rase macam malasnye laaa...

Siap ada satu hari masa blogger.com takleh bukak tu, aku berjaya cipta rekod tido selama 17 jam. Haha. Punya la bosan sampai tatau nak buat apa. Bangun mamai-mamai, tampar-tampar pipi sikit, pastu solat. Pastu sambung tido balik. Makan ntah ke mana. Kemudian bila sepupu sms cakap dia free untuk pegi swimming pool atas umah dia, atau untuk pegi jogging, baru laa kuar umah beraktiviti sikit.

Tapi yang peliknye walaupun dok berkurung dalam umah sambil-sambil surf internet bukak fesbuk main CSI ngan Cityville, sambil-sambil antar-antar resume kat mana-mana company yang ada keje kosong hasil carian kat jobstreet, tapi kulit tak jugak putih gebu. HAHAHA.

Cuma skang ni aku lebih prefer berenang-renang kat swimming pool. Lepas tu baru discover diri sendiri boleh berenang. Itu pun kalo air lebih paras leher la. Kalo setakat paras pinggang, lebam jugak lutut asik terkena dasar je. Maklum laa... Aku ni spesis batu jugak... Cuma kalo air lebih dalam dari ketinggian aku ni, ada la jugak rasa nak terapung-apung tu.

Nanti nak ada umah sendiri yang ada swimming pool la. Best tu berenang-renang... Rileks je... Abes ilang semua tekanan :P

Lali Owww Kene Cop- Cop Ni...

Cop = bagi gelaran kat seseorang. Hihi :D

Masa aku kecik-kecik zaman-zaman skolah dulu, takde kawan, suka terperap kat rumah dan berkawan baik dengan tv, ada kawan-kawan cuma kat skolah, nakal sorang-sorang, suka baca buku cerita la hapa... Orang cop aku "anak mak" sebab dunia aku kat umah je malas nak kuar gi mana-mana...

Masa skolah plak aku bukan la kaki study sangat, tapi alhamdulillah la dapat keputusan baik-baik, kawan-kawan tak ramai, suka buat hal sendiri, sesekali aktif dalam kelas, kadang-kadang muka aku je wakil skolah dalam apape bende akademik masa skolah rendah...Dah kene cop plak "berlagak pandai".

Masa time-time aku abes skolah dulu... Lepas tu ada laa kan sibuk sikit kenal orang lalu kapel la sangat konon-konon lalu aku tak pasal-pasal di cop "gatal".

Lepas aku clash dan bukan main malas lagi nak serius dengan sapa-sapa sebab pulun fokus pada study la sangat... Time ni la orang sibuk-sibuk tanya apsal takde boifren? Tak pasal-pasal aku kene cop "tak laku" plak...

Skang kalo aku bukak topik kawen ke apa ke, atau saje-saje sembang-sembang kosong, dan saje buat-buat survey tanye pasal kursus kawen ke, pasal belanja macam-macam pasal kawen ke, walaupun aku sendiri single... Tak pasal-pasal jugak aku kene cop "sangap". Pejadah celah mane sangap padahal aku mana ada citer lucah pun... Haishhh...

Skang aku nganggur. Korang nak cop ape plak??

Bahahahaha...

Saturday, May 14, 2011

Random #66

Mana pegi entry aku buat semalam???

ARGHHHHHHHHHHH~~!!!

Dahsyat betul blogger update ni, kebanyakkan blog-blog letak entry baru semua ilang. Termasuk la aku. Ada recover tak mende-mende ni semua nanti?

Wednesday, May 11, 2011

Random #65

Kenapa jugak kalo dekat fesbuk, orang tukar relationship status dari single kepada "in relationship" kemain laju lagi ramai-ramai orang pakat-pakat like siap ucap tahniah lagi padahal yang tukar status tu plak baru jejak skolah menengah?? Yang tukar status "married" yang betul-betul punya married siap dengan kenduri semua takde sape pun nak like. Ok. Selalu aku sorang je yang like.

Ada apa dengan "in relationship" ni wey? Aku pernah la cuba dulu. Ramai jugak la lepas tu kemain lagi ucap tahniah. Pe motif ntah. Padahal aku memain je masa tu. Saja test. Rupanya ramai suka tengok couple-couple ni lebih dari yang dah sah kan? Hihi...

Monday, May 9, 2011

Random #64

Jangan tatau plak hari ibu semalam aku pun sambut sekali. Ye laa... Title mak sedara kepada 3 orang anak sedara. Pastu wish-wish jugak untuk semua mak angkat. Konon mau list dalam twitter. Tapi tak muat plak.

Baru aku tau kemain ramai mak angkat aku rupanya. Heh. Sempat celebrate sorang. Pegi makan-makan kat Padang Broom, Penang. Aku menyelit je ikut sebenarnye. Heh. 

Mak mentua je blom ade.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Hari ibu sebenarnye bile? Aku belasah je la post time ni... Tengok macam ramai sangat post pasal hari ibu nih...

Dulu masa kecik-kecik, aku langsung tak pernah nak amik kisah pasal hari ibu ni... Memang langsung tak amik peduli la. Yang paling takleh blah, hari ibu pun biasa aku buat macam biasa-biasa. Takde apape sambutan atau saje-saje buat arwah mak aku rase dihargai. Abes kuat aku merajuk tanak makan nasik sebab takde kacang botol goreng tu ada laa...

Ish ish ishhh... Memang takleh blah kan perangai??

Lepas tu masa aku skolah menengah kot, cikgu seni aku kemain lagi semangat suruh kitorang buat hasil seni tak kira jenis apa pun sempena hari ibu. Memang la aku ni terer melukis dan agak kreatif masa tu sebab selain duit arwah bagi untuk pegi skolah, sumber kewangan aku yang lain adalah buat kad cantik-cantik dan jual kat kawan-kawan. Memang best masa tu modal tak banyak mana tapi kawan-kawan kemain sanggup lagi bayar sebab aku buat kad untuk dorang :D

So, ada la aku buat kolaj. Tapi mana tah pegi dah hilang. Maklum la pindah umah, lagipun dah lama kot... Berbelas tahun pun. Mesti la hilang. Tambah plak jenis tak amik peduli macam aku ni kan...

So, dari situ aku alert pasal hari ibu ni. Tetiap tahun la konon-konon buat kad cantik-cantik untuk mak aku. Tapi biasanya dia gelak-gelak je tanya aku balik nak buat apa dengan kad ni? Besdey dapat kad, hari ibu dapat kad, hari merdeka dapat kad, ntah hapa-hapa hari pun aku asik pulun bagi kad je. Kalo bagi jajan kot boleh jugak makan. Hehe. Comel je aku rasa mak aku komplen.

Lepas tu gigih laa kan malu kene komplen asik bagi kad je... Maka aku pun mulakan langkah buat sesuatu yang istimewa. Wahahahahaha... Yaaaa... Memasak. Bukan setakat masak air ngan goreng telur goreng atau buat megi je tau?? Lebih spesel dari itu.

Masak kuayteow goreng ala-ala campak-campak nama dia. Haha. Aku pun tatau nak bagi nama apa kan... Memang best la kot sebab mak aku siap tambah 5 kali. Phergh. Bukan senang beb. Dah la aku goreng style macam kat pasar malam tu. Bukan buat banyak-banyak secara pukal. Takpa la janji dia hepi. Kenyang kan senang hati :D

Hehee... Senyum aku sorang-sorang bile teringat balik pasal arwah mak ni.

Tapi skang ni semua tinggal kenangan je. Dah 8 tahun aku layan hari ibu dengan lagu "Untukmu Ibu" nyanyian Exists tu. Selalu jugak nangis sampai tertido dengar lagu tu bila layan perasaan. Cuba jugak untuk jadi kuat tiap kali dengar lagu tu tapi takleh. Mungkin sebab aku rapat sangat dengan arwah kot.

Walaupun aku ada ramai kuarge angkat yang sudi add aku jadik family member dorang yang dah memang sedia ramai, tapi tetap tak sama ngan arwah. Ye lahhh... Orang lain dah time besar-besar masuk skolah menengah dekat-dekat nak abes SPM mana rapat sangat dengan mak ayah dorang. Kadang-kadang tu aku tengok ada yang kecik-kecik lagi pun dah pandai melawan cakap mak ayah.

Ish ish ishhh...

Aku ni nakal-nakal aku pun, walaupun kene denda mengarut-ngarut dulu pun, tapi aku rasa makin aku membesar, makin aku rapat dengan mak ayah. Haha. Siap dengan pengalaman kene perli dalam surau mase kuliah maghrib lagi. Dah siap makan pun mak suapkan... Depan orang ramai plak tu. Haha. Bukan sakit ke hapa. Saja mengada-ngada. Eleeehhh... Tukang perli tu jeles lettewwww...

Diam tak diam dah 3 tahun arwah takde kat muka bumi ni. Sebelum tu dia sakit 5 tahun... Kesian... Rindu plak ngan dier. Korang tau tak dah 8 tahun jugak la aku tak makan kari ketam, pajeri nanas, dan jugak kacang botol goreng. 3-3 menu tu kalo dia yang masak memang superb sampai kalo kata gajah lalu lalang dan nak terpijak aku sipi-sipi pun aku tak sedar ouh. Nak masak sendiri tak feeling plak makan sorang-sorang... Huhuhhh...

Haishh... Melayan kenangan je la kan sambil feeling-feeling dengar lagu tu. Sedih betul. Tapi mengada-ngada layan jugak kan...

Korang sempena hari ibu ni buat ape untuk mak korang?

P/s: Aku dah post da aritu... Tuko tarikh je la sebab aku macam malas nak wat entry baru. Hahah... Ape da punye perangai...

Saturday, May 7, 2011

Swimming Pool

Oleh sebab gigih nak teruskan perjuangan usaha untuk kurus atas sebab kesihatan yang lately ni cepat mengah kalo naik tangga disamping ingin menjimatkan kos membeli pakaian baru kerana baju yang lama-lama yang masih elok boleh di kitar semula ni maka aku dengan sepupu yang merangkap adik aku tu telah bersepakat untuk buat physical training tiap-tiap hari.

Hiperbola sangat intro kan?? Semput-semput aku sendiri membacanya... =..="

Tapi takkan nak pegi taman berjogging atau guna alatan ala-ala gym kat padang tu kan... Mesti nak jugak aktiviti yang best... Maka, tambah laa satu aktiviti baru iaitu berenang. Kebetulan umah yang family dia duduk tu skang ni ada swimming pool kat tingkat atas. Tingkat 35 kot... Huhuh... Kemain tinggi umah beliau tu kan...

Layan je la scenery swimming pool kat umah dia ni... Sorry la gamba kami takde sebab sini kene pakai swimming suit... Tak best la kan tunjuk gamba pakai swimming suit. Lain la kalo pakai tupis. Eh.

Feeling-feeling Sunway Lagoon habaq angg... 


Luas weh. Aku yang tak batak tengok swimming pool ni nak ukur ke sana-sini berenang pun mengah

Santek kan kawasan?? Memang best gila la buat macam harta sendiri sebab weekdays tak ramai nak naik mandi-manda kat sini... Fatin cakap weekend je ramai. Tapi maybe tak seramai kat PISA laa... PISA? Tatau? Penang International Sports Arena :D. Situ pun ada swimming pool untuk public jugak. Kalo rakyat Penang tatau berenang susah jugak la... Penang kan kecik. Makin hari makin ramai umat dalam Penang, nanti tenggelam senang. Eh. Terlebih plak.

Sepupu aku ni dier takde blog, kalo ada pun aku tak amik tau kot sebab dia confirm manjang je update pasal Super Junior, tapi nak jugak suh mention nama dia kat sini. :D

Kire kredit la kan pasal angkut aku pegi swimming pool ni... Hehe... Bukan senang tau... Lot owner bleh bawak 2 visitor je ngan dorang... Huhuu...

Sesape yang minat gile dengan K-Pop singer Super Junior tu bleh la add dia kat fesbuk... Fatin Fazlina :)

P/s: Motif update tengah-tengah malam???

Friday, May 6, 2011

Random #63

Dah lepas 8 tahun kenal style hi hi bye bye, harini baru tau dia ada kembar. Dah la nama pun tak penah nak amik tau. Apa pelik benar awak ni Aslina..........................

Patut laa ada masa kita kemain la sengih-sengih lambai-lambai dia bleh buat bodo macam tak kenal kita...

Thursday, May 5, 2011

Oh Henset Ku...

Semalam akibat kebosanan yang amat sangat kat dalam umah, tak pegi mana-mana dan asik menambahkan kapasiti lemak dalam badan je akibat terperuk dalam umah, maka aku telah mengambil tindakan untuk kuar pegi tengok wayang.

Hambik kau tengok citer SERU. Bleh tahan jugak laa citer ni... Cuma pening-pening sikit sebab banyak sangat kamera pusing ke sana sini. Seolah-olah macam kamera tu kita. Tapi, sebab kita statik dan tak segelabah dorang dalam citer ni maka memang bleh buat kita pening. Memang gaya amatur jugak la style rakaman tu.

Paling best skali dalam cinema tu mula-mula aku ingat aku dah sorang-sorang je kat dalam tu. Ye la, tak nampak sape pun masuk. Pastu lampu pun dari awal tak bukak. Tak sure la lampu rosak ke apa... Tapi sampai abes citer pun tak bukak-bukak. Rosak laa tu... Dalam 5 minit lepas citer mula baru laa ada 4-5 orang masuk. Total yang tengok citer ni adalah cuma 6 orang termasuk aku. Oh, ye cousin aku pun datang lepas 10 minit citer start. Aku paksa dier datang sebab mula-mula aku ingat aku sorang kat dalam ni. Bahaya kot. Takut kene rogol ke bunuh dalam ni kang takde sape sedar. =..="

Abes citer aku pegi laa cari ink printer... Sambil-sambil usya henset yang jenis ada 2 simkad. Abang aku skang mengamalkan style kalo call semua sesama kitorang haruslah menggunakan nombor family je. Kemudian pegi kepsi. Lama kot tak makan kepsi padahal duduk Kuala Selangor tu macam la selalu sangat makan kepsi. Depan mata kan, rasa macam selalu la pegi. Padahal lalu lalang laju-laju je... Kemain lagi order nugget sampai 12 ketol. Dengan chicken chop. Yeee... Takkan aku nak makan sorang manakala cousin aku hanye tengok kan... Mesti laa nugget tu dia punya... =..=

Tapi nugget kene tunggu plak kan... Lepas dekat separuh chicken chop aku melantak baru nugget sampai. Bukan sampai terus ke meja aku... Dia siap pending lagi dekat tempat tray. Aku dah cuak da... Apa plak singgah tempat tray ni... Bukannya dah abes makan pun... Lama sikit baru sampai ke meja kitorang... Lalu apa lagi, harus la melantak dengan begitu gembira sekali kan... Tetibe...

Cousin aku perasan ada kertas terselit kat hujung kotak nugget tu. Bukak-bukak, kitorang tengok ade tulis no meja dengan bende ape dorang kasik...

Tapi siap extra terselit tulisan "POOH" dan jugak no. tepon. Hahahaha...

Aku la yang pakai sweater Pooh tu. Laaa haiii... Ada jugak lagi kan style bagi no fon senyap-senyap camni kan?? Aku sakan kot gelak tapi masih bertata-susila lagi laa kan... Yang cousin aku dah sengih-sengih dah... Bahahahaha... Sumpah tak caya kot orang nak main tinggal-tinggal no.fon kat aku ni ha... Padahal bukan la comel mana aku ni... Tapi aku ignore je. Buat tak reti dan tak peduli. :P

Tak amik pun no.fon tu. Biar je. Terus makan dengan gembira macam takde apape yang berlaku. Patut laa brader yang antar nugget tu macam suka lalu-lalang tepi meja aku... Bahahahaha...

Lepas tu pegi la toilet. Sebelum balik kan... Buang sikit apape yang patut... Sambil dalam toilet tu sibuk SMS abang aku bagitau aku balik lambat sikit la ape semua, tanya nak pakai moto aku ke tidak... Then enset tu letak laa dalam poket sweater Pooh tu...

Sekaliiii.......

Masa aku tunduk nak betulkan kaki sluar...

PLUP!!

Enset aku melompat masuk dalam lobang jamban....

Huwaaaa...

Nasib baik la lobang jamban tu bukan jenis straight ke bawah macam toilet kat wing satu lagi tu... Kalo tak memang meraung laa aku kan enset bersemadi dalam lobang jamban... Punya la panic, terus amik lepas tu bukak pili air langsung cuci-cuci sikit enset dengan air biasa. Masa tu enset dah macam nazak-nazak sikit dah... Dah rupa tanak on dah... Huuu... Lalu bukak semua bende yang bleh dibuka secara manual lalu berlari-lari la mencari kedai enset suh dia bagi dry cepat-cepat.

Nasib baik laa tak jadi apape. Tu laa... Survey-survey lagi henset baru... Start la merajuk enset ni sampai nak lompat-lompat terjun dalam lobang jamban. Nasib baik la lobang tu L-shape. Kalo straight ke bawah, da nangis da aku... Jatuh plak elok-elok je flush dah abes. Kalo tak mesti hanyut sama. Oh, tak dapat nak bayangkan. =..=

Ke sebab brader kepsi tu ada tulah. Kene sumpahan beliau sebab memperkotak-katikkan no.fon beliau beri?? Hahahaha... :P

Tapi kalo jatuh terus mesti aku dah ada henset baru kan???

Harap-harap laa ok sampai nanti aku dapat keje, beli je enset lain. :D

P/s: Takde gambar sebab masa nak snap gambar nota tu, bateri macam dah kong. Tapi lepas jatuh tu, orang tu keringkan dengan bateri skali sebab takut short-circuit, terus full balik. Haha.

P/s/s: Nak pegi berjogging dengan cousin aku ni. Bye. Nak cuba kurangkan berat badan sampai sebelum raya ni. Doa-doakan kitorang berjaya :D

Perlu Ke Camni?


Perlu ke sluar tulis camni?? Letak laa corak bunga-bunga ke... Apa ke... Huhuhh... Mengikut si pemakai sluar ni, sluar ni dibeli kat pusat pakaian Hari-Hari...

Aku bukan konservatif sangat, tapi at least kalo nak tunjuk ala-ala ISLAMIC pun, bleh tak letak bende lain dekat kaki sluar tu? Salam, Islam... Iskkk...

PHAILLL~~!!!

Wednesday, May 4, 2011

Semua Ni Rasional Belaka.

Ce citer ce citer...

Kan elok je berterus-terang dari senyap tak tentu pasal... Ye tak? Maka aku pun slambe la assume jalan cerita yang macam ni.

Kau ada masalah, kau citer. Aku ada masalah, aku citer. Tapi bila kau ada masalah kau senyap, ko rase bile aku ade masalah, aku nak ke citer? Kita bukan kawan baik pun. Tetibe je dulu ko menyemak dalam hidup aku kan... Tetibe je jadik center of attention dalam idup aku kan... Siap ngan jaminan ko nak jadi kawan baik sampai bile-bile... Tibe-tibe ko ilang.

Cheh. Ko dengan Osama Laden tu tak banyak beza la.

Muncul tiba-tiba. Hilang tiba-tiba. Orang semua sibuk cari. Tup-tup dah pun meninggal. Kena head shot. Eh. Aku tau ko hidup lagi. Kalo tak, takkan aku gigih pau simkad orang siap buat-buat salah hantar SMS. Tau pun kau balas. Tandanya hidup lagi la tu.

Aku tau ko pernah cakap ko tanak menyusahkan orang. Ye. Aku pun tanak menyusahkan orang jugak. Tapi agak-agak la ko cakap kawan baik sampai mati. Kalo bukan kawan baik, takde makna la aku nak amik kisah pasal ko. Kalo kawan bese-bese, kau mampos pun aku apa peduli sangat... Nama pun kawan bese... Bila da cakap kawan baik ni harus la amik berat lebih sikit. Kawan baik aku pun ada berapa je dalam dunia nih. 5 orang pun tak sampai. Dah la siap citer panjang lebar pasal awek kau. Time tu punya la mengadu kan...

Aku rasa mungkin skang ko hilang sebab awek kau dah insaf kot. Kalo tak insaf pun mungkin mak dier pakse ko kawen ngan dier ke. Ye la, kata kapel bagai nak rak sampai 7-8 tahun. Tibe-tibe ko senang-senang je blah tinggal anak dia, mak mana tak bengang kan? Ko cakap dier curang ngan ko, siap ko citer macam-macam lagi pasal dia. Heh. Memang aku dengar je la ape ko citer. Sambil bagi nasihat berapi sikit-sikit. Bila pikir-pikir balik, tak sangka betul aku kalo laki nak burukkan orang, kaw-kaw dia bagi macam dia saje betul. Siap bagi bukti keylogger lagi. Phergh. Buta IT jugak awek ko kan. Percaya sangat dengan ko sampai format laptop ke apa pun rileks je bagi kat ko. Adeh. Benak.

Aku pun beringat jugak, kalo ko boleh cerita macam tu pasal awek ko dekat aku, tak mustahil kalo aku jadi awek ko, ko nak ayat awek baru, macam-macam pulak ko pulun mende citer pasal aku. Padahal jumpa pun tak penah. Setakat cakap dalam phone. Pastu ada la 2-3 kali tengok rupa dalam webcam... Lagi nak claim kawan baik sebabnye aku bagi no fon abang aku. Helloooooo... Semua kawan-kawan aku pun ada no. fon abang aku laaa... Bukan special sangat pun... =..="

Bodoh jugak aku sekejap sebab caye ko kan. Lepas tu bleh plak ko ngaku ko sayang aku semua. Eh. Senangnya? Aku pun kemain lagi senang macam kene sawan je caye. Tapi tak kisah la sebab masa tulis ni aku memang tahap rasional abes da pikir balik pasal kau. Ewah. Aku leh kata kategori licik jugak sebab buat ko sanggup cerita macam-macam dekat aku masa ko claim kita lagi 1/2 inci lagi nak kapel. Walaupun busy, tapi aku layankan saje sebab hasilnye bile aku bosan, ada orang nak layan aku YM, calling-calling la pejadah. Kata student macam aku ni kan kemain banyak masa lapang. Haha.

Mula-mula memang laa aku takleh nak terima hakikat ko senyap camtu je lepas buat janji macam-macam ngan aku. Mula-mula janji-janji kawan baik. Lepas tu janji-janji konon bajet kapel. Nasib baik bila pikir-pikir balik aku cuma rugi duit pos RM3.50 je sebab pos dvd Ubuntu yang aku burn. Lepas tu calling, aku call waktu maxis baik hati bagi call minutes free je. SMS plak aku tak kecik hati pun kalo tak reply sebab aku sent 1 sen je. Banyak yang rugi kau la kot. Pasal aku kemain lagi suka memanjangkan perbualan walaupun merepek, tapi bila orang call aku harus la amik kesempatan. Betul tak? Hehe.

Aku meroyan sekejap haritu sebab aku sentap la orang mungkir janji ni... Lepas tu plak banyak plak masa aku dari 24 jam sehari ko dah curi semata-mata untuk buktikan ko tak macam ex-ex aku yang lain tu. Padahal sama je kot. Dorang pun penah je buat benda yang sama. Kalo boleh sampai pukul berapa aku ke jamban pun nak amik tau kan. Heh. Dan aku sentap sebab nak teruskan rutin harian seperti biasa agak terganggu sebab takde gangguan macam selalu dari kau. Lepas tu henset aku yang sejak dari dulu sunyi sepi sebab kegunaan dier adalah untuk dengar mp3 bertambah-tambah la sunyi sepi sejak ko senyap... Tambah plak aku dah balik Penang, sapa lagi dah nak SMS aku... Abang aku pun depan mata. Celah mana nak SMS dia lagi?? Kalo duduk jejauh tu mungkin la aku takde kau, takde pakwe langsung pun aku tak heran sebab abang aku rajin SMS aku. Tak salah kot layan abang kandung sendiri SMS dari orang yang takde kaitan ngan aku macam ko. Ye tak?

Dah laa... Nah amik ni lagu aku bagi kat kau. Sempena sambutan sebulan kau menghilangkan diri.






Apa kataku kini semua telah terbukti
Tak bererti cintamu lagi saat ini

Itulah yang kau mahu
Hingga meninggalkan aku
Pedih yang kurasai
Hilang belum pun berganti

Apa yang kau ingini
Sudah pun aku penuhi
Mengasihimu tanpa ada keraguanku

Kau campakkan jauh cintaku
Kau balaskan pahit hempedu
Gejolak hati menghiris kesetiaan

Telah kuduga pedih ini menikam dada
Keikhlasan kasihku akan dipersenda

Tak mungkin kau dugai
Apa yang kuharungi
Pedih yang kuratapi
Kau tanggal semua janji

Bukan aku kesalkan saat pemergianmu
Cuma takutkan hukum yang kau kan terima

Kerana di kala itu ku tiada di sisimu
Untuk menolong kau seperti kelmarin dulu
Biarku yang luka ku lebih rela
Asal kau bahagia


Aku dah recover dari emo tak tentu pasal, yeahhh!! Jangan risau lepas ni takde dah kisah-kisah emo-emo sebab ter-percaya dengan orang yang salah kan...

Sebulan je pun aku nak bising-bising kalo ada makhluk nak clash ngan aku. Malas la nak meroyan lama-lama. Bukan boleh setel hutang PTPTN pun kalo aku meroyan lama-lama atau amik peduli pasal kisah cinta yang selalu gagal. Bahahaha. Kisah cinta la sangat.

Tapi kadang-kadang aku rasa aku ni memang ade masalah ngan lelaki la. Bila orang macam ok-ok ngan aku, aku buat layan tak layan je. Semua aku pukul rata buat membe. Bila dah nampak unsur-unsur lebih dari kawan, aku buat-buat tak paham, siap elak-elak. Lepas tu lebih tertarik pade stranger. Kau ni apahal pompuan? Bermasalah sangat......

Jodoh ni kene cari bak kata orang. Tapi bagi pemalas macam aku ni camne nak kira? Dah la pemalas nak cari, pastu kalo ada pun buat-buat blur. Elak-elak. Mana tak elaknye... Naluri awal-awal da bagitau mamat ni auta saja lebih. So, nak tanak kene jugak percaya pada naluri. 6th sense aku selalunya tepat. Tengok orang pun aku bleh baca. Tengok gambar apatah lagi walaupun tak jumpe. Aku siap boleh pilih siapa-siapa untuk aku rapat. Berapa lama rapat. Berapa lama boleh percaya. Selalunya memang aku buat apa yang aku tergerak nak buat.

Maka kalo aku biar dier datang bergolek-golek je boleh tak? Ok. Cukup la citer pasal jodoh la apa dalam blog ni. Aku nak citer pun meremang dan memerang jugak rasanya ni sebab rasa macam aku ni masih lagi underage. Dasar tak sedar diri sangat. Padahal umo aku ni kebanyakkan kawan-kawan dah siap buat preparation untuk anak kedua lagi haa... Nak kisah pasal target aku zaman kanak-kanak dulu? Lama dah terlepas. Dah takleh patah balik dah. Eh, tapi rileks laa... Kawan-kawan aku pun blom kawen lagi pe... Bak entry aku yang lepas tuu... Mana bleh langkah bendul "kakak-kakak"... Ngeeee...

Biar je la okeh? Tak kudis pun kalo kawen lambat ke hapa. Tahan telinga je la orang bising-bising. Bising pun bukan dorang yang nak sponsor ke apa.Weh. Harge kursus kawen skang bape ha?? Area-area Penang laa... Tengah cari-cari nih. Walaupun kawen tah bila, tapi sijil patut ada ye tak... Segan gak aku budak-budak first year kat tempat aku blaja tu pun dah ada sijil kawen tapi aku ni belum. Bahahahahahahahaaa...!!!

Tuesday, May 3, 2011

Soalan: Seberapa Pentingkah Insurans?

Hmm... Lately aku kemain lagi kan bercita-cita nak amik lesen keta dan membeli keta. Jadi, aku sembang-sembang laa ngan abang aku kan... Maklum laa beliau je la satu-satunya tempat rujukan aku sekarang ni... Best sembang dengan dia kadang-kadang bila takde angin sengal dier nak kenekan orang yang innesen macam aku. Eh.

Aku pun belum keje lagi, tapi kemain dah siap survey-survey keta apa nak beli kan, padahal lesen pun takde lagi. Bukan tanak amik, tapi tengah kumpul duit. Huhu. Tah celah mana duit tu datang nak kene kumpul-kumpul ni tah le... So, macam-macam yang aku sembangkan lalu terkeluar jugak la bab insurans. Mula tu sembang pasal insurans keta je. Then meleret-leret sampai ke insurans yang lain-lain.

Bila dah meleret-leret tu, dari info yang aku dapat dari abang aku, dan jugak hasil aku google-google tengok ni, memang nampak betul agen insurans ni boleh jadi kaya. Dan sebenarnya apa benefit pada diri sendiri kalo amik insurans ni? Memang la insurans ni orang kata persediaan untuk kalo-kalo perbelanjaan yang dahsyat-dahsyat bila kita ditimpa kemalangan ke apa, kematian, btw, sapa yang sebenarnya dapat benefit insurans ni?

Kata la kan kalo takde apape terjadi pada kita, lepas tu insurans pun let say, premium kan dah abes tempoh, then kita nak balik duit tu... Aku rasa kita tak dapat berapa banyak yang kita dah simpan tu kan? Maybe 65-65% je kan kita bleh amik balik?

Same goes to insurans keta... Sepanjang pengetahuan aku, insurans keta ni bukan cover sangat pemandu or manusia-manusia yang jadi penumpang, yang basic sekali tu kan... Kalo nak cover, awak perlu amik pakej lain kan? Dia cover kereta je kan? Tapi let say cover kereta saja... Cuma bila something wrong dengan kereta tu je kan? Macam eksiden, atau yang latest untuk bencana alam. Tapi berapa sangat kebarangkalian untuk eksiden kalo kita ni pemandu berhemah?

Selama ni kan, aku bayar insurans motor yang RM268 tu pun dah semput sebab aku student, tapi kene cekik insurans sampai camtu. Bila aku eksiden minor, kecik-kecik tu bukan boleh claim pun. Sebab aku tak teruk, moto tak teruk... Then bila nak buat maintenance motor pun aku kuar duit sendiri jugak, takde guna pun insurans tu...

Banding dengan kereta plak... Apa benefit aku dapat dengan insurans tu? Renew insurans sebab kalo tak renew takleh buat roadtax. Eishhh... Sangat menekan aku rasa? Tapi apa aku bleh buat dengan insurans tu? Sebab abang aku cakap nak pegi buat maintenance keta pun still kene kuar duit sendiri. So, bayar buta-buta saja ke apa ni? Just nak cover in case ada eksiden? Tapi cover kereta je kan? Kalo cedera ke apa tu kene claim mana-mana medical insurans yang kita ada pulak kan?

Satu-satunya benda paling untung sekali bagi pengguna bila ada insurans ni kan time dia bergelar student je. 24/7 kalo bawak kad matrik, kalo jadik eksiden mana-mana, bleh claim dari tempat blaja. 24/7. Kalo insurans kat tempat keje just cover waktu bekerja je. Bila kat umah takde apape perlindungan.

Btw, aku macam confuse bila orang sebut pasal medical insurans? Eh, ye ke? Ke bukan? Pasal perlindungan untuk diri sendiri tu... Sebab, pada aku, sebenarnye kite kat sini takde la perlu sangat pun insurans untuk cover medical billing kalo sakit, tapi mengada-ngada pegi hospital swasta. Aku jadi pelik tiba-tiba kenapa perlu ada hospital swasta yang dikenakan caj berlipat-kali ganda kalo kita dalam Malaysia ni sendiri ada hospital kerajaan. Why not upgrade semua facilities government hospital, pastu dah tentu semua orang dapat benefit. Semua orang gembira.

Yeah, aku tau... Agen insuran takkan gembira. :D

Nanti aku update pasal swasta vs. kerajaan plak based on his opinion. Aku rasa logik jugak pemikiran dia ni.

Tapi aku still mengalu-alukan pendapat korang dalam hal ni. Sebab aku still tak paham cara hidup dalam Malaysia ni walaupun aku lahir kat sini. What to do, what to pay, then where does the money go?

Monday, May 2, 2011

Pengganti.

Diam tak diam rupanya dah lebih setahun aku post citer ni.

Alhamdulillah beliau dah pun ketemu pengganti. Tapi aku tatau detail sangat sebab aku tak add dier kat fesbuk pun. Aku tau pun sebab akak dier upload gamba wedding dier. Sori kalo salah info, tapi rasanya tak salah kot. Malas pulak aku nak tanya lebih-lebih sebab aku pun takde la rapat sangat-sangat dengan akak dier. Just jiran bilik je mase skolah dulu je. :D

Kang salah tanye kang, akak dier ingat aku nak tanye bile turn akak dier plak kang. Nahas aku. Dah la yang nak tanye ni pun masih single lagi. Hehe.

Takpe la. Doakan agar berkekalan sampai syurga. :)

Aku plak bile? Hmm... Takleh langkah bendul "kakak-kakak". Bahahaha... Itulah, sapa suruh ada family angkat ramai-ramai. Tapi mujur la jugak. At least, ada yang bertitle kakak sebelum aku. Hihi. Bukan sorang-dua, tapi 4 orang. :D

Takde lah. Single lagi ouh. Keje pun takde lagi. Blom stabil lagi. Kepala pun dok weng-weng lagi. Tibe-tibe plak overweight, blom ready, tak bape cun, kulit belum mulus, halus, putih melepak, belum masuk dalam kategori wanita idaman malaya, bermasalah dengan lelaki, etc. Phergh. Banyak list. Tapi betul apa. Memang belum ada segalanya lagi. Bila takde mende lagi, mungkin jugak bakal mak mentua tengok pun dia tak berkenan...

Hehe... Maklum laa... Bukan mak-mak kepada anak-anak dara je memilih menantu... Mak-mak anak teruna pun ramai jugak memilih menantu. Plus nanti aku pun keje kilang je. Lagi la sape nak kan???

Dengan tak cun macam Lisa Surihani, tambah plak dengan trauma-lampau-yang-menyebabkan-tak-semua-lelaki-boleh-terima-lalu-bakal-serius-dengan-saya ni... Memang takde chance la kot nak hilangkan title single tu. Payah nak kikis. Jangan kata jejaka kacak, jejaka tak kacak langsung pun pandang saye sebelah mata sebab trauma itu, tak pun pasal ke-tidak-cun-an saye dan jugak semenjak-dua menjak ni ketara benar overweight ni. Haha.

Bile agaknye bleh dapat orang yang 100% terima saye seadanya? Match-make? Confirm orang tu lari bila tengok saya. Haha.............