Tuesday, May 3, 2011

Soalan: Seberapa Pentingkah Insurans?

Hmm... Lately aku kemain lagi kan bercita-cita nak amik lesen keta dan membeli keta. Jadi, aku sembang-sembang laa ngan abang aku kan... Maklum laa beliau je la satu-satunya tempat rujukan aku sekarang ni... Best sembang dengan dia kadang-kadang bila takde angin sengal dier nak kenekan orang yang innesen macam aku. Eh.

Aku pun belum keje lagi, tapi kemain dah siap survey-survey keta apa nak beli kan, padahal lesen pun takde lagi. Bukan tanak amik, tapi tengah kumpul duit. Huhu. Tah celah mana duit tu datang nak kene kumpul-kumpul ni tah le... So, macam-macam yang aku sembangkan lalu terkeluar jugak la bab insurans. Mula tu sembang pasal insurans keta je. Then meleret-leret sampai ke insurans yang lain-lain.

Bila dah meleret-leret tu, dari info yang aku dapat dari abang aku, dan jugak hasil aku google-google tengok ni, memang nampak betul agen insurans ni boleh jadi kaya. Dan sebenarnya apa benefit pada diri sendiri kalo amik insurans ni? Memang la insurans ni orang kata persediaan untuk kalo-kalo perbelanjaan yang dahsyat-dahsyat bila kita ditimpa kemalangan ke apa, kematian, btw, sapa yang sebenarnya dapat benefit insurans ni?

Kata la kan kalo takde apape terjadi pada kita, lepas tu insurans pun let say, premium kan dah abes tempoh, then kita nak balik duit tu... Aku rasa kita tak dapat berapa banyak yang kita dah simpan tu kan? Maybe 65-65% je kan kita bleh amik balik?

Same goes to insurans keta... Sepanjang pengetahuan aku, insurans keta ni bukan cover sangat pemandu or manusia-manusia yang jadi penumpang, yang basic sekali tu kan... Kalo nak cover, awak perlu amik pakej lain kan? Dia cover kereta je kan? Tapi let say cover kereta saja... Cuma bila something wrong dengan kereta tu je kan? Macam eksiden, atau yang latest untuk bencana alam. Tapi berapa sangat kebarangkalian untuk eksiden kalo kita ni pemandu berhemah?

Selama ni kan, aku bayar insurans motor yang RM268 tu pun dah semput sebab aku student, tapi kene cekik insurans sampai camtu. Bila aku eksiden minor, kecik-kecik tu bukan boleh claim pun. Sebab aku tak teruk, moto tak teruk... Then bila nak buat maintenance motor pun aku kuar duit sendiri jugak, takde guna pun insurans tu...

Banding dengan kereta plak... Apa benefit aku dapat dengan insurans tu? Renew insurans sebab kalo tak renew takleh buat roadtax. Eishhh... Sangat menekan aku rasa? Tapi apa aku bleh buat dengan insurans tu? Sebab abang aku cakap nak pegi buat maintenance keta pun still kene kuar duit sendiri. So, bayar buta-buta saja ke apa ni? Just nak cover in case ada eksiden? Tapi cover kereta je kan? Kalo cedera ke apa tu kene claim mana-mana medical insurans yang kita ada pulak kan?

Satu-satunya benda paling untung sekali bagi pengguna bila ada insurans ni kan time dia bergelar student je. 24/7 kalo bawak kad matrik, kalo jadik eksiden mana-mana, bleh claim dari tempat blaja. 24/7. Kalo insurans kat tempat keje just cover waktu bekerja je. Bila kat umah takde apape perlindungan.

Btw, aku macam confuse bila orang sebut pasal medical insurans? Eh, ye ke? Ke bukan? Pasal perlindungan untuk diri sendiri tu... Sebab, pada aku, sebenarnye kite kat sini takde la perlu sangat pun insurans untuk cover medical billing kalo sakit, tapi mengada-ngada pegi hospital swasta. Aku jadi pelik tiba-tiba kenapa perlu ada hospital swasta yang dikenakan caj berlipat-kali ganda kalo kita dalam Malaysia ni sendiri ada hospital kerajaan. Why not upgrade semua facilities government hospital, pastu dah tentu semua orang dapat benefit. Semua orang gembira.

Yeah, aku tau... Agen insuran takkan gembira. :D

Nanti aku update pasal swasta vs. kerajaan plak based on his opinion. Aku rasa logik jugak pemikiran dia ni.

Tapi aku still mengalu-alukan pendapat korang dalam hal ni. Sebab aku still tak paham cara hidup dalam Malaysia ni walaupun aku lahir kat sini. What to do, what to pay, then where does the money go?

4 comments:

ururules said...

well.. hospital swasta tuh, dah name pun swasta.. mmg tujuan dia nak buat duit je. bukan nak selamatkan org sangat pun.

"Why not upgrade semua facilities government hospital"

haaa! itu soklah paling best sepanjang zaman. macam sekolah la. why not upgrade sume skolah jadik free? jawapan dia pasti lah kene gune duit rakyat. kite mmg suke kalau duit kite pembayar tax dibuat untuk upgrade hospital kerajaan ngn skolah kerajaan..

tapi masalahnye.. kerajaan tak upgrade part2 yg penting tuh. kerajaan sebuk upgrade bangunan2 tak berguna. facilities2 x berguna. beli kapal selam tak tenggelam. dgn tujuan nak tarik vote org ramai.

then mesti ade duit lebih lepas dia bina 1-2 bangunan tuh.. mane duit lebih? haii! kocek menteri dan kroni la..
god! please damn them.

hahaha! sori. bicara politik nih

Aslina said...

::ururules::

haa... kan??? part beli kapal selam tak tenggelam tu tak leh blah btol celah mane nak tarik vote orang ramai...

hehe...

ururu said...

celah org kampung yg tak tau kapal selam tuh takleh selam.. haha! aku penah jumpe org kampung kat perak nun.. dia punye bangge malaysia ade kapal selam. dalam kedai kopi tuh. dia siap cakap kuat2 "terima kasih la kat kerajaan. kita dah ade kapal selam cam org rusia. senang nak pertahankan laut meleisia"

WTF?

Aslina said...

::ururules::
aku rase anak pakcik tu posting jage kapal selam agaknye... so, anak dier cakap kot keje dier hebat sebab ade kapal selam dah skang sama stendet mcm rusia... mungkin laa kot... kikikiki...

ce test pakcik tu... tau ke deme rusia tu mane... hohohohh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...