Selalu aku belek2 blog orang lain mesti nak cerita tempat makan yang best2 kat area tempat tinggal dorang. So, aku pilih pendekatan lain. Tapi agak2 korang tak puas hati dengan komplen2 yang aku buat kat sini, boleh pegi try senirik kat kedai tu. Free risk maa... Mana tau kena dengan citarasa korang pulak kan?
Semalam... Abang aku ajak makan2 kat luar. Makan makanan berunsurkan tomyam. Saja la ubah angin makan kat luar. Cadang2 nak pegi tempat biasa la kat kedai Pak Husin Tomyam tu. Tapi takut takde tempat duduk je. Maklum la kedai Pak Husin kan hot stuff tomyam dalam area Bayan Baru-Jalan Tengah ni. Pastu kitorang nampak satu kedai ni. Takde nama. Entah la kalau ada nama pun aku tak sedar agaknya. Sebab kat tempat masuk cuma ada lampu2 tulis 'OPEN' je. Pakaian waitress pun gempak. Lebih hebat dari Eastin Hotel punya waitress ok? Pakai blazer siap.
Kedai ni depan dia kaler hijau. Sangat rare ok? Rasa macam masuk space-ship
Benda mula2 yang menarik perhatian bila masuk kedai ni adalah konsep pondok2 yang diterapkan dalam environment kedai makan ni. Pondok dia punya dekorasi semua bermotifkan
Hah! Romantik tak romantik? Sila mengaku romantik, kalo tak aku tembak kat dahi.
Tempat makan pun redup2 je sebab pakai lampu jenis yang kita selalu nampak dalam citer2 P.Ramlee dulu2 tu. Tak la terang sangat sampai silau mata nak makan. Siap boleh tercekik2 tulang kalo silau2 sangat nih. Ada setengah kedai suka pulak letak lampu2 kalimantang kaler2. Tu pun antara penyumbang kepada sakit mata jugak tu.
Hah, tengok... Brand butterfly ok?
Semua nampak macam perfect la kan? Apa lagi nak cerita. Mukadimah mesti kena cerita bagus2. Adakah anda semua bersedia untuk membaca bahagian paling palat pasal kedai makan ni? Ready?
Haha...
Yang pertama adalah lambat. Bukan waitress dia datang lambat2 malas2 amik order... Tapi makanan tu lambat gila sampai. Pulak tu boleh sampai satu2. Macam hotel la plak. Dah la yang pegi kedai makan tu semua tahap lapar2 selera dinoso. Untuk lebih pemahaman, menu kitorang malam tu adalah [ikut turutan yang abang aku order]:
- Sotong 3 ekor yang besar2 buat goreng tepung
- Nasi putih 4 pinggan
- Air bandung 1 jag
- Air tembikai 1 jag
- Tomyam campur sederhana
- Kerabu ayam
- Sayur kailan goreng
- Kerang bakar
- Ikan siakap bakar [last sebab terlupa nak order. Sedar2 takde lauk baru pegi tambah order]
Untuk 3 orang dewasa dan 3 orang kanak2 bawah 12 tahun punya makan. Teka apa yang sampai dulu?
Bukan air 2 jag yang kami order tu. Atau nasi putih biasa 4 pinggan tu.
Tapi sotong goreng tepung yang 3 ekor tu. Datang dengan sos. Apa lagi masing2 terkam je sebab dah lapar. Tak sempat nak amik gambar pun pinggan dah licin ok? Tengah2 makan tu air sampai kira ok la lagi. So, takde la kes tercekik misai2 sotong. Huhu.
Oh ye. Kami sampai kat kedai tu lebih-kurang jam 8.17 malam. Ketibaan menu pertama adalah pada jam 9.10 malam. Lebih kurang dekat sejam jugak la tunggu. Dalam sejam tu memang sempat la aku main snap2 gambar keadaan sekitar tempat tu. Anak2 buah aku pun sempat ke tandas dengan gembira, dan sebagainya.
Antara scenery2 yang berjaya aku rakam dalam tempoh sejam menunggu. Masa ni meja yang ngadap tempat aku tu takde orang lagi.
Yang buat kitorang mula tak tentu arah sikit setelah meja menghadap kitorang tu ada orang duduk. Siap order nasik goreng2 lagi untuk 4 orang jugak. DAN DORANG DAPAT DULU!!! Apa nih... Lepas tu aku mula membayangkan bahawa kedai ni ada periuk nasi ajaib di mana bila letak beras dalam periuk tu, masak2 terus bertukar jadi nasik goreng. Kalau nak nasik putih kena basuh balik. Apa punya imaginasi tah. Karut betul.
Abang aku plak syak dorang ni mesti call order awal2. Nanti datang tunggu makan je. Bunyinya macam logik. Jadi kita terima je hepotesis beliau. Tapi tak adil la woi...
Lepas tu dekat2 pukul 9.23 malam datang pula ikan bakar sambil tauke tersengih2 datang kat kitorang bagitau kata kerang bakar tak dapat buat. Sebab kerang2 semua rosak. Aku dah mula imagine cerita Mr. Bean makan tiram busuk kat hotel. Cis! Liar betul imaginasi aku time lapar2 ni. Tapi memang satu2 order kitorang datang kan? Nampak kan? Tapi nasik tak sampai2 lagi. Heran betul. Dekat2 9.35 malam baru nampak kelibat nasik. Tu pun lepas tinggal 3/4 ikan tu kami kerjakan dulu. Makan pun kontrol2 sebab takut lauk habis dulu masa nasik baru sampai.
See? Nampak kan ikan dah tinggal banyak mana dan nasik dalam pinggan hitam kat depan tu, kelihatan kelibat tangan kakak ipar aku mem-penyek2-kan nasik tandanya nasik baru sampai... Saiz nasi dalam pinggan adalah bersamaan dengan besar mangkuk kecik kaler biru di sebelah kiri tu. Sikit dowh!! Tapi singgit!! Iklan: Jam tangan abang aku. Harganya $15. Beli kat Bugis Street. Mud resistance. Jangan main2.
Aku yang serious kelaparan terus bedal nasik tanpa toleh kiri dan kanan serta tak hiraukan ketidak-hadiran tomyam campur ke meja kami. Makan nasik belasah je dengan ikan bakar tu, air asam tu campur kicap cili padi. Nasib baik tak mintak budu. Kalo tak, tokey tu mesti pening kepala. Apahal budak Penang boleh buat special request budu ni?
Aku yang serious kelaparan terus bedal nasik tanpa toleh kiri dan kanan serta tak hiraukan ketidak-hadiran tomyam campur ke meja kami. Makan nasik belasah je dengan ikan bakar tu, air asam tu campur kicap cili padi. Nasib baik tak mintak budu. Kalo tak, tokey tu mesti pening kepala. Apahal budak Penang boleh buat special request budu ni?
Akak ipar aku nampak macam dah hilang sabar sebab si Aiman dah buat hal main lompat2 sambil jerit2 tak control volume pasal sorang pun tak ingat nak amik puting dia bawak sama2. Termasuk la Aiman tu senirik. Tah cemana la dia pun boleh tak ingat entah la. Terus dia suruh abang aku pegi tanya perihal tomyam.
Lepas kena sound lebih-kurang, dalam 9.48 malam nampak la kelibat tomyam campur, kailan goreng dengan kerabu ayam. Sungguh rasa nak maki dalam hati bila rupa-rupanya saiz makanan yang datang tu sebenarnya amat lah kecik. Baik makan 1 set nasi ayam kat Chicken Rice Shop. Lebih besar+banyak dan berbaloi2... Nasib baik la makanan sedap2...Sejuk la sikit hati nak makan... Huhu.
Paham ape yang aku cuba sampaikan? Nampak macam akak ipar aku boleh habiskan semua tu sorang2 je. Huhu. Lepas tu kami cuba mintak tambahan nasik lagi sepinggan sebab saiz nasik amatlah comel. Mula2 ingat nak suruh je Mirul share dengan Hasni. Tapi nampaknya, Mirul dengan penuh bergaya menghabiskan sepinggan nasik secara solo.
Tau nasik tambah tu sampai bila? Masa tomyam tu tinggal kuah dengan serai2 je kat dalam. Semua2 lauk dah abeh licin. Makan la sikit nasik yang datang tu. Oh, ye. Tomyam medium sized dia juga amat menyedihkan sebab tomyam campur tu hanya ada lauk2 seperti cendawan tiram cincang2, tomato mini potong 4, ayam cincang2 dan 3 ekor udang. Kedai Pak Husin pun tak kedekut macam ni!!! Arghhh!!!
Kami lepak2 sekejap duduk2 biar makanan sampai ke perut dulu. Dalam 10.05 malam kami beransur2 untuk pulang ke umah. Abang aku pun pegi la bayar dengan berbekalkan kad yang tertulis 'Pondok 5'.
Guess what kena berapa. Tanpa kerang bakar ok?
RM88.00
Dalam hati aku dah macam2 keluar. Cuma tak terluah dengan kata2 je. Terus aku teringat entry Kak Senduk yang ini sebab cashier yang amik duit itu adalah bertudung labuh gaya muslimah sejati.
Buat Kak Syima jika anda terbaca entry ini... Ingat tak waktu kita pegi makan dekat Muara tu eh? Yang kena dekat2 RM100++ tu kita siap boleh tapau bawak balik makan kat umah dengan begitu riang sekali masa abang saya datang untuk amik barang2 saya sebelum balik cuti semester+praktikal kat Penang aritu? Lebih berbaloi yang itu dari makan kat kedai ni ok?
Kat sini aku nak bagi sikit tips kalo korang berdegil jugak nak pegi makan kat kedai ni. Khususnya yang tinggal dekat Penang. Kalo owner kedai baca blog aku ni lagi bagus. Tolong take note ok? Penting ni...
- Nak makanan cepat siap datang ke meja korang, korang mestilah order makanan jenis sendiri2 dan yang penting bergoreng. Kalo ramai2 nak makan bersama2 macam makan kat umah, baik pegi kat Pak Husin tu je. Tak salah aku, Set E kot, makan untuk 10 orang baru RM75.00.
- Kalo degil jugak nak makan secara berkeluarga, pastikan takde sorang pun ahli kuarge korang jenis makan laju2.
- Sediakan duit banyak2.
Last sekali. Untuk tatapan korang. Terimalah formasi kawad dari semut2 halus yang juga sempat menghadirkan diri ketika sesi makan2 kuarge aku masih berjalan.
Kapten Semut: Lokasi makanan dikesan. Banzaiii!!!
**** INTERVIEW ****
Pendapat berat sebelah dari kitorang sesuai dengan tahun baru 2010. Pendapat lebih kepada 20-10. Maksimum 10 bintang untuk rate tempat ni.
Incik Asrul Akmal : Tak sistematik. Dah nak balik baru makanan sampai. Servis lambat. Saya bagi 0 bintang dari 10 bintang.
Puan Hamizan : *Sambil geleng2 kepala* Takdak bintang...Takdak bintang. Lambat dapat makan lah! Lain kali takmau mai dah. Walaupun makanan sedap.
Mirul : Bintang? Apa bintang? Bintang2 di angkasa raya?
Hasni : Nak nyanyi lagu Stacy boleh? Twinkle2 Little Star tak best.
Aiman: Tikkk!! Bye. *Sambil sengih2 lambai2*
7 comments:
besh tempat makan cmni..lain dari yang lain...sukeee sangat....
kak ina, kedai firaun mana yg ampa pi tu? bgtau la kat kami, takut nnti kami pun ter pi kat kedai mcm tu..
bukan apa, kami takut, kalo makanan lambat smpai, abeh meja kat kedai dia kami terbalik kan nnti! jenuh jahanam meja yg bersemut tu!
::piston pecah::
harap environment ja best...
::darweena::
kedai dekat2 umah ampa ja...belakang homestay tu kot...lorong blakang lorong umah ampa...yang ada macam air terjun tu...
owh....
kedai yg baru bukak blakang umah kami tu?
dengaq kata org telok tempoyak yg bukak kedai tu!
jangan harap kami nk pi beli..
bek pi beli kat bayan cafe, kat area umah ampa.. sedap pun sedap wpun tadak ikan bakaq...
::darweena::
area2 kedai mak tam tu ke? huhu...kami tatau pun nama dia bayan cafe...hahaha...
tapi semua gerai2 situ makan sedap2...suma jual bihun tomyam best2 dan murah2... =)
Ni la dia Melayu nak bagi jatuh Melayu...
::jeffrey johan::
melayu nak bagi jatuh melayu?
hey...awak tahu ke saya melayu? saya tahu saya islam je. tapi not necessary saya melayu.
saya rasa tak puas hati, saya komen je kat sini. tapi walaupun saya komen, rasanya tetap ramai nak pegi kedai dia sebab baca side negatif kedai dia dan dorang maybe nak rasa sendiri.
so, secara tak langsung, kutuk2 pun saya promote...
bukan macam sesetangah melayu tu...nak jatuhkan melayu guna black magic. lagi mengarut, rugi, dan bodoh.
Post a Comment