Monday, March 29, 2010

Mangsa Letupan

Cerita last week... Konon2 last week sangat busy sampai lupa nak letak citer baru...


Ini adalah mangsa letupan yang ke-97 sejak aku berkecimpung dalam bidang letup2 ni... Heh! Tipu je. Haritu aku gigih nak tarik kabel masuk dalam bilik sebab tiba2 dapat ilham buat esemen. Pastu main tukar2 la kabel dengan power source sebab ku sangke kan adalah sama output voltage nya. Sebab hujung2 tu sama. Lagipun plug tu baek punya tersorok bawah kabinet. Kata nak cepat, kan... Mana la sempat nak belek2 plug mana- plug mana bawah kabinet tuu...

Yang kiri tu modem punya plug. Kanan tu switch tu punya plug.

Sekali, hambik kau! Pom! Meletup kat dalam. Siap kuar bau tak senonoh lagi. Kelam-kabut la SMS Kak Syima gitau mende ni meletup. Speeding pegi kedai PC tanya yang baru. Sekali Kak Syima suh tukar pakai wireless je terus.

Huhuhh... Akhirnye ada jugak la alasan kitorang nak pakai wireless dalam umah. So, sape2 yang duduk area2 Taman Desiran ni agak2 nak guna wireless dengan cemerlang tanpe gangguan, jangan la ragu2 ketuk pintu umah aku mintak pasword. Satu huruf pasword aku caj RM10 je.


Kalo ramai sangat mintak, tiap2 minggu aku tukar pasword. Amacam?

Sunday, March 28, 2010

What's your favorite season of the year?

durian season

Ask me anything


Huhuhhh... Aku pun da ngade2 letak menatang formspring tu kan.. Sile la tanye soklan kalo suka...

Mak Baru.

Dorang skang da ade mak baru yang super-besar dan lebih selesa. Sejak bila tah budak busuk ni pegi tukar gender aku pun tak pasti.
Banyak nak update. Tapi masih malas. Tengah pening2 dengan segala macam masalah study. Sebab tu la selalu sebulan-dua sebelum final exam, kalo tengah2 couple, boleh clash tiba2.

Lantak la. Bukan effect hidup pun. Lain la kalo couple tu bleh buat aku dapat dean list tiap2 semester. Mungkin frust gila la kalo clash. Tapi makin ceria kalo clash, apahal?

Adeh... Tolong la maybe next week ada test/kuiz lain2. Aku nak first week stadi balikkk~~!!! Huuu~~~ Sapa ada mesin masa tolong bagi pinjam...

Tapi pada masa yang sama aku rasa macam cepat la masa berlalu... Cepat la... Cepat la... Sebab hujung tahun ni aku abeh study. Awal January 2011 aku dah tak perlu susah2 tayang muka dekat Dewan Utama Unisel sambil terhegeh2 nak amik nombor bayar yuran pendaftaran.

Susah betul bila rasa cuak2 macam ni.

Monday, March 22, 2010

...

Cantik jugak Kuala Selangor ni kan???

Gambar ni adalah hari Khamis lepas. Saja aku baru letak sini time2 ni sebab nak memupuk semangat untuk pegi kelas malam skang. Cantik kan??

Sayang ahh nak blah dari sini... Hujung tahun ni je last sini... Huhuhh...

Sunday, March 21, 2010

Mood Kucar-Kacir

Buat apa pun serba tak kena. Jangan marah eh, kalo nampak aku update sini, tapi tak jalan2 kat blog korang atau reply komen2... Tengah mengalami tekanan perasaan yang semi-terlampau nih. Harap2 boleh overcome mende ni sebelum hari Khamis.

Aduhh... Mental betul.

Saturday, March 20, 2010

Random #32

Tukar dinding lagi. Kaler purple plak. Rasa macam best sikit.

Tapi anda tetap berada di blog yang sama. (^_^)

Random #31

Rasa menyampah sebab takleh menghayati pembacaan apape pun dengan tenang macam orang lain. Kenapa laa aku boleh baca dengan begitu laju? Tak feel langsung lahh~~!!!

Orang baru first page, aku dah pun page ke-5... Apahal?

Friday, March 19, 2010

Keje Gile #2

Sebenarnye aku nak tunjuk Jonny punya meter tu da cecah 8888.8 km (tapi dalam gambar 8889.2 km). Sangat ong itu number. Tapi disebabkan masa display tu adalah betul2 dekat selekoh tajam,aku pun tengah laju dan memang kucar-kacir jugak nak handle moto sebelah tangan sebab lori besar yang dari arah bertentangan plak boleh main potong2 kereta kancil depan dia.

Takpe la cacat sikit. Tapi tetap nampak banyak nombor 8 kat situ. Hahahh...

Tralalalala~~

Sewel sikit semenjak-dua menjak ni.

Terkezut dengan kisah kawan2... Terkezut2 je lah. Lagi 140 kali dapat kejutan macam tu, insyaAllah aku pindah umah ke 6 kaki dalam tanah. Tolong jangan buat kejutan2 yang dahsyat2 boleh tak?

Sekarang 8th week dah ke?

Abeh laa...

Kenapa cepat sangat masa berlalu????




Mula2 rasa nak grad cepat2. Tapi bila dah jadi macam ni... Ohh tolongla kembalikan very2 first week semula...

Haihh~~

Wednesday, March 17, 2010

Never Again

Mari layan lagu jiwang dari group heavy metal Jepun feveret abang aku. Aku suka lagu ni. Siyes. Sangat-sangat-sangat suka. Saja2 layan. Takde unsur2 kekecewaan di sini. xP



Lost in a dream
In a dream of you
All that’s left is a tear
That I cried for you

When you held me in your arms
You made me feel just like a child
Safe from all harm

Once in love, now it’s gone
And I stand alone
There’s a place in my heart
You still have a home

And I’m holding onto dreams
And the memories of you
Haunting my soul

Never again will I wake and see you smile
Never again will I hold you
Never again, no more planning for tomorrow
Never again tells a story

It seems so, so long ago
When you held me near
I can’t take all the pain
It’s so hard to bear

Still I’m holding onto dreams
And the memories of you
Haunting my soul

Never again will I wake and see you smile
Never again will I hold you
Never again, no more planning for tomorrow
Never again tells the story

Never again
Never again
Never again
Never again

Apehallll???

Bukan aku tamau bertolak pegi kelas awal2... Tapi asal aku bertolak lewat 10 minit atau kadang2 bawak ke masa2 berlebihan pun aku tetap sampai awal ke kelas. Padahal aku stay dekat Kuala Selangor dowhh... Budak2 duduk hostel, duduk kampung belakang pun boleh sampai lambat dari aku. Macam la dorang tu semua stay dekat Sekinchan.

Palat betul rasa. Sampai on time kelas, lecturer pun kadang2 dah masuk. Tapi yang tinggal dekat2 boleh sampai last2. Lepas tu lecturer mula la tak percaya aku tinggal jejauh.

Lagi satu. Kenapa la orang susah sangat nak percaya aku ulang-alik pegi kelas dari Kuala Selangor tu? Macam la jauh sangat. Lain la kalau aku cakap aku ulang-alik dari Penang ke Unisel tiap2 hari.

Kenape? Sebab aku perempuan ke? Tak nak sangat percaya aku jenis boleh ulang-alik duduk jejauh?

Korang tatau betapa fun nya duduk jejauh nih... Hari2 kot aku bleh skodeng budak2 Unisel... Staff2 Unisel dengan scandal masing2 yang dorang tamau ramai2 orang tau hal2 dorang. Haha... Sapa nak dating dekat tempat orang ramai kenal dorang, btol tak?

Tapi jangan risau. Aku jenis simpan rahsia. Kau cuba buat hal... Abes laa...

Tuesday, March 16, 2010

Kaler Kulit 2-in-1


Tengok gambar ni baru aku percaya betapa berbezanya warna kulit aku yang original dan sekarang. Kalo tak, sampai bila2 pun masih tak sedar diri ingat diri sendiri memang semulajadi berkulit gelap. Tambah plak dengan kegiatan pegi-balik kelas naik moto sekarang.

Ada apape produk boleh memutihkan tangan yang BERKESAN tak? Nak bagi kaler sama dengan lengan balik. Tskkk~~!!

Oh, ini juga jawapan kepada "Mr. Parves" kenapa saya tak datang kelas anda. Kalau dia ada baca blog ni la lepas kuar entry ini. Kami semua pegi Old Town White Coffee Bukit Raja. Makan menu baru dorang yang kuar iklan macam dalam tv tu.

Kata dalam iklannye "Take your time and must enjoy slow-slow..."

Terpaksa la ikut. Betul tak?

Cerita lanjut pasal ini boleh didapati di Blog Mak Tiri Angkat Saye.

Busy Sikit Sejak Jadik Parent Ni

Senang hati tengok dorang dah tido kekenyangan. Kenyang ah kot. Banyak jugak susu dorang minum. =D. Esok bawak pegi veterinar. Hehehhh...

Misteri Di Sebalik Shoutbox

Misteri betul semenjak-dua menjak ni bersepah plak menyamar jadik lecturer aku dalam shout box tu. Aku rasa aku bleh agak kot sape....

Jeng jeng jenggg....

Ni yang terbaru.


Macam lahanat punya perangai. Sejak bila pulak Mr. Parves dengan Mr. Ong fluent gile berbahasa Melayu siap boleh tulis shortform-shortform nih?

Misteri gila...

Monday, March 15, 2010

Budak yang tumbuk aku tu da kawen. Haha. Congrats!! Takley pegi kan. Sempat belek2 gambar je. Tu pun yang photographer dorang tag dekat gambar fesbuk. Sihat dan hepi betul beliau sekarang. Semoge berbahagia ke akhir hayat ah kan... Tiba2 aku terfikir, agak2 la kan, sekarang kalo dia tumbuk aku macam dulu, sumpah setahun aku koma kan?

Minggu ni aku tak balik [pheh, cerita macam la tiap2 minggu aku balik kampung kan?]. Dah la tak balik, macam2 aktiviti pulak tu buat sepanjang weekend. Nak cerita pun letih. Esok2 aku update lain pasal hujung minggu aku yang pack tu.

Harap2 lepas ni korang tak bosan bukak blog aku sebab lepas ni aku akan eksaited kot nak bercerita pasal Cyril dengan Flora. Hah? Sape tu? Tungguuuuuuu~~

Pfftt!! Sape2 add aku kat fesbuk mesti da tau kan? Kantoiii...

Saturday, March 13, 2010

Hahahahahahahahaa~~~~

Ekceli aku nak update pasal lain. Tapi tiba2 aku ternampak benda ni dekat shoutbox.

Sapa punya keja ah? Baik ngaku.


Sumpah gelak guling2. Err.. Marilah join aku gelak tanpa segan-silu. Hahahahaha...

P/S: Aku confident gila bahawa ini adalah keje kanak2 yang OVERRATED dengan Puspakom yang tengah amik DCS. Budak2 DCS je tengah obses dengan z-transform ni. Hah! Sapa? Sapa?

Geram

Bengang btol la aku. Dah seminggu hantar laptop, dah la bile mase datang balik ke kedai tu pun takde call aku. Tapi kalo call tak dapat tu nasib la. Aku memang suka-suki off/flight mode enset skang. Malas nak layan.

Alih2 harini pegi amik balik, bluetooth indicator tak nyala, tiap kali switch on wifi switch, takde plak dier letak bluetooth logo on dekat laptop macam selalu2. Nak kata rosak, sebelum antar kedai, elok je bleh guna.


Pastu bila ignore buat2 tatau konon2 terus nak send file/receive file, terus kuar dialog box nih,


Esok2 nak pegi Shah Alam. Nak antar dekat kedai lain plak. Aku nak technician tu bukak depan mata aku dan cuba plug-in balik bluetooth adapter tu. Itu je. Bukan susah pun. Huuu...

Ni ah kalo tak salah aku rupe bluetooth adapter dalam laptop aku. Credit to Google.

Bluetooth penting woh bagi aku skang. Sama penting macam bluetooth dekat henset. Adeihh...

Dorang suh aku antar lagi. Gila? Ingat aku takde keje lain ke? Lain la kalo dorang bleh bukak depan mata aku, fix waktu tu jugak, aku tak kisah la. Ni dorang pun pakai sub-con kedai lain. Kedai tu bleh handle software je kot.

Kawan2 pun kawan2 la. Ada ke dorang nak pegi tolong bagi pointer aku naik kalo keje aku tak siap sebab laptop problem ni?

Bukan aku tamau pinjam laptop Kak Syima. Tapi aku dah terbiasa install bukan2 untuk projek la entah apape lagi dalam laptop aku sendiri nih. Nanti jahanam pun, barang sendiri, btol tak? Lagipun takkan 24 jam aku nak guna laptop dia plak. Dah tentu dier pun nak gune gak. Laptop aku ni suka-hati aku la nak bukak application kadang2 sampai 72 jam direct sebab buat assignment punya pasal. Bukan tak pernah buat camtu.

Kalo ada bising suh beli external adaptor je, bak sini duit. Benda dah siap sedia kat dalam secara pakej, lagi mengada2 nak suruh2 tambah. Nak kene pukul ngan aku?

Friday, March 12, 2010

Projek Oh Projek

Confuse betul nak beli barang (konon2).

Lecturer syorkan beli dekat Cytron.

Baru2 ni tiba2 Farnell Newark datang buat demo siap hulur2 katalog barang2 lagi kat kitorang. Tapi harga dekat Farnell tu bapak ah 2x ganda Cytron. Sangat cekik darah sebab dia cerita kalau beli barang ngan dorang dapat free consultation. Tambahan plak barang2 dia takde simpan dalam Malaysia.

Ok2. Sekarang ada sapa2 nak convince aku supaya beli PIC Starter kit dengan beberapa bende lagi secara online tak? Aku takut barang2 tu sampai kat umah dalam keadaan yang meragukan. Dah la kene start buat projek nih. Dah nak masuk minggu ke-8 study dah skang. Tapi projek satu haram pun tak start lagi. Report jangan tanya la. Hari2 sibuk merepek dekat blog dengan fesbuk, celah mana nak start kan?

Nak pegi Jalan Pasar tu... Kena buat rombongan ramai2 pulak. Pegi sorang2 jap lagi ada yang hangus RM1000 sebab rambang mata beli barang bukan2 kang. Dah la duit pun limited nih. First time seumur hidup dalam semester ni 100% bergantung hidup dengan loan sampai final exam bulan Mei nanti. Mujur la Unisel tak buat hal tinggal RM300 je untuk aku survive sampai akhir semester macam awal2 buat degree dulu. Kalo tak, merana jugak. Mana nak cari keje part-time yang flexible dengan kelas aku yang memanjang merepek dia punya timing?

Balik haritu my beloved bro hulur2 RM50 jek. Aduh, sedih...
Oh, ye! Aku nak tempek gambar2 family trip pegi Singapore tahun lepas. Tapi laptop belum sembuh2 juga lagi. Tunggu je la ok?

Thursday, March 11, 2010

Horror dowh balik malam2 sekarang dari kelas. Dah la gelap gelita jalan. Lepas tu pulak, cuaca macam nak hujan. Siap sejuk2 sampai ke tulang lagi. Berkabus lagi. Lepas tu kereta2 macam gampang bila lampu nak high beam je.

Tiba2 tadi balik dekat2 area Kampung Kuantan tuh boleh plak terbau kemeyan.

Laju2 je aku bawak moto sambil berzikir. Huhuhh...

Seram siot!

Wednesday, March 10, 2010

Nasib Baik Kau Jauh

Sebenarnya Isnin haritu aku nak cerita pasal ini dan ini. Tapi sebab malas, dan bukan taip dekat laptop sendiri, jadi diamkan saja. Baca la pasal hari Ahad kami dekat blog mak tiri angkat aku ye.

Seperti hari2 yang lain, aku memulakan hari dengan penuh mengantuk dan rasa tak bleh blah sebab masih sakit kepala. Tiba2 aku rasa kepala aku macam benjol. Gila apa boleh mimpi terhantuk dekat kerusi, alih2 bangun tido rasa real punya sakit?

Nasib baik la kelas start tengah hari. Tapi harini adalah paling palat sekali yang penah aku lalui sebab ada sorang membe lama aku bleh plak call maki2 semua. Mula2 dia antar SMS. Ingatkan dia salah nombor sebab lain macam punya marah. FYI dekat setahun aku tak contact dia. Jangan kata SMS, call, balik Penang pun lalu depan umah dia pun tak. Malas. Sejak2 ada awek ni, membe baik yang rapat gila sejak kecik pun kau boleh tinggal camtu je.

Dulu pernah gaduh sampai nak bunuh2 bagai. Punca dia aku main2 je usik2 awek dier. Ala, bukan luak pun. Aku ngan awek dia sama2 pompuan apa? Cuma masa tu aku terlebih2 sikit kearah lesbian. Sejak zaman kadet lagi aku separa lesbian. Kalo tak, takde la sebab nombor 5 kenapa aku kene tendang tuh. Lesbian2 aku pun bukan serius sangat. Cuma kalo ko cabar, aku selambe sahut. Takde hal lah!

Tapi awek dia yang lebih2 mengadu. Dasar gedik. Sebab tu aku jelek berkawan ngan pompuan. Lebih2 yang suka berjalan2 dengan geng. Lepas tu buat2 gedik. Rasa macam nak bagi pelempang. Bajet hot la sangat kan? Padahal cun macam plastik. Harap mekap je lebih nak bagi nampak cun. Lain la kalau Lisa Surihani. =)

Sekarang aku tatau apa cerita... Dengan sapa dia couple, atau apapun pasal dier aku dah tak amik tau, alih2 boleh antar SMS macam tu. Bila aku tanya balik, terus call dengan maki2 yang memang dier tak puas hati ngan aku. Bengang jugak la aku. Abeh segala kisah2 zaman jahilliah aku kuar. Lebey aa lu, bro... Pastu aku lepas geram dekat status FB. Punya la marah sampai nak pegi kelas pun malas. Macam takde mood dowh!!

Punca dia maki2 aku kalini pun pasal pompuan gak. Sampai aku blur gila apa point dia maki2 aku. Sumpah dowh aku tak buat. Lagipun aku kan dah jadik baik sekarang? Tapi memang sengal ah. Dah la tak contact/jumpe dekat setahun walaupun umah aku ngan dier tak la jauh mana pun dekat Penang tu. Kentut kuat2 pun boleh je dengar kot sampai umah dia... Alih2 maki bukan2 pulak. Bikin hati aku panas je... Dah la cuaca pun dok panas2 sekarang.

Dah bertengkar lebih-kurang, aku pun dah berangkat pegi kelas dengan perasaan yang super-duper palat/geram/marah/malu, etc... Pastu, boleh tak kalau tiba2 last SMS dia masa aku dalam kelas Strength tu bunyi dia macam ni lebih kurang,

Beb! Gw bli nset bru. pastu gw ingt2 lpe r no lu sbb smkad gw da upgrd pki billng. Lbey-kurg halal r gw mki2 td k? Lu xkcik ht kn?

Translate: Beb! Gua beli henset baru. Lepas tu gua ingat2 lupa nombor lu sebab simkad gua pun dah upgrade pakai billing. Lebih-kurang halal la gua maki2 tadi okeh? Lu tak kecik hati kan?

Sekali lagi dalam kelas aku rasa macam nak baling je henset tu biar bersepai ke lantai. Nasib baik la Prof Ong pun tengah jeling2 manja tengok aku kucar-kacir kuarkan henset sebab tak tahan geli enset vibrate dekat poket seluar.

Macam lahanat punya perangai!

Henset Dan Aku

Baru2 nih aku ade la beli majalah E-ring. Sebab dah abes boring duduk umah. Nak study, takde mood, baru lepas test apa jadah nak study lagi kan?

Punya la rambang mata tengok henset baru2 yang dorang display kat dalam tuhh... Sampai ada timbul perasaan nak tukar henset baru. Ish3x~~!! Tapi bila pikir pasal bajet, lepas tu pikir plak kegunaan jangka masa panjang, perangai aku lagi... Baik lupakan saje.

Lagipun henset aku yang dah nak masuk 2 tahun aku pakai ni masih elok lagi. Yang best tuh orang2 sekitar semua cakap henset aku tu nampak macam baru. Pandai aku jaga. Pandai jaga waklu~!! Kalo la henset aku nih pandai berkata2, mesti dia menyumpah2 ada tuan yang macam aku.

Henset yang stay dengan aku sekarang. Function lebih ke mp3 player dari nak contact2 orang.

Korang ingat aku amik peduli sangat ke kebajikan henset aku nih? Alangkan topap pun 2-3 bulan sekali. Tu pun sekali topap RM10 je. Kira besar rahmat la aku topap henset. Jadik, kalo sapa2 cakap pakai line lebih jimat dari topap, sila langkah mayat aku dulu. Heh. Paling minimum sebulan aku guna RM1 je. Hebat tak hebat? Jangan tak caya plak.

Lepas tu, aku rasa henset nih antara henset2 yang lasak yang boleh bertahan ngan aku. Dalam toilet fakulti tu pun berapa kali jatuh. Jatuh atas tempat berair plak tuh. So far dia belum lagi jatuh dalam lobang jamban la. Yang tu memang aku pun segan-silu nak amik balik kan... Tapi sihat je lagi.

Belum lagi campur bab jatuh tangga golek2, siap Muaz tu jerit2 panik lagi sebab henset aku jatuh. Tapi tuan henset senirik bleh rilek2 kutip balik henset. Siap test2 tangkap gambar lagi kata henset tu sihat. Abah dengan Jen mampu geleng kepala je tengok aku ngan henset aku. Yana lagi la terdiam tak cakap apa.

Paling latest, baru sekejap tadi kene baling ngan aku. Sebab bengang dengan sorang sahabat lama tiba2 je call maki2 tanpe usul periksa. Padahal dekat setahun kot aku tak contact beliau.

Dan elok lagi function henset aku nih. Siap bleh layan lagu kuat2 lagi macam selalu2. Terus sayang sampai mati. Err... Sayang nak tukar.

P/S: Agak2 kalo aku post dekat ebay/mudah.com tu kan... Berapa aku bleh jual menatang nih? Rasa malas gila nak pakai henset sekarang. Bukan penting sangat pun bagi aku henset nih. Hari2 pun letak flight mode je lebih dari mode biasa2.

Tuesday, March 9, 2010

Bende paling rare dalam PC Fair kat Dewan Biru Unisel.


Poji, Thinna, Lan, Rahmat, Fariz, Afif, ngan Khairul... Aku tau korang teringin nak beli crocs pink macam aku. Sile la pegi sana. Memang saje2 pun aku target kaler pink punya crocs tu kat sini.

P/S: Aku masih perempuan lah. Cuma lesbian sikit2 je. Tak payah mengada2 nak buat spotcheck bagai...

Monday, March 8, 2010

Control System

Berikut adalah punca utama kenapa aku asik OOC (out of control)...

Diploma : Control System

2 semester yang lepas: Control System (pasal takley transfer)

Semester ni : Modern Control System

Semester depan : Digital Control System

Masa praktikal : Process Control System

Advanced Control System takde offer bila2 masa pun. Kalo offer pun, sape nak amik? Semua dah tepu dengar term control system. Sapa la pandai2 pegi cipta subjek control system nih?

Apahal bersepah sangat control system dalam hidup aku?

Malas

Sebenarnye aku nak cerita pasal kuar semalam ngan Kak Syima n Kak Fariha. Tapi rasa malas plak. Harini pun aku malas2 sangat... Masuk kelas signal pun mengantuk2. Tiba2 Prof mengamuk pasal ada sorang bro argue basic integral dengan differentiation, terus luas2 je mata tercelik. Adeh, bro... Kau salah pun lagi nak argue dengan Prof. Nasib baik la basic aku masih kukuh. Huhuhh...

Baik tukar pegi Civil la lepas ni. Main2 dengan benda static je. Aku pun dah menyesal amik Mechatronics sekarang. Padahal tinggal tahun ni je nak abes.

Saturday, March 6, 2010

Rasa Tak Puas Hati

Aku tak kisah kawan2/orang lain nak bahankan ketinggian aku yang sangat2 obvious di mata dorang.

Tapi aku sangat2 rasa macam nak terjun dari bangunan kompleks kejuruteraan bila orang yang lebih rendah dari aku pun turut sama membahankan ketinggian aku.

Lebih2 lagi cerita pasal kaki sampai ke tidak membawa moto...

Kau pun sama dowh, naik moto kaki tak kesampaian... Lagi mau bahankan aku... Mau saja aku amik mirror yang panjang besar tu letak depan2 sambil ukur tinggi aku dengan orang tu. Bukan sorang-dua camtu... Ramai dowh... Termasuk la budak2 skolah menengah... Mentang2 la muka aku tak nampak matured... Haihh...


Friday, March 5, 2010

Kenapa Manusia Makin Kejam?

Last week Syafiah Humairah Sahari meninggal akibat kena sepak, pukul, kena tendang macam bola sampai mengalami beberapa kecederaan dalaman yang susah aku nak bayangkan.

Harini dalam surat khabar pun ada lagi kes pukul sampai mati. Yang kena pukul tu pulak kanak2 jugak. Kecik pun lagi... K. Hareswarral, setahun lebih umurnye. Lagi sadis kot. Tulang rusuk patah enam, hati hancur, kemaluan kene cekak... Eiii... ngeri2x!!!

Apa yang pelaku2 kes tu pikir? Kalo dah hebat sangat nak pukul2 orang, kenapa tak pegi pukul je orang yang sama saiz, sama besar, sama2 boleh fikir nak lawan balik tindakan ko? Kenapa mesti nak pukul budak2 kecik tu?

Tak pun datang je sini, tolong belasah sikit anjing2 liar yang bersepah2 kat sini. Tengok sapa handal kot2 boleh mampus semua anjing2 tu. Takyah dah buat aduan dekat majlis daerah ke, majlis bandaran ke untuk apply suh dorang datang tangkap/ tembak anjing2 liar tuh.

Kalau kata tak suka kanak2 sekalipun, boleh je ko blah pegi tempat lain yang takde kanak2. Ini, ko tak suka, ko men belasah, pukul2 sampai mampus.

Aku berharap orang2 yang tak layak dikurniakan akal sebagai manusia untuk berfikir secara normal macam orang lain kene hukuman yang kalau boleh, biar dorang rasa macam mana sakit budak yang dorang dera tuh. Sakit sampai mati!!

****************IKLAN***************

Aku rindu dekat budak nihhh... Huhuhh... Angah~~!!! Tolong pos beliau ke sini boleh? Sekarang beliau sudah pandai mengayuh basikal tricycle kanak2 tu.

24 Mac 2010 nanti adalah besday beliau yang ke-2. Bley tolong cadangkan tak nak beli hadiah ape? Nak pos ni kalau boleh...

Datang Dan Pergi

Mana pegi kawan2 blog yang mula2 sekali aku kenal selain mak tiri angkat nih dulu ye? Macam ajaib plak dorang ni men ilang2.

Tapi sekarang pun aku ade ramai kawan2 blogger baru. Haha~ Sukanyaa~~!!!

Kalo tak kerana entry ini dekat blog frenster dulu, takde la kot mak tiri angkat aku ni pakse aku buat blog senirik dekat ini blogspot. Haha... Entah apape je aku merepek dekat entry first aku tu. Bleh pegi klik kalo sudi nak baca. =)

Masa tu aku pun tak sure sangat tujuan aku buat blog ni untuk apa. Nak kata suka2. Masa tu aku baru je kehilangan mak aku. Nak kata untuk release stress... Hmm... Mungkin kot.

Penah gak dulu rasa macam nak private je blog nih. Sebab segan plak bile ade orang bace time2 aku meraban. Tambah2 lagi bila jadik bahan hangat time balik kampung sebab rupa2nya kazen2 aku ada jugak yang jadik silent reader aku. Siap pegi print gambar2 arwah lagi untuk simpanan dorang. Hmm... Malu pun ada. Hahahh... Lepas tu plak dalam surat khabar pun kuar statement bukan2 pasal kalo blogger2 silap bagi pendapat yang mungkin bleh menggugat keamanan negara, nanti kena tangkap.

Tapi... Tiba2 aku rasa... Lantak la sape nak baca pun kan...

Lagipun ni je la satu2nye dunia yang aku rasa best dari nak menghadap realiti kat luar. Hari2 cerita tak best2. Hari2 pegi kelas dengan takde mood kadang2. Real life bukan seronok pun kadang2. Dengan blog ni, blogwalking, apape je la kan... Aku rasa macam duduk dalam fairytales. Kadang2 seronok bace citer hepi2 orang... Sedih sama2... Geram sama2...

Kadang2 aku nak jugak pendapat orang. Kadang2 orang2 pun suka bagi pendapat walaupun tak diminta. Aku hargai semua tuh. =)

Hah! Tengok!! Mesti melalut2 entah kemana2 je. Padahal aku sebenarnye nak tanye je mana pegi orang2 yang aku kenal dalam dunia blog awal2 dulu... Ye lah, sebab aku follow dorang pun, dorang macam dah berzaman je sepi tanpe cerita2 baru... Huhuhh...

Saya, Aslina, dengan ini telah berjanji akan lebih giat untuk blogwalking/bloghunting tanpa mengira apa jua situasi. InsyaAllah, saya juga akan berusaha untuk meninggalkan jejak dekat blog2 yang saya terjah. =)

Entry Caca-Marba.

Ini "kakak homeroom" aku mase kat Beseri dulu. Yang baju putih tu arr... Yang comel2 dengan rendang2 tu adalah aku. Hah! Jangan komplen lebih2. Aku tamau dengar.

Akak homeroom aku ni jugak adalah yang first dalam homeroom aku yang telah berjaya melangkah ke alam baru. Hahah~~!! Sok adalah kenduri kawen beliau dekat Kedah sana. Kitorang2 adik2/ akak2/ abang2 beliau yang lain telah sepakat plan nak pegi beramai2...

Ni arr homeroom a.k.a kuarge pelajar 5 Nurani 2... See... Dalam gamba ni pun tetap nak duduk sebelah2.

Uhh...Tapi tatau la aku bleh pegi ke tak... Apa gila pakai lawa2 lepas tu bantai merempit ikut highway dengan kelajuan 140? Nanti sampai umah dia aku dah jadi roti canai kot?

Sikit flashback pasal aku ngan dier. Dier memang macam kakak aku lah. Sedih betul dia ada adik rebel macam aku. Haha. Since form 4 lah aku berkepit je dengan beliau. Kelas sama. Tapi masa form 4 first sem tak duduk sebelah2. Masa form 4 second sem, tukar kelas sebab masa tu dah pandai sikit, lagipun kelas baru kan... Tak brape kenal dengan dak2 kelas lain, so, duduk la sebelah aku...

Hari2 suka nasihatkan aku rajin belajar macam dia. Tapi aku macam biasa la. Sumpah time tu kalo aku study, arwah mak ngan arwah ayah aku akan buat kenduri 44 hari 44 malam. Tu sebab aku study je tu. Memang pemalas study yang amat dahsyat aku nih.

Lepas tu form 5 kami jugak sama2 kene down-grade kelas. Pun duduk sebelah aku jugak. Tapi aku menten la ngan perangai rebel aku. Tapi time ni dier da start berjiwang2 dengan Jimmy. Satu fakta menarik. Jimmy rajin belajar sebab dia. Serious. Sampai la masing2 further study dekat Jepun.

Dan skang dorang da nak berumah tangga. Kira long lasting jugak la relation dorang. So, sape2 yang terbace entry aku... Yang budak2 Beseri especially, sapa nak pi esok... Kalo rasa2 nak lalu Kuala Selangor, bleh la inform aku. Aku nak pi wey... Tapi tengok keadaan la cemana...

Nak2 plak skang dah masuk minggu ke-7 semester nih. Projek2 haram 1 apa pun tak start lagi. Takde mood gila la. Laptop pun tak elok2 lagi... Cemano la aku mau start wat keje?

Adesss... Stress!! Stress!!

Bila stress mula la kuat makan. Sekarang aku berjaya menjadikan berat aku kepada 63kg. Wahahahahhh~~!! Satu pencapaian yang membanggakan tuh. 7 tahun kot amik masa nak naik 13 kg. Hebat tak hebat? Orang lain berat naik sekelip mata je. Aku sampai 7 tahun nak cecah 63kg.

Tapi skang kene kurangkan balik ah. Sejak2 divisyen mechatronics mengeluarkan notis wajib pakai baju korperat tiap2 Isnin. Dah la gatal pegi order saiz M. Hahahhh... Mampos ahh... Tengah2 berharap yang baju tu lambat siap.

Sekarang aku tatau nak taip apa. Sebab aku tau citer awal2 dengan ending tu memang takde kene-mengene. Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday, March 4, 2010

Saya Suka Mejik2!!

Sejak lepak2 dengan Nos tengah hari tadi sebelum kelas signal...

Terus aku pun addict sama dengan benda2 berkaitan mejik2 nih... Lebih2 lagi bila manusia yang hemsem buat benda mejik2 nih. Terus je rasa jatuh chenta. Nasib baik la dia ni kat Jepun. Kalo duduk berjiran dengan aku... Hari2 aku pegi umah dia suh buat mejik2 yang best2.

Sekarang aku nak sambung tengok youtube pasal beliau. Dengan menggunakan laptop Kak Syima. Laptop aku masih sakit2 lagi.

Jangan terkezut kalau minggu depan aku dah pandai cakap bahasa Jepun. Apa? Ingat Zef dengan Edi saje ke bleh pegi UiTM belajar bahasa Jepun?

Ok. Aku bagi sikit hint pasal dia dekat bawah. Tapi dalam bentuk 20 saat promo AXN Taiwan.



Lepas ni pandai2 la korang cari sendiri pasal Cyril Takayama ni. =)

Yang ni paling aku suka. Magician Cyril Goes Golfing. Percayalah. Tiger Woods pun tak terfikir nak buat macam dia.

Dan yang ni. Magical Fish. Haha. Amacam? Cara tak?

Wednesday, March 3, 2010

Random #31

Lain kali nak kelas penuh tiap2 hari ada kelas, masa kelas last untuk minggu ni, remind dekat student yang minggu depan ada test.

Sumpah takde yang akan ponteng.

Bila dah masuk minggu depan tu, buat2 lupa pasal test dan ajar kelas chapter baru dengan penuh perasaan sambil diselit2 dengan sikit2 sesi motivasi secara 1 Malaysia dalam kelas.

Macam celaka. Penat je aku buat2 cuak konon2 pitam sebab ada 3 test sederet harini.

Sekali tinggal 2 test je. Confirm full marks plak tu.

Hah! Sapa cakap study sambil tido tak berkesan?

Tuesday, March 2, 2010

3 Test Sederet Esok. Ada Berani?

Dah2... Sila antar laptop ke kedai untuk fix bluetooth + wireless adapter, speaker dengan suruh orang tu pikir camne nak cabut bateri sekali.

Takde laptop baru bleh study. Kalo tak, asik men game dekat fesbuk je. Padahal esok direct satu hari ada 3 spesis test tahap berani mati punya hardcore.

Oh, ye. Kepada pemilik keta kembara kaler purple dekat2 Pusat Pelajar tadi tu, len kali, kalo nak ajar awek kau driving ke, nak bercinta dalam keta ke, atau ape je, tolong la pegi je dekat fakulti kejuruteraan tu. Situ ko nak bawak keta dengan kelajuan 5km/j pun takde sapa nak marah. Lebih2 lagi time weekend.

Macam2 kau bleh ajar awek kau kat sana. Dari silibus pelajaran, kursus memandu, kursus kawen, sampai la drift pun kau bleh buat kat sana. Ini bawak keta pun huru-hara. Nak potong pun susah!

Apa guna jalan lingkar2, tempat parking sepah2, jalan sempit, jalan bukit2 dan macam2 jenis jalan ada dekat belakang fakulti tu kalo tak digunakan dengan betul, ye tak?

Esok pukul 12.30 ada test strength. Chill la. Soklan senang kot. Kata pun repeat. Pukul 2 petang ada MCS pulak. Kata terer CS. Apa barang tak boleh jawap, kan? Pukul 5 ada test Robot Dynamic pulak. Lagi la takleh blah. Kata cekap gila main matrix. Sebelah hidung je bai...

Lusa pagi2 buta pukul 8.45 pagi ada Microcontroller plak. Pun chill jugak.

Okeh. Aku nak pegi study ni. Sambil tido. Dalam tido pun boleh study apa? Lagi style!

Monday, March 1, 2010

Trip To Terengganu 2009 Part 2, 3, & 4... Suka Hati La Berapa Pun!!

Haha... Ni gaya orang yang nak cerita pengalaman pegi mencandat sotong sambil jalan2 dekat Terengganu tahun lepas, tapi malas nak buat cantik2, susun gambar2 elok2 dan sebagainye. Tambahan pulak tengah bosan tak tentu hala sekarang nih ni... Padahal tak sedar diri hari Rabu dengan Khamis berderet2 test...

Yang bawah ni "Part 2" punya story yang sepatutnye aku citer dulu. Tapi aku pun dah lupa nak cerita apa, so, korang scroll je la gambar tengok perangai tak senonoh seko2 time atas kapal. Takde ape nak kontrol pun masa tu. Bukan ade bakal mak mentua lalu-lalang atas kapal tu pun. Mak tiri angkat tu ada lah. Part 2 ni gambar2 masa mencandat sotong.

Lumba kapal

Masa ni duduk atas bumbung kapal sambil candid2 gambar orang kat bawah...

Layan blues la konon2...

Wartawan tengah amik statement2 peserta lawatan mencandat sotong sambil blaja ni...

Sesekali wartawan pun mau pose comel jugak =)

Sebenarnye tahan sakit ni, jari aku tersangkut dekat menatang candat tu...

Cara2 membaling dengan betul, ye kawan2...

Eh, salah eh?

Humban je, As... Takyah nak calculate kedalaman laut lagi dah... Kata Kak Syima.

Hasil tangkapan saya yang pertama

Malas nak duduk betul2 dah... Letih owhh...

Pemandangan senja2...

Kenapa kau sotong? Say something, pleaseee...

Jiran2 selaut

Hasil tangkapan

Hasil yang digoreng begitu sahaja... Sedap beb!!

Telur sotong

Kari sotong gaya nelayan... Simple tapi sedap!!

Pemandangan pukul 1 pagi

Tension gila babi sebab tali terpintal2

Mangsa kelaparan

Makan konon2 sopan

Pemandangan atas kapal pukul 3 pagi

Nak balik dah

Tangkapan terakhir Kak Syima



Ini "Part 3". Part 3 ni cerita pasal kami shopping tak ingat dunia dekat Pasar Payang tu. Pasar Payang ke? Rambang mata jugak la tengok benda2 dijual kat situ. Mujur la aku tak berapa nak ada nafsu shopping2. Kalo tidak... Mesti bengkrap terus aku kat situ. Dah la pegi pun dengan loan dari mak tiri angkat. Sini macam2 wohh ada jual... Dari barang kering sampai ke barang basah. Dari barang dapur sampai ke barang2 biasa2. Macam shopping complex jugak la. Cuma kau tak jumpa Harvey Norman je kat sini.

"Surau bergerak" kata Adli

Dia ni dah rambang mata tengok kain2 di kedai kain

Aku pun pilih2 baju untuk anak2 buah kesayangan kat Penang =)

Pasar Payang ni pun ada jual buah2 jugak

Mainan2 budak2 pun ada jugak... Meriah pasar ni u olls!!

Sape nampak aku? Haha...

Dia nak shopping kuali2

Nisan=Manisan. Bukan batu nisan =p

Telur penyu. Aku tak makan ni. Konon2 sayang penyu...

Periuk, kuali semua ada jual kat sini. Mabeles lah!! Murah plak tu...



Masih Part 3. Tapi malam2 hari plak. Aku pun da lupa hari ke berapa. Cheh!! Macam la pegi banyak hari kan... Padahal 3 hari 2 malam je pun. Kot? Tahun lepas. Aku dah lupa dowhhh~~ Banyak makan semut lately... Hah! Malam tu kami pi karaoke dan buat bbq.

Ah Wie celup tengah feeling2 nyanyi sampai wife dia kat sebelah tertido...

Adli cuak pilih lagu macam nak jawap SPM

Tunggu turn nak men-sumbang-kan suara...

Siang sotong. Siang ke?

Gigih tak gigih?

Organizer main tipu... Grill dalam umah je...

Setengah kene grill dalam umah

Takde semangat bbq sebenar...

Larikan sotong secara senyap2...

Bbq kat luar la, baru true!!

Semua ni lakonan semata2...

Lakonan jugak...Haha!!

Bile nak masak niehhh...

Marilah makan... Weee~~

Cubit jangan tak cubit!! Sedap wohhh...



Part 4. Hari balik yang panjang dan mencabar. Mana tak mencabarnye... Sikit2 singgah gerai tepi jalan. Sebab nak makan. Check-out umah dari tengahari pukul 12 tengahari, merayau2 sampai KL balik pukul 2 pagi. Aku dengan Kak Syima sampai umah kat Kuala Selangor plak pukul 3 pagi lebih2. Terbabas kot pegi kelas masa tu. Eh? Short semester mana amik kelas apape... Layan je gambar...

Part 4A - Lawatan sambil belajar ke masjid terapung dan kawasan sekitar.

Kami ramai2

Cantikkan masjid terapung?

Scenery yang cantik dekat2 masjid terapung

Artistik gila

Aweks2

Scenery cantik yang aku capture guna enset murah aku

Guna enset aku jugak. Tapi cantik lah!! I like!!

Toilet sini caj mahal, ok? Nasib baik la bersih...



Part 4B - Lawatan sambil belajar ke kawasan perusahaan keropok lekor.

Orang kuat perusahaan keropok lekor

Cara2 nak golek2 kopok lekor

Camni yeee...

Borong jangan tak borong...

Bahagian dalam kedai

Makan2...

Makan pun mesti pose, uolls!!

Kena sawan kopok lekor...

Kopok lekor special untuk kitorang. Versi bulat2 sebab kebanyakkan yang datang semua bulat2

Teruja terlebih2 sampai juling...

Tempat jemur2 ikan kot...

Tempat rebus2 kopok... Kalo ko degil pun bleh join kene rebus sama2. Muat je nihh

Ramai pembeli sini... Bukan kami2 je...



Part 4C - Tempat singgah2 makan sepanjang perjalanan balik. Macam2. Makan otak2 la... Makan durian la... Singgah hentian sebelah, makan2 lagi laa... Makan je kejenye... Mana la tak comel sampai sekarang?

Gerai jual otak2 dengan sata

Yang panjang2 tu otak2, yang segi tiga tu sata. Bukan SATA HDD tau!

Sata ini sedap laa!!

Next stop: Makan durian

Makan tak ingat dunia la...

Tah bape bijik durian kitorang hangkut makan...

Makan macam nak gaduh!

Licin ni kami sental...

Petua: Kalo minum air dalam kulit durian, bleh elak dari panas badan + demam lepas makan durian.

Petua: Basuh tangan melalui kulit durian... Bleh tanggalkan kotoran2 sisa makan durian dekat tangan.

Macam ni la lebih kurang...

Senja nan indah...

Berenti makan kat R&R mana tah... Lupa daa...

Makan2 sini... Organizer dan wife dia...Candid la pe lagi kan?

Hahahaa... Pose sebelum makan...



Hah! Abeh pun... Bye2 Terengganu... Cadang2 tu tahun ni nak buat lagi. Tapi aku tak dapat join la sebab bajet bersepah2 lari 4x400 meter tinggal aku. Lagipun Kak Syima pun tak jadi nak pegi... Tapi tatau la orang lain... Kalo cukup orang tu, tak kira siapa, laju je dorang ni organize...