Lama dah aku nak bukak citer ni. Tapi insiden baru2 ni sangat menjeruk perasaan aku untuk declare kat sini yang orang itu bukan lagi kawan aku. Bukan kawan baik je aku dah reject. Nak buat kawan biasa pun aku TAK HINGIN!
Aku pernah citer pasal dia kat
sini, pasal dia dan boifereng serta benda pelik untuk teka-teki di
sini, boleh kata sebelum2 ni memang aku antara kawan baik dier la. Dah la aku pendengar setia masalah dier dengan family laa... Masalah dier dengan
bekas-suami-orang-merangkap-cinta-hati-dia-tapi-kadang2-taknak-mengaku-couple... Masalah dier dengan entah sapa2 yang nak cari masalah dengan dia la... Dan jugak pernah hampir2 offer dier duduk sementara dengan aku sebab konon tak tahan mak dier asik control life dier dan ex-wife buah hati dier tak habis2 ganggu dier. Pukul 3 pagi pun gigih call aku kalo dier nak citer pasal masalah dier.
Siap kalo aku masih di Kuala Selangor, beriye SMS aku tanya bila nak balik sebab boleh menggunakan aku sebagai alasan untuk kuar jumpe dengan buah hati dier. Sanggup datang umah aku jemput aku kuar dengan skuter siap belanja aku makan la semua sebab konon lama tak jumpa, jarang jumpa, etc yang sebenarnye ade maksud lain disebalik itu. Ok fine. Aku memang lemah sikit dengan kawan2.
Aku bodoh dan rela dipergunakan oleh kawan2 asalkan kawan2 aku bahagia. Aku suffer sikit takpe. Aku buat tak kisah je. FYI dier pernah buat arwah ayah aku rasa aku memang ade kawan untuk kuar berjalan2 dan tak hanye terperap kat umah masa cuti.
Last aku contact dier adalah ketika beberapa hari sebelum start praktikal, itu pun cuma SMS. Dia ada masalah sampai rasa nak lari dari umah. Tak matang betul perangai. Last jumpa pulak masa kitorang kuar lepak2 tepi laut. Tu pun 2-3 bulan lepas. Sebab aku rasa dier salah sorang trusted fren aku, so, ade la sikit personal matter aku share dengan dier. Aku rasa tu la kot punca kenapa dier terus buat2 tak kenal aku. Ok, fine. Dat time aku pressure. Sangat2 pressure. Memang aku perlukan seseorang untuk cerita masalah aku. Ingat selama ni aku hepi2 ni aku takde masalah ke?
Dah la dier adalah kawan aku yang paling dekat sekali dengan umah aku, tapi TAK PERNAH sekali pun datang melawat aku masa aku tengah sedih2 kehilangan both my parents. Walaupun masa tu aku nak sangat ada sorang kawan baik aku datang dan tolong comfort aku yang tengah sedih2. Aku tak perlu kawan berlainan jantina datang pujuk. Tapi aku nak orang yang selama ni aku anggap bestfren datang pujuk. Salah ke?
Kadang2 masalah aku lebih berat dari masalah remeh-temeh dia. Aku ada sharing past life aku. Sama macam aku share dekat
Jumie. Becoz masa tu problem aku memang related dengan past life aku. Maybe dier tak boleh terima ada kawan yang teruk dan agak hina macam aku kan? Aku bukan nak mintak simpati, tapi masa tu aku tak pikir banyak. Pada aku, kalau dia boleh kadang2 bebankan aku dengan masalah dier, kenapa masalah aku dia takmau tolong dengar. At least?
Sekarang haram la nak contact aku. Aku ingat mula2 dier tukar nombor. Mana la tahu kan? Aku ada test kacau dia dengan nombor Celcom yang aku guna untuk online ni. Ada je reply. Tapi aku takmo la reveal aku sapa. Cukup la aku dapat confirmation yang dia masih guna nombor tu.
Pastu dalam minggu ni jugak, sebab aku miss pegi annual dinner kat E&O Hotel tu, dan aku lapar gila lepas bangun tidur walaupun tak sihat, aku gigih jugak pegi pasar malam cari makanan. Dan aku terserempak dengan dia. Selisih tepi je. Bukan dia tak kenal aku. Kalo dulu, nampak aku, dari jauh lagi sanggup lari2 datang dekat semata2 nak tegur. Ni memang buat bodo habis. Pada aku, maybe dier tak nampak kot sebab aku jalan laju sangat. Kata lapar kan?
Then kali kedua terserempak lagi. Kali ni memang aku jalan bertentang dengan dia. Haram taknak tegur aku walaupun aku tau dia perasan tu aku. Senyum pun jauh sekali. Aku pun buat bodo je la. Dah orang tak sudi nak tegur, buat apa aku terhegeh2 pulak nak tegur kan? Atau, kalo dier malu nak tegur aku, maybe dia boleh SMS je kat nombor aku. Tapi sampai sekarang. Takde ape pun.
Aku bukan nak ungkit. Tapi aku rasa ralat sangat sebab aku fikir aku dah buat silap sejak 9 tahun yang lepas kerana memilih dier sebagai salah sorang kawan aku. Nak mention nama dier kat sini pun aku taknak. Aku memang takkan mengaku dier kawan aku sampai bila2. Walaupun selepas ni kalo dia ada masalah, dier nak datang cari aku. Sorry. Go to hell.
Sekarang aku susah nak percaya orang nak jadik bestfren aku. Better aku sorang2 dan mempunyai ramai kenalan daripada mempunyai bestfren, tapi perangai macam celaka dan boleh dilucutkan taraf sebagai bestfren.