Friday, January 28, 2011

Malang Bertimpa... Mungkinkah Ada Berita Gumbira Disebalik Itu??

Dalam minggu ni rasa macam boleh tahan malang hidup. Tapi takleh la nak ngeluh sangat... Mungkin disebalik malang tak berbau tu ada kemungkinan untuk bergembira-gembira dikemudian hari kan? Sape tau ye tak??

Mula dengan hari Rabu lepas. Pasal Skynet cari pasal antar Jonny dengan side mirror dan plet pecah. Huhu. Kata dorang nak call. Sampai harini takde call. Tatau la report ke tidak kerosakan tu. Gambar pun ade je... Citer dalam blog ni pun ade kat sini ha...

Pastu semalam tergolek tepi jalan. Hehe. Sebab nak elak kambing punye pasal. Dan lori. Huhuhh... Nasib baik la takde mende kecederaan teruk. Setakat lebam-lebam. Makan bleh lagi. Kira sihat la. Takde patah kat mana-mana. Cuma kambing tu... Kalo dapat, pastu wat barbeque kan... Mesti best... *meleleh air liur pikir... Da la lapaq nihhh*

Yang latest... Tadi la. Helmet ilang. Jumpe sisa-sisa je. Bekas kene gunting atau potong ngan pisau, wallahualam. Kalo ilang dekat tempat yang merepek-repek macam shopping complex ke... Tempat banyak orang curi moto/helmet ke... Kawasan perumahan ke... Aku tak heran sangat... Tapi ini dekat tempat menimba ilmu. Tempat aku letak tu pun tempat yang selalu-selalu aku letak. Ramai orang lalu-lalang. Sikit kecewa la kat situ. Tak sangke dalam strict-strict university aku tapis student masuk pun rupanya ada jugak beruk terlepas.


Cume makhluk-makhluk tu je tak reti nak mintak pinjam ke apa ngan aku... Bukan tak penah aku pinjamkan helmet... Siap Jonny pun penah aku pinjamkan... Pastu Jonny ni plak kategori glemer dalam FK tu. Hehe. Sape tak kenal Jonny tu? Hanye junior-junior atau orang luar je tak kenal kuda peliharaan aku ni. Tinggal kenangan je la helmet 'Power Rangers' aku ni... Takpe la... Rezeki aku dengan beliau setakat ni saje :(

Apakah aku bakal dapat helmet baru?

Hehehe...

Thursday, January 27, 2011

Wedding Dream + Love Story.... Bukan Aku Punye Daaaa...

Hahahahaahaaa... Hampeh bukan tajuk di atas?

Memang la bukan aku punya pun. Maklum la dekat fesbuk skang kemain kecoh lagi pasal contest by CST Production dan Datin Lynda Rahim tu. Semua pakat dok promote suruh undi kat sini. Aku ingatkan sikit la manusia yang join. Sekali, hambik kooo... Ramai kot. 163 entries semua. Plus notes dalam fesbuk dan blog-blog yang bertanding.

Guess what, semalam aku buat keja gila spent masa satu hari suntuk baca semua yang ada. Actually takde la sangat sampai 163 orang yang join. Tatau la dorang ni mungkin pening pasal banyak sangat entry kan, maka ada setengah yang dah masuk list dekat blog, sekali nombor berulang sebab notes kat fesbuk pun masuk sama. Pulak tu ada yang invalid link. Haih... Kenapa la takde sapa lantik aku jadi tukang tapis? Aku memang rajin hal-hal cenggini. Tapi benda yang penting? Study DCS misalnya? Tak sampai setengah jam, otak dah keluarkan asap... Padahal test hari Sabtu ni. HAHAHAHHH~~!!

Eh, aku tolong promote kat korang-korang yang bace blog aku ni, sile la vote kawan-kawan aku. Tapi paling utama, vote la yang nombor 89 tu. Nanti kot rezeki dia dapat la merasa makan nasi briyani unta baheeeeekk punya time wedding dia... Lain-lain yang aku vote adalah; 15, 27, 55, 89, 92, 108, 111, 137, 138, 147, 155... Tu diaaaa... Rasa-rasa korang nak vote dorang ni silakan la. Atau nak vote orang lain pun tarak sapa nak marah aihhh... :)

Knape aku tak join? Sebabbbb....

Sejak aku clash secara... Hmm... Tatau la camne nak cakap tu kan... Dengan konon ngan true lover konon-konon yang ke-3 tu dulu setelah ala-ala couple macam lama gila secara online, dan hanya call, dan webcam ym je penghubung kadang-kadang tu... Maka aku pun da macam malas je nak couple ke apa atau letak harapan menggunung nak nikah. Agak kecewa di situ.

Tambah lagi sadis... Dulu penah la berangan biar apape pun jadik... Memandangkan malang sangat asik dapat boifreng jenis kaki menipu dalam diam-diam ade awek lain, so, penah la berangan biar mak ayah je carikan jodoh. Klasik ok? Tapi apakan daya. Mak ayah pun dah takde. Nak harap abang aku? Dah tentu dia cakap jangan nak mengada-ngada.

So, takde la apape sweet-sweet love story ke... Wedding dream ke apa kat situ. Kalo tanya aku pasal wedding dream tu, sumpah blank. Walaupun orang cakap pompuan ni suka berimaginasi macam-macam bila bab-bab camni. Tapi bukan aku. Langsung rasa nak quit jadik pompuan bila orang tanye pasal impian aku. Serious takde. Sebab tu la aku tak join. Dah cakap da aku ni membosankan.

Wednesday, January 26, 2011

Jonny's Journey

Sesape yang ade add aku kat fesbuk mesti perasan kewujudan album bertajuk seperti di atas. Aku bukan apa, antar mms kat abang aku dia tak dapat plak. Ye la nak mengadu betapa disasternya keadaan Jonny ketika sampai di Kuala Selangor. Gambar ni dari enset aku sebab akak (eh? ke adik) yang keje kat Skynet Kuala Selangor ni mintak aku tangkap gambar guna enset aku. Clear sikit.


Haha. Tangkap gambar siap tau. Ni kali kedua ni berlaku kat aku bende pelik-pelik dari Skynet Penang. Kali pertama dah salah antar. Heiii... Geram aku. Kali kedua siap begini. Side mirror kiri pecah cermin dengan plet nombor kat blakang tu patah.

Takde la aku nak tunjuk plet depan tu camne rupe dier. Bukan tatau korang nih kang ade wat modal pegi tikam pasal ke-suwey-an yang terjadi ni. Eheh. Takde lah. Aku tau readers aku seme baik-baik tak layan mende-mende khurafat camtu.

Lepas tu borak lebih-kurang sebab boss dorang pun takde, aku blah la. Tapi ade ke Jonny merajuk tiba-tiba dengan aku. Da tamau start plak dah. Kalo dulu minyak setitik pun gagah lagi boleh start. Ok hyperbola la minyak setitik. Mana aku tau ye dok? Tapi selalu-selalu aku balik kelas tu minyak da lebih bawah dari E. Rileks je jalan. Maka dia merajuk dan aku pun gigih la tolak dia sampai ke Shell. Nasib baik la dekat. Tapi berpeluh jugak la.

Dah isi minyak aku terus dengan mission aku pegi workshop peribadi Jonny. Ewah. Jangan memain ko Jonny ada personal workshop tau? Haa... Sebab aku nak check, betul ke tidak apa yang mekanik kat Penang tu buat sampai seminggu Jonny tersadai kat workshop itu. Sebab abang aku cerita dorang wat wiring je. Padahal abang aku saspek coil. Apakah coil dalam moto? Adakah beliau begini?


Ohh... Bukan... Ini adalah MOSQUITO COIL. Source : libaslajulaju.

Sebenarnya bukan la coil pun. Nama mendelah bermasalah itu adalah regulator & rectifier. Pandai-pandai korang la google pasal kegunaan rectifier dengan regulator ni. Bende ni da damage dan rusty sebab da dekat 3 tahun Jonny berskandal dengan aku. Maka bila dia dah tak berkeupayaan nak menstabilkan voltage motor, maka terjadi la bateri motor overcharged atau discharged, oleh sebab itu haritu electrical system Jonny cepat je out walaupun da tukar bateri baru. Sungguh merbahaya ok bawak moto takde signal semua. Dah tak pasal kene praktikkan apa yang test JPJ dulu. T__T. Dan mekanik Jonny tu sempat lagi mengutuk regulator tu kuar dari kilang bersaiz kecik. Hehe... Mau untung maaa.... :D


 Ini lokasi beliau di dalam Jonny. Ok Jonny bersawang di dalam. T___T 



Ini rupa bentuk sebenar. Dah teroksida dan rusty teruk bak kata orang kampung aku. Abaikan sawang-sawang kat celah-celah situ kalo ada. T___T.

Dah jadi macam blog mekanik kan blog aku skang? Padahal background dengan header kemain ceria seperti gadis-gadis. Cewah. Gadis. *Muntahlajulaju*



Dan begini la rupanya bila dah pasang baru. Mana laa takde teroksida benda ni. Jonny ni da la lasak, Selasak tuan dia yang suka betul travel balik kampung dengan moto. Pulak tu bukan dekat perjalanan. Paling-paling busuk pun 343km. Itu pun bukan setakat habiskan sepanjang hari atas highway, kemain la pecut macam Valentino Rossi. Punya la feeling-feeling naik superbike padahal tak sedar diri kaki tak jejak tanah bila naik superbike. T__T.

Takpa. Nanti aku kaya tahap upline-upline unstopbebal tu semua, aku nak order custom made superbike mengikut ketinggian. Haha. Tu la masalah aku dengan abang aku. Kami ni comel sangat untuk naik superbike gempak-gempak tu. Tadi pun try-try naik Kawasaki ER-6f tu pun macam terkial-kial. Lepas tu kene gelak dengan wife tokey workshop tu. Aaa... Hampeh. :D

Tuesday, January 25, 2011

Random #58

Blog saya sungguhhhhhhh ceriiiaaaaa....!!!!

Saya sukaaaa....!!! :D

Sunday, January 23, 2011

Topap The Legend. Hua hua huaa...


Sekarang ni misteri kenapa kredit aku tak berkurang semenjak-dua-tiga menjak ni sudah terjawap... Tapi bila masa aku dapat free sms dengan free call ni?? Hotlink tak bagi apape notification punnnn... Gila tadi terkial-kial cari cara macam mana nak check. Skang ni da pandai. LOL. Apa la susah sangat nak tau ni?


Dah la tarikh luput dia tulis kemain la sepanjang hayat. Kao hado?

Maka, takkan ku berpaling lagi ke lain-lain provider. Buat brader haritu... Betul la aku topap tiap-tiap bulan cuma RM5 je. Tapi bulan ni aku belum topap lagi sebenarnya. Agaknya sampai hujung bulan ni kot maintain dengan baki yang ada ni.

Nak contact sape je pun ye dok?

Saturday, January 22, 2011

5 Sebab Kenapa Aku Sanggup Travel Balik Jejauh Dengan Moto.

PERINGATAN : Entry ni panjang dan penuh emosi.


1 - Jimat belanja.

Ini harus la aku letak paling atas skali... Sebab korang tau tak bahawasanya perjalanan aku dari Kuala Selangor ke Penang hanya RM16.40 dan dari Penang ke Kuala Selangor hanya RM15 sahaje? Lebihan RM1.40 adalah sebab tol Jambatan Pulau Pinang. Jauh berbeza bukan dengan beberapa hari yang lepas sebab Jonny rosak dan terpaksa stranded di Penang, maka aku terpaksa berhabis RM262 untuk balik dari Penang ke Kuala Selangor yang bersamaan hampir 15 ke 16 kali aku bleh balik ke Penang. Portion RM262 tersebut adalah seperti berikut;
  • Tambang bas Penang - Klang = RM37
  • Teksi Klang Central - Klang   = RM20
  • Bas Klang - Kuala Selangor   = RM5
  • Antar moto Skynet                 = RM200
Tu sekali balik tu. Bajet lari kot. Banyak tu lari. Korang yang jenis study dapat loan tapi masih mengharap duit mak bapak ujung-ujung bulan apa tau? Atau korang yang dah keje dan mengharap duit gaji tiap-tiap bulan, apa tau? Hanya orang yang hidup dia 100% bergantung hidup pada loan untuk hidup je bleh hayati sikit-sikit kesengsaraan nak kuarkan RM262 tu secara saja-saja camni padahal ada alternatif lain yang jauh berbelas kali ganda lebih murah. Silap-silap haribulan sanggup tak balik kampung demi kos yang begitu tinggi macam ni. Kalo kena time raya, baru true layan lagu Dendang Perantau depan pintu rumah. Lepas tu emo sorang-sorang dekat fesbuk sebab tak balik beraya walaupun raya haji.


2 - Puas hati balik sendiri sebab dapat jimat masa.

Ni aku letak second sebab selama ni aku balik naik moto memang jimatkan masa. Perjalanan cuma mengambil mase selama 4 jam 30 minit kalo aku buat gila sepanjang jalan pun nak belasah 120km/j sambil feeling-feeling bawak superbike dan di tempat-tempat berhenti rehat aku isi minyak terus ciao tanpa melenggang-lenggang kangkung tawaf food court RnR sebanyak 5-6 kali untuk pilih makanan yang ending dia aku akan beli karipap dengan Livita Honey je. Atau perut tak mengada-ngada buat hal nak berak pulak kat situ. Maklum la tandas bersih. Feeling nak membuang isi perut dan buang masa tu lebih gemilang dari biasa. 

Ala biasa-biasa pun aku balik paling lama pun aku balik dekat 7 jam. Tu pun sebab banyak berhenti sebab hujan lebat. Aku puas hati balik sendiri tu bukan apa, kalo kata eksiden, aku sendiri yang salah. Kalo naik bas, tapi eksiden. Itu bleh mendatangkan amarah sebab terasa seperti nyawa aku dipermain-mainkan dengan harga tiket yang aku bayar. Sama nilai dengan harga tiket tu. Apakah??? Ce cite, ce cite ngan aku apa benda safety yang perkhidmatan bas dalam Malaysia ni provide selain pemandu yang terlatih setara dengan pemandu F1 yang sibuk mengejar trip, kalo takde trip, takde gaji???


3 - Takyah berdepan dengan kerenah agen tiket bas yang super annoying.

Ini pun punca aku mengamuk dekat tempat tiket stesen bas Sungai Nibong Penang haritu. Sumpah annoying. Dah la duduk berkumpul ramai-ramai dekat tangga/kedai makan paling depan tu. Lepas tu pantang nampak orang naik tangga, even orang tu sebenarnya dah tau hala tuju tempat nak beli tiket dan dah jawap sesedap rasa pun masih nak PERASAN gile yang konon kita ikut dia untuk sampai ke kaunter tiket dia. Eiiii.... Tolongggg laa.... Lepas tu plak, sebenarnya kita dah biasa beli dengan satu-satu company ni dulu, tapi tiba-tiba entah mana datangnye manusia-manusia yang takde adab tiba-tiba datang berdiri keliling. Siap bising-bising suruh aku pegi ke kaunter dorang. 

Ko tak rasa insecure ke sebab kau dah la kecik, kau pompuan, tiba-tiba datang dekat 7-8 orang LELAKI keliling ko masing-masing tak berenti-renti cakap suruh pegi kaunter sendiri. Tiba-tiba je kau terasa tension dan seperti claustrophobia. Sangat menakutkan dan menyakitkan hati ok? Sebab tu aku jerit dan terus tak jadi beli. Balik dekat kereta aku suruh abang aku je pegi belikan. Tapi dia beli tak dengan company Konsortium tu la sebab dia tipu dorang kata nak pegi tandas. See? Dorang yang menutup periuk nasi sendiri dengan perangai annoying macam tu. Lagi nak bising kalo customer tanak beli tiket dengan dorang. Kalo tak mampu nak gajikan pekerja, cukup hired sorang staff dekat kaunter tiket je, boleh? Tak payah ramai-ramai macam agent dekat luar. Perangai macam budak-budak baru nak up cari downline buat multilevel-marketing je.


4 - Tak suka menunggu a.k.a susahkan orang.

Part ni paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaling bosan dalam sejarah aku balik dengan bas. Since aku sekolah menengah lagi la. Asal balik je, mesti kene tunggu orang amik dekat stesen bas. Pulak tu lama kau. Paling cepat pun kalo aku balik, turun kat Butterworth, pastu buat panggilan palsu cakap dah sampai padahal kau tengah berlegar-legar jalan-jalan cari makan, pekena semangkuk cendol baru terhegeh-hegeh naik feri. Bila dah sampai ke bahagian pulau, mata bercahaya-cahaya gemilang nampak orang tercangak-cangak cari kau. Haha. Baru tak rasa kena tunggu. 

Tapi semenjak kerajaan Penang baik hati buat stesen bas cantik mata memandang dekat tepi Tapak Pesta Pulau Pinang tu, dah tak boleh nak menipu lagi dah balik konon-konon nak turun kat Butterworth semata-mata nak berlengang sambil makan cendol. Maka kena la turun terus dalam pulau dan tunggu paling cepat selama 20 minit untuk arwah ayah datang amik. Itu pun mujur 20 minit. Kalo aku sampai pagi-pagi buta, paling cepat pun 40 minit. Kedatangan berserta bebelan kadang-kadang tu. Huhu. Terasa jugak kadang-kadang tu macam tak sudi je anak sendiri balik. Padahal bukan tiap-tiap minggu pun balik. Sebulan sekali pun payah. 3 bulan sekali balik pun nak kene bebel? Huuuu... 

Bukan aku tanak balik umah naik teksi ke apa, atau bas. Tapi paham-paham je la pagi-pagi buta pukul 4 pagi mana ada bas? Naik teksi plak aku takut sangat kalo jadi begini. Pengalaman aku sendiri beb, bukan dengar cerita-cerita orang. Macam haritu balik ke Kuala Selangor ni pun amik teksi tu pun dah cuak-cuak dah. Mana tak cuak nya sepanjang perjalanan tu pakcik teksi tu siap cerita dia bekas tahanan ISA dan ajak aku sembang pasal politik. Pulak tu macam takleh terima hakikat yang aku takde state parti mana aku suka. Ye lah, aku mana layan politik. Aku tak layan parti-parti ni semua. Pada aku kalo orang tu bleh wat keja, itu la yang terbaik, takyah nak kira la dia parti apa. Pakcik ni ahli majlis tertinggi PKR. Who? Wallahualam. Aku tak pandang muka dia langsung bila bercakap. Lantak nak cakap aku biadap ke apa, satgi kalo dia bajet aku parti lain kang, dia tinggal aku tengah-tengah jalan ke apa? Am I risk myself for that?? 

Aku siap amik langkah berjaga-jaga awal-awal lagi dengan pisau dalam poket seluar. Black pepper spray? Aku jenis tak bawak handbeg. Lantak la orang nak cakap aku saiko ke apa. Tapi korang nak bertanggung jawab ke kalo tiba-tiba kuar berita aku kene bunuh dan dijumpai dalam semak? Jangan kata teksi je lah. Mana-mana lelaki pun (classmates yang aku tak rapat atau even ex-ex aku sekalipun) aku tumpang keta dorang kalo aku kene duduk sebelah seat driver tu memang berpeluh-peluh jugak la rasanya kecuali kalo orang tu aku betul-betul kenal dan selalu sangat buli untuk menumpang naik keta semata-mata untuk rasa air-cond, itu aku takde hal. Afterall dulu aku tumpang naik keta dengan kawan-kawan sekelas pun aku duduk belakang. Aku pun heran. Takde ke teksi yang kalo aku naik, dorang cuma bukakan pintu belakang je? Hey, I paid for U to drive me ok? Kasik chance la aku feeling-feeling datin-datin di seat belakang!

Dan semenjak arwah takde, paling lama aku tunggu untuk orang amik aku adalah selama 4 jam. Ye kawan-kawan... 4 jam... Dalam 4 jam tu kalo aku menggedik macam pompuan lain, kemungkinan polis nak temui aku dalam semak sangatlah tinggi. Dengan harga bas, tiket bas... Boleh mengakibatkan aku kehabisan duit bila sampai je dalam pulau. Maka nak taknak terpaksa la tunggu. Naik teksi? Nak aku ulang cerita ni lagi? Sampai umah pun belum tentu ada orang nak tolong bayarkan. Mana la tau akak ipar aku balik kampung ke... Abang aku blom balik dari keje malam ke... Kan satu hal nak suruh pakcik teksi tu tunggu bersama-sama. Nak mintak tolong jiran? Ko apa hal pagi-pagi buta nak ketuk pintu rumah orang untuk pinjam duit? Gila?


5 - Tak suka nak deal dengan Skynet Penang.

Ok. Ini yang aku nak cerita sebenarnya. Skynet Penang ni pada aku sangat la bermasalah. Skynet Kuala Selangor ni jenis rileks-rileks je. Siap manager dia pun pernah belanja aku air kotak teh bunga beli kat kedai berdekatan. Kamceng tak kamceng la... Aku bengang Jonny tak sampai-sampai lagi padahal abang aku antar sejak hari Rabu haritu. Ok la. Rabu, Khamis cuti Thaipusam. Jumaat keja. Sabtu separuh hari. Apa gila expect aku tunggu Isnin baru dapat moto? Wey, aku bank-in kat abang aku RM200 ok, bayar full lagi untuk moto tu sampai ke sini. Takkan sebab aku bukan somebody jadi moto aku besar tak muat lori dorang yang kata abang aku hanya 2 bijik tu je sebab barang-barang lain nak didahulukan, Jonny kene ignore? Abes tu aku bukan customer? Mana lagi penting? Dorang caj barang ikut kg. Bila lagi besar, lagi berat maka lebih mahal. Bila bayar mahal, of course la lebih patut diberikan prioriti. Betul tak?

Dah la dulu handle moto aku sampai calar-calar. Aku nak marah sangat pun tak boleh sebab sampai kat aku, dekat Skynet Kuala Selangor ni. Lepas tu mula la nak cakap takkan sesama MELAYU pun nak bising-bising kecoh-kecoh. Ha ni la habit MELAYU yang buat aku malas nak mengaku aku Melayu. Suka sangat dengan sikap tak apa tu. Kita ada hak sendiri maa... Kalo da dok asik dengan tak apa tu, senang-senang je la kene pijak. Aku terus-terang cakap, dulu memang aku jenis ikut je apa orang cakap. Tapi bila pikir balik, benda simple macam ni pun orang boleh pijak-pijak kita, camne plak dengan bende-bende lain? Soal negara semua? Wah, tiba-tiba masuk pasal kenegaraan plak.

Dan sekarang aku macam orang bengong je tunggu Jonny tak sampai-sampai. Memang la tak mati duduk umah, Tapi Jonny tu degil jugak. Sehari takde orang nak start dier, mula la nak buat hal. Ini entah berapa hari orang tak peduli kat dia. Dia merajuk, aku yang susah. Bukan orang-orang Skynet tu nak sponsor duit nak betulkan Jonny kalo dia merajuk jenis "lain macam".

Lori tak cukup, itu bukan masalah aku. Aku bayar, aku customer, so, customer is always right. Hello? Skynet is WELL KNOWN WORLD WIDE ok? Takkan tak boleh nak tambah capital dekat cawangan dorang yang sibuk sehari kene deal dengan banyak barang? Takkan tak boleh tambah lori? Lain la kalo Skynet ni local punya company. Bukan nak kutuk, tapi local ni ye lah. Semua pun cakap kita 1Malaysia, mesti mau tolak ansur. Wak lu la bertolak ansur. They should serve the best for customer so that customer will satisfied and keep on dealing with them. Walaupun aku amik engineering, tapi aku belajar entrepreneurship jugak lah!! Siap score lagi tu, tau tak? So, kalo nak ajak aku meniaga pun tarak hal lah! Kadang-kadang tu bila boss dorang Chinese pun kadang-kadang perangai macam lahanat jugak. Bajet bisnes bangsa dia je penting. Datang kemudian pun takpe. Asalkan bangsa sendiri. Cheh! Dah macam racist plak. Bwahahaha. Takleh lebih-lebih, nanti aku yang kene saman. Maklum la... Aku kan rakyat biasa je.

Ini kali kedua deal dengan Skynet Penang dan kali kedua ni jugak buat hal dengan aku. Aku takkan salahkan abang aku sebab aku tau dia da susah-payah antarkan Jonny siap dengan terpaksa balik jalan kaki sebab kawan dia tatau jalan pegi Skynet situ, lalu tersesat, lalu balik je. Nampak sangat la Skynet ni bukan la sibuk sangat pun sebab kawan abang aku tu deal la jugak dengan kurier-kurier ni. Keje kilang kan? Kilang kan banyak deal dengan kurier? Tapi most kilang dalam Penang semua guna DHL atau FedEx. Skynet ni tak la sibuk sangat. Company kecik-kecik je pun walaupun world wide. Entah apape je. Dah la dulu siap salah hantar Jonny. Terang-terang tulis poskod pun lagi nak baca alamat tu jugak. Cakap je la tak reti nak baca alamat. Its a basic knowledge tau tak baca alamat dari bawah ke atas. Walaupun aku bukan posmen atau despatch, tapi aku tau. Tengok? Tengok?


Dah la panjang sangat aku emo-emo kat sini. Senang cerita kalo korang nak bangkang tindakan aku balik kampung dengan Jonny tu, baik korang pikir masak-masak apa benda alternatif yang paling baik dan boleh tepis kesemua 5 sebab yang logik untuk aku tak balik Penang dengan Jonny. Nak sambung tengok hindustan ni kat TV3. Bwahahahah~!!!

Friday, January 21, 2011

Why Oh Why...

Dah pukul 12.49 tengah hari da nehhhh... Abang aku cakap dia pos Jonny petang Rabu tu ari. Semalam kan cuti Thaipusam. Maka sepatutnye harini la da sampai. Aku punya laa gigih pesan-pesan dekat Angah tu cakap jangan tulis alamat penuh bagi mengelakkan kejadian sebegini dan begini berlaku lagi.

Maka aku suruh beliau tulis KUALA SELANGOR saje. Dan aku pun gigih la pegi gugel kot-kot ada Kuala Selangor lain sebab aku rasa macam aku lupa je nak bagi dia poskod sini.

Err... Ada ke Kuala Selangor kat negeri lain?

Jonny ai mish yuuuu... Sampai dekat demam-demam semalam punya la rindu sama Jonny. Bukan rindu apa, patah kaki ja tak boleh nak pegi pekan depan-depan tu pasal kalo jalan kaki rasa tak berbaloi. Kemungkinan dikejar anjing tu adalah tinggi sekali. Bukan apa. Penah kene kejar pun. Huhuu... Letih macam nak pitam punya berlari, okey?

Bukan kene kejar dengan anjing yang tengah garang-garang marah. Tapi dengan anjing yang confuse. Siap aku dengan pakai tudung semua pun dia boleh pikir aku tuan dia? Gila apa saiko anjing tersebut?

Be pozitip... Be pozitip... Mungkin Jonny sampai lepas Jumaat kot... Huhuhhh...

P/s: Header baru. Cat baru... Yeayy!!!

Thursday, January 20, 2011

Random #57

Mau tukar header.... Mau tukar header.... Tapi masih malas nak buat... Jangan kata tukar header.... Ini kerja terpenting di dunia ni pun tak gerak-gerak lagi. Camne la projek aku nak transform jadik optimus prime kalo asik takde gerak-gerak mende lagi???

P/s: Jonny maybe sampai esok... Yeayyy!!!

Wednesday, January 19, 2011

Hmm...

I just knew it that I'll be missing something or someone at first place in this week. I don't know, but just knew it. I have a bad feeling for something yet felt so uneasy since I'm returned from Penang past few days.

Dan tadi membuktikan segalanya. Btol la rasa-rasa tak sedap hati selama beberapa hari ni. Chatting pun bleh lost mind sekejap kadang-kadang. Skang da menyesal balik awal-awal. Padahal Isnin haritu mengamuk je tunggu bas lama-lama kot sebab nak pegi kelas tapi ended up tak dapat pegi pun. Da la satu kelas tu je for whole week...

Angah call bagitau sorang mak sedara da takde. Terribly shocking. Haritu tau dier jatuh dalam bilik air. But don't have any idea how long was she been warded. Almost 2 weeks kot. Terasa sikit menyesal di situ sebab balik haritu tak sempat pun melawat dia. Sebab few days lepas balik tu Jonny rosak. Nak ajak angah pegi melawat pun... Macam-macam benda kitorang kena setel sebab aku balik haritu... Pastu ended up terlupa camtu je. Ish! Ish! Ish!

I shouldn't forget. Tskkk... Sebab masa arwah mama ngan arwah ayah pegi Mekah dulu, I used to stay with her. Dia yang jaga aku untuk sebulan lebih tu... Dia adalah antara mak sedara aku yang paling aku rapat. Satu-satunya kakak kepada arwah mama sebab arwah mama punya adik-beradik semua lelaki kecuali Ngah Munah ni.

Al-fatihah buat Ngah Munah... Semoga beliau di tempatkan dikalangan golongan yang beriman...

Tak dapat balik ni untuk melawat arwah... Sebab balik dengan bas last weekend pun da mengakibatkan bajet sikit lari. T____T

P/s: Flora ni pun rupenye jenis malas bangun pagi. Orang lain sibuk cerita kucing kejutkan subuh ke apa. Tapi dia best je lagi tido kat tepi laptop ni ha.

Tuesday, January 18, 2011

Takde mood la nak update. Walaupun ada terasa nak update. T______________T

Sunday, January 16, 2011

Random #56

Dia pun pandai rindu bila da seminggu tak jumpa....


Lenguh tangan ni weyyy~~!!!

P/S: Kantoi Kak Syima terbeli kolar anjing kat dia. Ni mesti pasai pink karer ni...

Saturday, January 15, 2011

Whoaaa...

Whoaaa...

Cantik betul screen henset aku skang. Ada effect ala-ala negative gitu. Sangat mencabar kalo nak bace SMS.



T_____T

Aku pun tatau ape yang aku nak buktikan ni. Tapi macam tu la rupa dia. Tangkap gune webcam external je...

Friday, January 14, 2011

Random #55

Balik nanti naik bas... Huuu... Jonny da beberapa hari sakit dan duduk dekat workshop... Dier suke-suki tibe-tibe panel tu tanak nyala semua. Signal pun tanak nyala... Siap da tukar bateri semua pun blom ok-ok lagi... Abang aku cakap penah jadik kat moto dia. Masalah coil. Tapi brader-brader workshop tu macam tanak amik kisah je... Dah sedih aku lama plak Jonny kat situ... Huwaaa~~!!

Thursday, January 13, 2011

Random #54

Bwahahahah... Budak unstoppable yang mesej inbox fesbuk aku memang jenis wasatiah la kot. Aiseyyy... Aku nak jugak tau ape dier nak huraikan pasal unstoppable ni... Nampaknye macam takde rezeki... Huhuhh...

Wednesday, January 12, 2011

MLM - Mari Lingkup Melingkup

Aku mengaku aku bengang abes dengan budak berhingus berlagak pandai yang suke-suki nak nasihatkan orang macam aku suruh masuk MLM tapi dalam masa yang sama terhibur woo dengar statement dier yang berdega-dega bleh buat duit cara pantas. Sunat pun blom kering lagi, ada hati nak ajak ke arah kesesatan buat MLM. Kalo dah kaya betul punya banglo 5-6 bijik atau keta sport bersusun dalam garaj umah macam Sultan Brunei tu takpe la. Tapi kao hado?

Ini setakat bergambar dengan keta company pinjam... Dengan duit bentuk kipas-kipas di tangan dah pandai bawak dakyah bukan-bukan, baik tak payah la dik oiii... Memang aku nak suruh budak ni tunjuk apa jenis harta yang dia ada. Pegi mampus la dengan statement taknak menunjuk-nunjuk apa semua... Sebab dia join MLM, so, dia kena la tunjuk apa hasil dia ada... Btol tak?

Kat sini aku nak bagi nasihat sikit...

Kau attend kursus-kursus ko bayar sampai 3-4-5 ratus tu... Tapi just a talk yang bodoh-bodoh seumpama kasik motivasi yang bersiaran di pagi hari tiap-tiap hari kat TV9 tu baik lupekan je la... Aku hari-hari pun dah termotivasi dengar ceramah-ceramah dekat Youtube. FREE tau FREE~~!!! Yang 3-4-5 ratus tu ko boleh buat simpanan dalam mana-mana pelaburan kat Malaysia ni. Buat la pelaburan hartanah. Pasti untung sebab harga tanah takkan turun.

Ok la untuk hiburan korang aku letak printscreen yang boleh buat budak-budak MLM mengamuk-ngamuk. Eh, berani meh laa... Aku tak letak watermark sebab aku tak hingin nak padam nama sape-sape berkenaan. Aku lebih suka biar terdedah dan baru orang tau sapa yang suka sangat promote skim piramid ni.



Tak nampak bleh klik kasik view besar-besar.

Mesti budak ni teringin nak pegi melawat piramid kat Mesir tu tapi tak dapat-dapat pegi lagi. Tak pun jejak Sunway Piramid pun tak lepas nak bershopping sakan di dalam... Oh, sungguh kasihan... Baidewey, aku tak remove budak ni sebab aku tertunggu-tunggu apa tindakan dier dalam usaha mem-promote-kan MLM kat aku. Fun beb!!

P/S: Oh ye... Ini profile budak ni. Sile la add kalo rasa nak berkenalan. Muka hensem dan masih single.

Semoga terhibur. Powered by UNSTOPBEBAL. Huahuahuaa~~

Monday, January 10, 2011

Random #53

Selain dari PW sebab aku rase dier ni Malaysian... Yang lain-lain singgah-singgah kat cbox aku seperti dalam screenshot kat bawah ni sebenarnye paham ke tidak ape bende aku merepek kat blog ni? Bukan apa... Kalo guna google translator sekalipun, kalo mendenye aku taip ikut slang bercakap atau ikut-suka-hati-aku menaip, memang ke laut jugak translate nye...


Risau betul aku baca part "brilliant piece" dengan "all data you put was very appropriate and useful". Betul ke tidak si Amily ni? Terasa macam blog ni jadik thesis plak. Teeheee... :p

Sunday, January 9, 2011

Al-Kisah Topap

Kat Penang ni kadang-kadang broadband Celcom prepaid aku ni laju gila sampai tak terkejar... Tengok youtube pun takde buffering... Kadang-kadang macam lahanat jugak lajunye. Bila laju tahap siput babi tu, maka terpaksa la tutup laptop dan tido atau buat keje lain. T_T

Kesian brader-brader smalam tak pasal je kene bahan ngan aku. Aku suka sayang nak tukar Hotlink ni bukan apa... Dia offer tarikh luput sepanjang hayat kot... Jadi suka hati aku nak topap bila pun tanpe risau nombor kene potong. Dan da tentu aku yang kedekut nak topap ni kadang-kadang pilih nilai paling minimum nak topap. Eh, bersyukur tau kalo aku topap RM10 tu.

Sebelum aku beli prepaid Celcom broadband semata-mata untuk broadband ni aku ade beli Celcom Blue tu sebab dulu Maya Karin promo. Sama la nak guna untuk online je. Call ke apa jangan harap la. Takkan kasik tau nombor kat sapa-sapa. Senang nak testing bakal suami nanti. Malangnye akibat aku kurang komited nak topap tiap-tiap at least 3 bulan sekali... So, dah expired. Sadis gila. Maka tinggal la prepaid broadband Celcom ni saje... Sekarang pantang ada duit sikit lalu topap broadband ni. Nanti tiba-tiba nak terguna senang.

Zaman-zaman Hotlink mengamalkan topap RM10 tahan seminggu... Memang tiap-tiap minggu la bertopap aku ni. Kadang-kadang tu saje-saje biar sampai dekat-dekat tarikh batal perkhidmatan baru nak topap. Punya la liat nak topap. Sebab macam dalam entry lepas laa... Duduk umah sewa ni pakai Streamyx... Nak taknak aku dah jadik kaki online yang tegar. Kadang-kadang tido pun laptop still on. No wonder la laptop ni sampai 3x dah penah tukar mobo. Tuan dia ni memang guna tahap extreme.

Disebabkan rajin topap ni, pernah jugak akaun aku cecah RM200 lebih tanpa digunakan. Memang aku tatau camne nak abeskan topap. Zaman tu pulak duduk hostel, so, sudahnye aku sangat rajin buat share-a-topap untuk kawan-kawan. Bukan free beb... Bayar laa... Gila tak hagak-hagak nak buat amal jariah free-free ni. Dulu jugak rajin bertanding dengan Azim sape punye topap lebih banyak. Masing-masing jenis topap tapi tak guna. Topap semata-mata nak extend expired date. Tapi skang tak lagi. Sebab aku guna sampai tahap betul-betul dah takleh nak guna... Baru pegi topap.

Betul la tu aku takde boifren sangat sebab tu aku malas nak topap. Sebelum abang aku beli laptop dan pandai guna skype, dia la rajin call aku. Nak harap aku call...?? Hmm... Takde laa... Ngan kawan-kawan pun... Dorang je rajin nak call aku. Aku call orang time dapat masa call percuma. Tu pun time besdey aku. Kadang-kadang tu takde nak gune langsung. Biar abes camtu saje. Eleh, kalo ade boifren pun... Macam laa aku rajin sangat nak contact beliau. Baik aku paksa online je. Kalo clash, 2-2 tak sakit hati atau rasa topap terbazir camtu saje sebab contact calling-calling konon tengah malam sebelum tido. Hahaha...

Aku memang berkira beb. Tu la malang sape dapat awek macam aku. Kalo da jadik wife tu... Takde la sekedekut mase jadik awek kot. Haha...

P/S: Ini bukan iklan berbayar. Ini pandangan ikhlas dari hati aku. Hehe.

Saturday, January 8, 2011

Loserrrr

Brader Celcom 1 : Jap... Jap... Jap dik... Kitorang ade promosi ni nak kasik simkad free... Umo brape ni?

Aku : 25. Apsal?

Brader Celcom 1: Haa... Akak laa nihh... Cantek laa tuu... Skang guna no apa? Kami ada promosi baek punye.

Aku: Maxis.

Brader Celcom 1: Postpaid ke prepaid? Rugi kak guna plan Maxis ni... Tengok eh... Call pun 33 sen seminit, sms lagi 15 sen... Kalo akak tukar pakai Celcom ni, lagi murah dari ni bleh dapat?

Aku: Ye eh? Apsal saye tatau? Saye gune prepaid laa... Selama ni saye sms orang elok je 1 sen. Call plak 12 sen je... Ok je...

Brader Celcom 1: Tak, tapi tu yang akak sebut tu plan lain tu, plan lama kot... Dah lama ke guna no tu? Yang kami promote ni semua cover mana-mana nombor pun... Sama je murah... Kalo akak sayang nak tukar nombor tu, bleh transfer nombor je.

Aku: Ohh... Tujuh tahun dah gune... Memang sayang nak tukar pun...

Brader Celcom 1: Camni lah... Akak selalu topap dalam sebulan berapa?? Kami yakin plan kami lebih jimat. 30? 40?

Aku: Hah? Topap? Saye topap sebulan 5 hengget je. Malas nak gune... Topap pun jarang laa...

Brader Celcom 2: Lohh... Bleh caye ke minah ni topap 5 hengget je sebulan? Gile loser takde boifren ke apa... Ke boifren yang topapkan?

Aku: Eh laa... Serius laaa saye topap 5 hengget je sebulan...

Brader Celcom 1: Hmm... Takpe la kak, terima kasih je... (blah dengan muke kecewa)

Siot je cakap aku loser. Dia tatau kot aku ni kaki online tegar. Ade boifren ke, takde boifren ke... Aku tetap akan pakse kawan-kawan mahupun boifren aku online. Bleh chat pakai YM. Free kot... Nak call siap dengan video call... Pakai skype macam aku selalu wat ngan anak-anak buah aku ni ha... Abes sangat pun bukan aku yang call orang... Selalu orang yang call aku... Agak-agak rasa bersalah baru aku call orang balik...

Lu la loser bro... Hahahahhh...

Skang plak since aku tukar plan SMS yang lama dulu tu ke plan ntah la apa benda tapi Hotlink bagi aku 1 sen/sms dengan 12sen/minit call untuk active10. Aku mana ada kawan-kawan luar dari active10. Fazar je kot sesat sebab pakai Celcom tu. Ngan Kak Syima sebab pakai Digi.

Kecik hati aku woi orang cakap loser... Aaaaaaaaa~~!!!

Wednesday, January 5, 2011

Orang Tamak.

Dalam dunia ni ada DUA jenis orang tamak.

Satu -  Orang tamak selalu rugi. Ini biasa dengar. Lebih-lebih lagi ditujukan kepada orang yang suka join multilevel marketing (MLM) yang tak ketahuan hala tuju hidup sebab sebenarnya confuse apa benda syarikat tu jual. Macam unstoppable tu sampai harini mati-mati aku ingat dorang jual gambar muka orang yang bleh market sambil pegang duit atau possing tepi kereta mewah. T_T

Dua - Orang tamak selalu untung. Ini jarang-jarang kita dengar pasal selalunye jenis macam ni applicable dekat manusia yang super-duper kuat makan seperti kawan-kawan aku. Memang afdhal untuk dibawak pegi majlis makan buffet. Ye la kau bayar mahal-mahal sekali amik sejemput. Kalo boleh tapau takpe la jugak. Jadi bagus bawak dorang ni nanti kau bleh amik macam-macam makanan, ko makan sikit-sikit dan lain-lain tu dorang akan setel sampai pinggan licin.

Admit je la kau kuat makan As. Berdolak-dalih pulak cerita pasal classmates yang kuat makan.

Tuesday, January 4, 2011

Random #52

Kesiaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn sangat. Tu diahhhh panjang betul kesian.

Yerp. Aku kesian dekat +/-3000 ekor bangkai burung yang jatuh-jatuh dekat bandar ape ke nama itu aku pun lupa pade hari taon baru haritu. Semua simptom sama je... Ada darah beku ke apa... Dengar berita sepintas lalu je...

Sume-sume pun conclude maybe dorang mati sebab panik dengar letupan mercun tahun baru. Lalu bergegas meninggalkan sarang. Mungkin jugak berlanggar sesama sendiri. Panik kan??

Huwaaa... Aku tasuke la mercun lepas ni tak kira la walaupun dia nampak cantik meletup-letup pade waktu malammm...

Monday, January 3, 2011

Random #51

Wuahhh... Wuahhh... Wuahhh...

Dah nombor 51... Banyak betul random aku. Harini akan jadik hari pertama pegi kelas dalam tahun baru. Wahahahh... Sabar je la last week aku tak pegi kelas sebab Isnin tu sakit perut guling-guling. Khamis pulak boleh hujan. Da la moto tu takde cover macam keta. Huhuhhh...

Harap prof paham la ye. :D

Saturday, January 1, 2011

My Luvvy Duvvy 5610 Xpress Music

Yeayy.... Henset aku da ok. Rupenye kabel kat dalam dier tu putus. Agaknye sebab selalu slide kot... Anyway, ok la tu sebab aku takyah pening-pening nak beli enset baru. Heeee... Sep bajet!!


Ni la rupe kabel yang sambung bahagian atas ngan bawah enset slide tu. Belah kiri tu part camera secondary untuk video call (blakang). Kanan tu untuk key bawah screen termasuk la untuk joystick (pun blakang jugak). Yang koyak ngan putus tu maybe sambung dekat circuit lain yang sambung dekat screen dengan speaker yg bukan loudspeaker... Sebab koyak ngan putus tu, so screen aku jadik ade takde je display dier dengan speaker aku pun takleh guna. Nak jawap call ke apa sebelum ni kene bukak loudspeaker. Sungguh takde privacy. T_____T

Best rupanya amik tau pasal set kabel ni. Circuit dier sume kecik-kecik pastu gune component yang super-duper kecik. Aku betul-betul amazed camne la henset canggih-canggih yang capacitive/resistive touch screen tu dalam-dalam dia camne... Mesti banyak lagi mende-mende yang nampak simple tapi complicated kat dalam dia. Tengs la kepade orang-orang yang cipta integrated circuit kecik-kecik tu sebab dengan adenye IC kecik-kecik tu, takyah da nak susun-susun capacitor atau resistor atau logic gate yang banyak-banyak lagi berderet-deret dalam circuit. Oleh sebab adanya IC tu maka, programmer pun ada la keje untuk wat program untuk simplify function henset-henset tersebut. Eh, betul ke aku citer ni? Ke melalut je lebih?

Pherghh... Dasat... Dasat... So, aku salute gile la dengan mana-mana brand yang korang cakap cikai-cikai entah apa ke tak glemer tu boleh IMITATE brand-brand phone hebat-hebat yang ade kat pasaran...

Ape pun, syiok kot aku rasa jadik circuit design engineer nanti. Bukan kene watpe pun design circuit je. Main-main dengan semua komponen-komponen kecik-kecik padahal tak sedar diri sensor engineering tu pun bleh ke laut pegi kalo bab-bab kira load circuit... Cheh!!. Haha...

Hargailah enset anda. Guna sampai hancur. Hehe.

2011

Ada lebih-kurang 364 hari lagi dari sekarang untuk wish "hepi niu yer" sekali lagi macam sekarang ni.

Semoga apa yang diingini pada tahun ini akan menjadi kenyataan. Apa yang dirancang, apa yang kebetulan, semua diharap takde la sampai tahap membawa malapetaka dalam hidup.

Dan bersedia la dengan segala kejutan-kejutan di luar dugaan sepanjang tahun yang baru ini sebab tak lama lagi je nak menjejak penghidupan yang sebenar-benar penghidupan tanpe sibuk-sibuk ke kelas. Hahah... Ini ultimate wish buat seorang manusia yang dah super sengsara kecewa sebab tahun lepas tak berjaya abes study.

HAHAHAHAHAHH~~!!

p/s: Pepagi nanti dengar citer ade yang kene botakkan kepala sebab nak kira hari sampai ke hari impian beliau. Tak pasti la aku terlibat sekali ke tak dalam hari berkenaan. :D