Tuesday, March 2, 2010

3 Test Sederet Esok. Ada Berani?

Dah2... Sila antar laptop ke kedai untuk fix bluetooth + wireless adapter, speaker dengan suruh orang tu pikir camne nak cabut bateri sekali.

Takde laptop baru bleh study. Kalo tak, asik men game dekat fesbuk je. Padahal esok direct satu hari ada 3 spesis test tahap berani mati punya hardcore.

Oh, ye. Kepada pemilik keta kembara kaler purple dekat2 Pusat Pelajar tadi tu, len kali, kalo nak ajar awek kau driving ke, nak bercinta dalam keta ke, atau ape je, tolong la pegi je dekat fakulti kejuruteraan tu. Situ ko nak bawak keta dengan kelajuan 5km/j pun takde sapa nak marah. Lebih2 lagi time weekend.

Macam2 kau bleh ajar awek kau kat sana. Dari silibus pelajaran, kursus memandu, kursus kawen, sampai la drift pun kau bleh buat kat sana. Ini bawak keta pun huru-hara. Nak potong pun susah!

Apa guna jalan lingkar2, tempat parking sepah2, jalan sempit, jalan bukit2 dan macam2 jenis jalan ada dekat belakang fakulti tu kalo tak digunakan dengan betul, ye tak?

Esok pukul 12.30 ada test strength. Chill la. Soklan senang kot. Kata pun repeat. Pukul 2 petang ada MCS pulak. Kata terer CS. Apa barang tak boleh jawap, kan? Pukul 5 ada test Robot Dynamic pulak. Lagi la takleh blah. Kata cekap gila main matrix. Sebelah hidung je bai...

Lusa pagi2 buta pukul 8.45 pagi ada Microcontroller plak. Pun chill jugak.

Okeh. Aku nak pegi study ni. Sambil tido. Dalam tido pun boleh study apa? Lagi style!

4 comments:

zulhilmi tempoyak said...

mmg best cam gtu..

deus X machina said...

dah2 g study utk test
erk888

Unknown said...

alaa takyah study laaa , paling teruk failed jer

Aslina said...

::tempoyak::
best gila...hahaha...

::deus::
perlu study ke? eheeheehh...

::touya::
haha...jawapan paling style tuh... tengok la cemana kan... sebab saye pun bukan rajin sangat orangnye...hahahhh