Kadang-kadang aku tak paham dengan sesetengah orang yang suka sangat gune "seniority" sebagai alasan untuk suruh buat apape pun. Padahal bukan tak boleh nak buat sendiri satu-satu hal tu...
Contoh cuci pinggan laaa... Aku emo betul kalo ada pinggan berlonggok-longgok dalam sinki, bukan aku yang buat sebab time makan haram tak ajak aku, tiba-tiba rileks je biar sampai berhari-hari... Sudahnya aku yang kena cuci. Bukan berlaku kat umah sewa je... Tapi kat umah sewa ni lain citer la sebab yang tukang sepah tu selalu ajak aku makan sama-sama... So, tak kisah sangat la kalo nak kene cuci sekalipun...
Tapi ni kat umah ni... Beli/masak bagai nak rak... Dah siap pun kadang-kadang bukan nak ajak makan sekali ke apa... Dah makan semua pastu takde hati nak basuh... Aaa... Sendiri makan, sendiri la basuh... Haih... Aku sebenarnye pantang betul tengok pinggan/periuk ke apa kalo lepas masak, dah masuk dalam mangkuk ke apa pastu biar tak berbasuh. Kalo tengah rendam tu tak kisah la lagi... Tapi biar kosong tak basuh...
Kalo arwah mama ade tu... Sah-sah dari pagi sampai ke malam dia bebel. Bagi arwah, takde alasan nak biar pinggan-pinggan/periuk-periuk tu tak berbasuh. Bukan letih sangat memasak pun... Lain la masak untuk 150 orang makan, pakai kawah... Tu sumpah la penat... Ini kalo setakat 2-3 orang makan, lepas tu alasan biar kat dalam sinki sebab kena duduk sama-sama dekat meja, konon orang dah tak sabar-sabar nak makan. Padahal takde sape pun lagi kat meja tu... Ada je masa untuk kemas dulu pekakas yang dah guna semua... Baru duduk makan-makan ramai-ramai...
Aku betul-betul tak paham laa... Tak semak ke tengok sinki semata-mata konon kelam-kabut nak hidang makan, lepas tu kena duduk makan sekali? Pastu dah abes makan pulak, orang-orang yang makan tu pun terus longgok-longgok pinggan dengan sisa-sisa lauk dalam sinki? Macam la takde tong sampah nak buang sisa-sisa dulu semua tu... Buat perangai macam tetamu, padahal dalam umah sendiri...
Lepas tu bila "sorang kambing hitam" yang sentiasa kene suruh cuci pinggan ni start buat baik hati mencuci pinggan, tau pulak nak marah orang tu, komplen sinki takung air. Padahal dia pun 2x5 buat sinki takung air tu tak sedar. Tak nak plak marah diri sendiri. Selalu nak salahkan orang. Padahal orang tu dah cukup baik dah TOLONG nak basuh pinggan/periuk dalam sinki yang banyak-banyak tu.
Aaa... Tak paham aku perangai orang camtu. Sebab tu la aku lebih suka buat hal sendiri je dalam umah. Nak tegur, taknak tegur, baik jangan tegur aku sebab aku akan buat-buat tak dengar je kalo bukan salah aku. Sekarang memang aku pentingkan diri. Penat-penat jaga hati orang, dah lama dok ikut cakap orang, ada orang amik kisah pasal aku? Amik kisah pun kadang-kadang je.
Best jugak jadi "orang asing" dalam umah sendiri. At least aku tak perlu susah-susah nak amik tau hal orang lain lagi dah. Aku cuma akan amik tau hal orang yang amik tau pasal aku je. Jangan tanya lebih-lebih, aku tak suka.
Haih... Kenapa la kalo cuci pinggan je balik-balik aku yang kene?
P/S: Mesti menyampah kan, kene basuh pinggan pun nak kecoh... By the way, memang aku sikit tak puas hati sebab selalu mesti aku yang kene buat, padahal orang lain yang makan atau lebih teruk, ajak aku makan sekali pun tidak... Lain la kalo aku keje kat kedai makan. Annoying, ok?
6 comments:
sabar ...
>>__<<
jgn pnh rasa terasing :)
wah..
aku paham sakit hati ko tu macamana.
nak suh ko biarkan aje benda-benda tu dalam sinki buleh tak?
ko tahan je mata ko tengok benda tu berlonggok.
kita tengok dia nak basuh camne.
ingat ko slave ke nak suh basuh benda makan diorang, pastu sudi nak marah-marah lagi?
benda yg simple..tapi menerengkan tentang dasar attitude seserang.
panjang kau punya kompelin..huhu.letak poster lah kat sinki...basuhlah anda sebelum anda dibasuh
dulu ms kat umah sewa kena gak cm ni..tau mkn je..tp xreti nk cuci..smpai dh busuk..tp xleh nk tegur..nnt gaduh..last2 kuar je dr rmh tu..haha
::frodo::
hilang sabar la aku letak sini. heh.
::hadra::
aku ade habit setiap 20 minit ke sinki dapo walaupun takde sebab... bila dah masuk kali ke-3 aku lalu sinki, tapi keadaan tak berubah, aku akan otomatik basuh sendiri. sebab annoying gila rasanya. so, memang takleh nak elak... aku try kuatkan hati pun mcm tak bleh blah jugak... hahaha...
::fndrocka::
poster? hahaha...
::meckomecky::
kalo aku kuar dari umah ni, aku tatau nak pegi mana dah... hoho...
ko guna pinggan sendiri. mana2 pinggan yg biar tak berbasuh tu, amik buang je. hehe
Post a Comment