Wednesday, June 2, 2010

Anda PHOTOGENIC?? Mari Join Contest Ini.

Kof! Kof! (Batuk la konon-konon kan..)

Antara aktiviti harini adalah berlegar-legar dekat blog yang aku follow-follow tu... Biasa la silent reader kan... Heh. Lepas tu terjumpe plak contest cenggini... Laju je la nak join sebab baru pas tangkap gamba tu hah. Dan ade orang cakap gamba tu lawa. *Wink!*

Hohh!!! Bukan senang orang nak puji aku kot... Tambah plak sama-sama pompuan. Maklum laa... Pompuan same-same pompuan ni kadang-kadang susah sikit nak puji orang cantik ke tidak... Lain la lelaki... Paling-paling pun macam classmates aku tu semua. Tiang lampu yang berkarat pun dieorang bleh kata cantik semata-mata nak perli aku. Huh! Makan dalam betul.

So, inilah penganjurnye...

Bleh tekan banner tu untuk ke blog beliau yang ber-contest itu. Heh.

Dan ini plak penyertaan aku. Heh. Punya la gedik katakan... Tapi usaha jugak nak join tu...


Gambar ini adalah tak ber-edit dan takde mekap langsung (Eh, bila masa aku pakai mekap?) Punca kewujudan gambar ini adalah aku bosan gila dekat umah dan mengemas-ngemas lemari pakaian yang masih lagi rupanya ada bertimbun pakaian main sumbat-sumbat je kat dalam. Rimas tengok. Heh.

Kenapa aku suka pic ni??

Haaaa... Jawapan dia adalah sebab aku nampak cerah dalam pic nih. Wakakaka~~ Yerp. Sejak ade moto ni, jarang orang cakap aku semakin cerah. Lepas tu, lepas tu, dekat fesbuk pulak my brader homeroom dolu-dolu cakap nampak macam warga Korea. Terus saya pun berangan nak tekel mamat-mamat Korea. Hoho.

Ada lagi yang aku suke pasal pic ni. Mata aku nampak macam besar dan agak-agak menggoda gitu. Haha. Macam Puss In the Boots dalam citer Shrek tu. Masa dia jadi gemuk gile dan wat-wat mata comel suruh Donkey tolong jilat ekor dia. Sebab dia gemuk gila dan tak sampai nak jilat ekor senirik. Wakaka~~

Oh! Oh! Lastly suke pic ni sebab aku still nampak mude remaja macam budak-budak skolah menengah gitu... Woaahh... Meriah kot tak sedar diri tahun ni dah nak masuk 25 tahun. Wakakaka!!

Ok. Ok. Habis la kot entry agak berbaur syok sendiri ni. Sebagai pelengkap syarat-syarat penyertaan yang lain, dengan ini saya berbesar hati nak tag 3 orang. Terutama yang sekarang nampak macam jarang-jarang dah update blog. Haha. Bunyi macam kejam. Tapi memang kejam pun. Muahaha~~

Mereka adalah (Drumroll, plezzz...Dum-dum-dum-chengggg!!!) ;
Post a Comment