Thursday, June 3, 2010

Takde Chance! Huh...

Incik Asrul agak down bile aku tunjuk blog Mantot yang ade citer pasal kenaikan interest keta. Beliau baru bercita-cita nak amik Exora memandangkan semua anak-anak beliau semakin membesar akibat kuat makan dan pengaruh kuat makan itu datangnye dari aku sepanjang dekat 2 minggu aku duduk umah.

Sekejap-sekejap makan kuih. Sekejap-sekejap aku buatkan nasik goreng. Sekejap-sekejap mintak aku buatkan megi. Sekejap-sekejap aku naik moto, pegi Giant Bayan Baru, belikan ais krim yang heaven punya. Sekejap-sekejap aku belikan coklat. Sekejap-sekejap mintak aku buatkan roti goreng salut telur. Hah! Tapi yang makin comel lebih-lebih tu adalah aku. Haha.

Sebenarnye dari taon lepas lagi dier nak hangkut keta tu. Tapi mase tu dier tak cukup duit plak untuk downpayment masa promotion sebab banyak mende nak kene setel. So, sekarang bile dier da ade simpan sikit-sikit untuk tukar keta, macam-macam pulak yang naik. Memang agak diluar kemampuan la. Walaupun tukar keta tu adalah actually keperluan untuk dia ngan family, bukan kehendak.

Ye lah, aku ada moto dan aku berani naik moto untuk long distance journey. Tapi, nak ke dier tengok adik pompuan dier ni naik moto sorang-sorang depan mata dia? Aku balik dari Kuala Selangor ke Penang haritu pun bukan depan mata dia dan dia tatau langsung plan aku nak balik naik moto je haritu. Bukan tak muat pun keta iswara tu kalo tambah aku sama... Tapi sebab keselesaan. Kadang-kadang aku ikut dieorang balik kampung (sebab kena paksa) pun aku kesian tengok gaya tido anak dier yang macam-macam dalam keta.

Lagi aku sedih, kalau aku tak dapat ikut dieorang balik kampung raya nanti... Maknanya kali ke-2 la aku beraya sorang-sorang kat umah. Hoiii... Sedih tau tak beraya sorang-sorang... Lain la kalo aku duduk belajar kat oversea... At least ada jugak kawan-kawan senasib. Still boleh berhubung ngan family pakai Skype. Tapi kes aku ni takbleh blah sikit. Dah la dalam negara sendiri. Sorang-sorang. Nak beraya umah kawan-kawan, semua ciao balik kampung. Aduh. Gila bosan kot.

Aku pelik la. Apsal interest kereta nasional melampau-lampau plak percent dia? Adakah keta nasional ni dieorang assemble diluar negara? Tak kan? Bila renung-renung balik ke blog Mantot tu... Cemana laa orang sini nak beli keta buatan sini? Membe-membe aku si Iryani tu pun pakai Vios, Kamil plak pakai Avanza, Zatul pakai Hyundai Getz. Dieorang cakap lagi berbaloi dari amik keta-keta nasional... Da la interest tinggi, harga lebih-kurang je dengan keta bukan nasional. TAPI, keta bukan nasional lebih selesa. Tak rasa apape ke dengan statement tu? Celik mata la sikit government sini oiii~
Post a Comment